Advertisements

Cara Claim PERKESO Jika MC Atau Cuti Sakit

Advertisements

Cara Claim Duit Bantuan Perkeso untuk sesiapa yang dapat MC atau Cuti Sakit

Tahukah anda, pencarum PERKESO yang layak, boleh membuat tuntutan seperti berikut:

  • 80 peratus daripada gaji harian anda
  • Maksimum boleh claim sehingga RM105.33 sehari

Syarat Buat Tuntutan PERKESO Jika MC atau Cuti Sakit

Adakah anda merupakan pekerja atau pencarum PERKESO?

Tahukah anda, selain daripada tuntutan PERKESO sekiranya berlaku kemalangan, sebenarnya anda juga boleh buat tuntutan bayaran sekiranya anda mendapat cuti sakit atau Medical Certicate (MC).

Di bawah PERKESO ada Skim bencana Pekerjaan (Employment Insurance Scheme – EIS) dan Skim Keilatan (Invalidity Scheme).

Dengan adanya skim ini lah yang membolehkan pekerja buat tuntutan duit dari PERKESO untuk pelbagai situasi

SITUASI TUNTUTAN SKIM BENCANA PEKERJAAN :

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Skim Bencana Pekerjaan membolehkan pekerja membuat tuntutan bagi situasi berikut:

  • Diberhentikan kerja (atas sebab-sebab yang ditetapkan)
  • Meninggal dunia (waris akan menerima jumlah tuntutan)
  • Kemalangan atau MC (Cuti Sakit)

Jenis Kemalangan Yang Boleh Dituntut

Dengan Skim Bencana Pekerjaan, pekerja layak untuk membuat tuntutan bil rawatan untuk apa-apa kecederaan atau kemalangan bagi situasi berikut:

  • Mengikut laluan di antara tempat kediamannya atau tempat tinggalnya dengan tempat kerjanya
  • Dibuat bagi apa-apa sebab yang secara langsung berkaitan dengan penggajiannya
  • Di antara tempat kerjanya dengan tempat pergi makan dalam masa rehat yang dibenarkan
  • Kemalangan yang ditimpa ketika berada di tempat kerja atau sedang menjalankan urusan kerja.
  • Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.

MC Yang Boleh Dituntut (Hilang Upaya Sementara) PERKESO

Faedah Hilang Upaya Sementara dibayar kepada pekerja sepanjang tempoh cuti sakitnya yang disahkan oleh doktor dan mestilah sekurang-kurangnya 4 hari termasuk hari kemalangan.

Walau bagaimanapun, Faedah Hilang Upaya Sementara TIDAK akan dibayar pada hari di mana pekerja hadir bekerja dan dibayar gaji.

Kadar harian Faedah Hilang Upaya Sementara adalah 80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja. Kadar minimum bayaran faedah adalah RM30.00 sehari dan maksimum RM105.33 sehari.

Lain-lain Tuntutan PERKESO

Selain MC dan kemalangan, pencarum juga boleh membuat tuntutan berikut:

Cara Permohonan

Untuk memohon, sila isikan borang melalui pautan berikut:

cuti sakit perkeso mc

Borang Butiran Notis Dan Tuntutan Faedah – Borang 34

https://www.perkeso.gov.my/mengenai-kami/sumber/borang-borang.html

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk: Skim Bencana Pekerjaan PERKESO

ATAU

Hubungi PERKESO melalui saluran berikut:

  • Email: [email protected]
  • Hotline: 1 300 22 8000
  • Alamat: Employment Insurance System Office, Level 15, Wisma PERKESO, No. 155 Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur

Baca juga:

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 5 / 5. Vote count: 1

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment