Pemeriksaan PUSPAKOM: Prosedur, Kos & Cara Buat Temujanji

pemeriksaan puspakom
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Pemilik kenderaan yang ingin menjual kenderaan dan ingin tukar hak milik kenderaan kepada pemilik baharu perlu membuat pemeriksaan PUSPAKOM terlebih dahulu.

Bagaimana cara proses buat pemeriksaan PUSPAKOM terkini?

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang prosedur, kos dan cara membuat temujanji.

Apakah PUSPAKOM?

Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM) merupakan syarikat pemeriksaan kenderaan yang pertama dan satu-satunya yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk menjalankan semua pemeriksaan mandatori bagi kedua-dua kenderaan komersial dan persendirian.

PUSPAKOM ditubuhkan pada tahun 1994, kami adalah anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad.

Peranan utama PUSPAKOM adalah untuk menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan untuk membantu pemilik kenderaan dalam memastikan kenderaan berada di dalam keadaan yang selamat untuk dipandu di atas jalan raya serta memastikan pemilik kenderaan mematuhi peraturan-peraturan dalam memelihara alam sekitar melalui ujian pelepasan asap.

Ini akan dilakukan melalui pemeriksaan yang ketat dan teliti terhadap kenderaan untuk memastikan mereka mematuhi peraturan keselamatan Kerajaan

Prosedur Pemeriksaan PUSPAKOM

Akta Pengangkutan Jalan 1987 menghendaki semua kenderaan persendirian untuk menjalani Pemeriksaan Tukar Milik di PUSPAKOM sebelum pemindahan pemilikan.

Pemeriksaan ini membantu melindungi pemilik kenderaan baru daripada membeli atau memiliki kenderaan yang menyalahi undang-undang seperti kenderaan potong-sambung.

BAYARAN FI TUKAR HAK MILIK

Pemeriksaan Puspakom untuk pertukaran hak milik akan dikenakan fi sebanyak RM30.

DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA

  • Kad Pendaftaran Kenderaan (Asal)
  • Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

Bahagian Pemeriksaan

Bahagian pemeriksaan adalah seperti berikut:

  1. IDENTITI : Mengesahkan keaslian kenderaan dengan mengenal pasti nombor pendaftaran, casis dan enjin.
  2. CERMIN GELAP : Mengukur kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan.
  3. POTONG SAMBUNG: Mengukur kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan.
pemeriksaan puspakom

Standard Pemeriksaan

PUSPAKOM secara konsisten menyediakan perkhidmatan yang terbaik, dan kami mematuhi piawaian antarabangsa dan jaminan prestasi berkualiti tertinggi dari badan pensijilan dan akreditasi berasaskan industri.

Anda boleh merujuk kepada standard pemeriksaan PUSPAKOM di sini.

Caj Tempahan Pemeriksaan PUSPAKOM Naik Mulai Januari 2026

Mulai 4 Januari 2026, caj pemprosesan tempahan pemeriksaan kenderaan oleh PUSPAKOM akan diselaraskan daripada RM3.50 kepada RM5.00. Pelarasan ini dibuat susulan pelaksanaan sistem tempahan baharu dikenali sebagai GiCheck yang diperkenalkan bagi memudahkan urusan pengguna.

Walaupun berlaku kenaikan caj sebanyak RM1.50, PUSPAKOM menjelaskan perubahan ini bertujuan meningkatkan kualiti sistem tempahan supaya lebih lancar, moden dan mesra pengguna.

GiCheck: Sistem Tempahan Baharu PUSPAKOM

GiCheck merupakan platform tempahan pemeriksaan kenderaan baharu yang boleh diakses melalui laman web dan aplikasi mudah alih. Sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pengguna membuat tempahan secara lebih cepat tanpa proses yang rumit.

Pengguna kini boleh mengurus tempahan, semakan maklumat serta pembayaran secara dalam talian hanya menggunakan telefon pintar atau komputer.

Antara Penambahbaikan Yang Diperkenalkan

Melalui sistem GiCheck, beberapa ciri baharu dan penambahbaikan telah diperkenalkan bagi memperkemaskan urusan pemeriksaan kenderaan, antaranya:

  • Integrasi automatik dengan sistem mySIKAP JPJ
  • Proses tempahan yang lebih lancar dan teratur
  • Pengurusan bayaran serta maklumat yang lebih jelas
  • Akses lebih mudah melalui laman web dan aplikasi mudah alih
  • Antaramuka sistem yang lebih mesra pengguna

Tempahan Pemeriksaan Kini Lebih Mudah

Orang ramai boleh membuat tempahan pemeriksaan kenderaan secara online melalui laman web rasmi www.GiCheck.my atau memuat turun aplikasi GiCheck di Google Play dan App Store.

Dengan pelaksanaan sistem baharu ini, pengguna dijangka dapat menikmati pengalaman tempahan yang lebih cepat, tersusun dan efisien berbanding sistem sebelumnya.

Baca juga: E-Dereg JPJ : Cara Lupus Kereta Lama Secara Percuma

Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM

Klik sini untuk mencari pusat pemeriksaan_PUSPAKOM berhampiran anda.

Borang Pelepasan Tanggungan (untuk kegunaan bagi semua cawangan di Sabah dan Sarawak sahaja)

Klik sini Borang Pelepasan Tanggungan untuk mencetak borang
Klik sini untuk Rujukan

Pemeriksaan E-Hailing PUSPAKOM

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan pemeriksaan ini, anda boleh memuat turun:

pemeriksaan puspakom

Panduan Pemeriksaan E- Hailing: https://www.puspakom.com.my/wp-content/uploads/2021/12/E-Hailing-ENG_17-December-2021.pdf

Nota Ringkas Untuk Pemandu E-Hailing:
https://www.puspakom.com.my/…/Slide_Handsout-E-Hailing…

Baca juga: MySikap JPJ Login : Cara Daftar, Renew Lesen & Roadtax Online

Cara Daftar Akaun GiCheck & Janji Temu Online

Daftar Akaun GiCheck

  1. Layari portal GiCheck: https://gicheck.my/. Anda juga boleh muat turun aplikasi GiCheck melalui Google Play dan App Store
  2. Tekan butang DAFTAR SEKARANG
  3. Pilih jenis akaun sama ada (syarikat, individu, atau agensi kerajaan).
  4. Isi maklumat akaun dengan betul
  5. Klik DAFTAR

Cara Tempah Janji Temu Online

  1. Log masuk Akaun GiCheck
  2. Masukkan alamat email dan password
  3. Kemudian tekan “Log Masuk”
  4. Klik garis 3 di bahagian atas
  5. Klik TEMPAH PEMERIKSAAN, kemudian klik PUSAT PEMERIKSAAN
  6. Masukkan No. Pendaftaran Kenderaan, dan klik TERUSKAN
  7. Klik TERUSKAN
  8. Pilih jenis pemeriksaan
  9. Pilih cawangan dan tarikh
  10. Klik TERUSKAN
  11. Isikan maklumat pemilik / wakil kenderaan
  12. Klik TERUSKAN
  13. Semak semua butiran maklumat yang telah anda isi, kemudian SAHKAN TEMPAHAN
  14. Klik TERUSKAN
  15. Paparan jumlah bayaran akan terpapar
  16. Anda boleh pilih bayaran melalaui kad kredit/debit, FPX, atau PUSPAKOM e-Wallet
  17. Slip tempahan akan dihantar ke emel
  18. Print slip tempahan tersebut dan bawa semasa sesi temu janji nanti

Maklumat lanjut? Klik sini

Baca juga: SKDS 2.0 – Permohonan Pembayaran Tunai Subsidi Diesel

SOALAN LAZIM

Adakah semua kenderaan perlu dibuat pemeriksaan puspakom untuk proses pertukaran hak milik?

Menurut prosedur yang digariskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori sebelum proses tukar nama kereta atau pindah milik kenderaan boleh dilakukan.
Namun begitu, pemeriksaan Puspakom ini terkecuali untuk kenderaan motosikal.

Kenapa perlu dibuat pemeriksaan PUSPAKOM?

Tujuan pemeriksaan bertujuan melindungi pemilik baru kenderaan yang dijual daripada membeli atau memiliki kenderaan yang menyalahi peraturan seperti kenderaan potong-sambung.

Bilakah saya boleh melakukan temujanji melalui MyPUSPAKOM?

Temujanji boleh dilakukan seawal 1 bulan dan selewat- lewatnya 12 jam sebelum Tarikh Temujanji yang dikehendaki. (Tertakluk kepada slot yang tersedia).

Bilakah caj baharu PUSPAKOM mula berkuat kuasa?

Caj pemprosesan tempahan pemeriksaan kenderaan baharu akan mula berkuat kuasa pada 4 Januari 2026.

Berapakah kadar caj baharu yang dikenakan?

Caj pemprosesan tempahan diselaraskan daripada RM3.50 kepada RM5.00 bagi setiap tempahan pemeriksaan kenderaan.

Apa itu GiCheck?

GiCheck ialah sistem tempahan pemeriksaan kenderaan baharu oleh PUSPAKOM yang boleh diakses melalui laman web dan aplikasi mudah alih.

Di mana pengguna boleh membuat tempahan pemeriksaan?

Pengguna boleh membuat tempahan melalui laman web rasmi www.GiCheck.my atau aplikasi GiCheck di Google Play dan App Store.

Adakah semua jenis pemeriksaan menggunakan sistem GiCheck?

Secara umum, tempahan pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM akan menggunakan sistem GiCheck sebagai platform tempahan utama.

Adakah sistem lama masih boleh digunakan selepas GiCheck diperkenalkan?

PUSPAKOM dijangka akan beralih sepenuhnya kepada sistem GiCheck bagi urusan tempahan pemeriksaan kenderaan. Pengguna disarankan menggunakan platform baharu tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan PUSPAKOM, anda boleh hubungi saluran berikut:

  • Pusat Khidmat Pelanggan PUSPAKOM: 03-5101 7000
  • E-mel: [email protected]
  • Live Chat di www.mypuspakom.com.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai GiCheck, hubungi 03-5101 7000, Ahad hingga Jumaat 8 pagi – 5 petang atau rujuk kepada FAQ di www.gicheck.my/faq.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut