MySikap JPJ Login : Pendaftaran ID, Semakan Lesen, Cukai Jalan

Untuk memudahkan urusan memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan, kini anda boleh melakukannya secara atas talian melalui Portal MyJPJ, namun anda perlu mempunyai ID MySikap JPJ. Terkini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke juga mengumumkan bahawa cukai jalan digital boleh digunakan berkuatkuasa 10 Februari 2023.

Terdapat banyak manfaat apabila anda mendaftar sebagai pengguna MySikap.

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang Portal mySikap, cara mendaftar, dan perkhidmatan yang boleh dibuat secara online melalui portal MyJPJ ini.

Apakah mySikap JPJ?

mySikap adalah sebuah portal atas talian rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Tidak terhad sekadar renew lesen memandu online, anda juga boleh melakukan pelbagai perkhidmatan dalam talian yang melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu.

Antara transaksi yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

  • Kenderaan : Melihat dan menguruskan transaksi kenderaan seperti memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM), memohon atau membatalkan kenderaan anda sementara waktu, pindah milik sukarela, membatalkan pendaftaran kenderaan  untuk berpindah ke negara lain serta kemaskini atau memohon untuk memperolehi pek maklumat kenderaan.
  • Lesen Memandu : Pembaharuan lesen boleh dilaksanakan di portal mySIKAP serta permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa, rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh, penukaran lesen dari asing / tentera atau anggota polis kepada lesen memandu Malaysia, kemaskini alamat dan penambahan kelas atau permintaan untuk maklumat lesen memandu penuh anda.
  • Kesalahan dan Penalti : Semakan boleh dilakukan bagi saman/notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian. Selain itu, semakan-semakan lain yang boleh dilakukan adalah status kenderaan (senarai hitam atau dirampas), mata KEJARA dan tempoh penggantungan lesen.
  • Pengurusan Profil : Pengemaskinian butir-butir peribadi anda dan menukar kata laluan.
  • Perkhidmatan Lain : Permohonan pendaftaran kereta klasik dan vintaj, kemalangan dan kelulusan membaiki serta rayuan jika gagal pemeriksaan puspakom.

Syarat Pendaftaran Pengguna MySikap

Untuk mendaftar sebagai pengguna, berikut adalah syarat-syarat yang ditetapkan:

  1. Pendaftaran dibuka kepada orang awam yang mempunyai MyKad (Warganegara Malaysia), MyPR (Penduduk Tetap Malaysia), Paspot (Warga asing), Agensi (Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Kerajaan) – Tempatan atau asing dengan nombor pendaftaran yang diiktiraf;
  2. Bagi pemegang MyKad, MyPR dan Paspot , anda haruslah berumur 16 tahun ke atas dan telah mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) rekod transaksi dengan Jabatan Pengangkutan Jalan. Contoh transaksi – anda mempunyai saman atau notis, mempunyai lesen memandu yang sah, mempunyai rekod kenderaan yang sah dah sebagainya; dan
  3. Pendaftaran Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Kerajaan melibatkan sektor awam atau asing yang mempunyai nombor pendaftaran yang diiktiraf dengan tarikh luput sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tamat tempoh tarikh pendaftaran.
daftar mysikap id
mysikap id

2 Kategori Pengguna Berdaftar


Pengguna Awam yang ingin menggunakan mySIKAP perlu mendaftarkan ID mereka terlebih dahulu.

Terdapat dua kategori pengguna awam iaitu:

  • PERSENDIRIAN
    • Pengguna yang terdiri daripada orang persendirian yang akan hadir ke kaunter JPJ untuk mendaftarkan ID mereka. Nombor Rujukan akan dijana di kaunter dan diserahkan kepada pengguna;
    • Nombor rujukan boleh juga dijana secara online untuk eID Awam
    • Terdapat 2 tahap capaian* iaitu
      • eID Standard (tanpa cap jari, boleh daftar online)
      • eID Advanced (perlu cap jari di kaunter)
  • SYARIKAT
    • Pengguna yang merupakan wakil daripada syarikat/pertubuhan/perbadanan yang akan mendaftarkan id mereka secara atas talian dan Nombor Rujukan akan dihantar melalui emel. Seterusnya, pengguna akan hadir ke kaunter JPJ dengan membawa No. Rujukan dan dokumen sokongan untuk pengesahan.

*NOTA: Perbezaan ketara antara ID Standard & Advanced adalah seperti berikut:

  1. ID Awam Standard
    • renew lesen online / roadtax
    • beli no running semasa
  2. ID Awam Advanced
    • renew lesen online / roadtax
    • beli no running semasa
    • salinan rtax
    • tukar nama pemilik
    • tukar nama pembeli
    • belian maklumat kenderaan
mysikap jpj

Cara Daftar Pengguna MySikap JPJ (Individu Persendirian)

Pendaftaran peribadi ialah bagi kategori pengguna awam seperti berikut:-

  • Orang awam Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah;
  • Penduduk tetap Malaysia yang mempunyai MyPR yang sah; atau
  • Pemegang paspot yang belum tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh pendaftaran ID mySIKAP.

Langkah membuat pendaftaran adalah seperti berikut:

  1. Klik pautan https://public.jpj.gov.my/
  2. Lengkapkan borang pendaftaran dengan mengisi ruang yang bertanda * sahaja
  3. Masukkan kod sekuriti yang dipaparkan
  4. Klik Teruskan
  5. Semak dan sahkan maklumat yang telah dihantar.
  6. Klik Teruskan.
  7. Notifikasi Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan.
  8. ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.

*Rujuk langkah bergambar di bawah:

PENDAFTARAN PERIBADI

1.      DAFTAR MASUK KALI PERTAMA

Skrin Utama akan dipaparkan seperti di bawah:-

pubimg_utama2.jpg

2. Klik pautan Daftar Masuk

Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-

pubimg_peribadi_daftar.jpg

3. Masukkan No. Rujukan;

Klik [Teruskan]. Skrin seperti berikut akan dipaparkan; atau

Klik [Isi Semula] untuk mengisi semula No. Rujukan;

pubimg_peribadi_daftar_maklumat2.jpg

Nota :  Skrin seperti berikut akan dipaparkan sekiranya akaun anda telah diaktifkan:-

pubimg_peribadi_usednumber.jpg

4. Kemaskini Alamat EmelTelefon Bimbit dan Telefon Rumah;

Nota : Pengguna hanya dibenarkan mengemaskini alamat emel, nombor telefon bimbit dan nombor telefon rumah sahaja.

5. Klik [Teruskan]. Skrin Pengesahan akan dipaparkan seperti di bawah:-

pubimg_pengesahan.jpg

6. Klik [Ya]. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-

pubimg_peribadi_daftarberjaya2.jpg

7. Klik [Tutup]. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-

pubimg_peribadi_daftarselesai2.jpg

Skrin di atas akan dipaparkan sekiranya pendaftaran berjaya. ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.

Contoh emel dipaparkan seperti di bawah:-

pubimg_peribadi_emel2.jpg

Cara Login Kali Pertama

Setelah menerima e-mel rasmi dari mySikap, anda bolehlah login ke portal tersebut mengikut langkah seperti di bawah:

  1. Klik pautan https://public.jpj.gov.my/
  2. Masukan ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara yang diberikan melalui e-mel
  3. Masukkan Kata Laluan SementaraKata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan Baharu untuk setkan password baru
  4. Pilih Soalan Sekuriti mengikut keutamaan
  5. Masukkan jawapan pada semua soalan sekuriti
  6. Klik Simpan. Selesai.
mysikap jpj

Cara Daftar Syarikat

Pendaftaran ID Syarikat adalah untuk mendaftarkan Wakil Syarikat dan Pelulus Transaksi. ID bagi Wakil Syarikat dan Pelulus Transaksi digunakan untuk Pertukaran Hak Milik Secara Atas Talian. Terdapat tiga (3) jenis pendaftaran di bawah pendaftaran Syarikat iaitu Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian, Syarikat Sendirian Berhad / Berhad dan Pertubuhan Koperasi (Yang Berdaftar).

Syarat-syarat pendaftaran syarikat adalah seperti berikut:

  • Bilangan Pelulus bagi Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian yang dibenarkan untuk mendapatkan ID adalah minima satu (1) orang dan maksima tiga (3) orang sahaja;
  • Bilangan Pelulus bagi Syarikat Sendirian Berhad / Berhad yang dibenarkan untuk mendapatkan ID adalah minima dua (2) orang dan maksima lima (5) orang sahaja; dan
  • Bilangan pelulus bagi Pertubuhan Koperasi (Yang Berdaftar) mestilah minima dua (2) orang dan maksima lima (5) orang.

LANGKAH-LANGKAH PENDAFTARAN ID SYARIKAT

  1. Layari laman web https://public.jpj.gov.my/
  2. Pilih Pendaftaran Syarikat melalui drop down list.
  3. Masukkan No.  Rujukan yang diperolehi melalui emel yang diterima oleh wakil syarikat;
  4. Semak dokumen yang dimuatnaik oleh wakil syarikat.
  5. Operator kaunter perlu mengesahkan dokumen tersebut dengan melakukan pengesahan biometrik.
  6. Wakil syarikat tersebut akan menerima emel yang mengandungi ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara untuk mengakses mySIKAP.

*Rujuk langkah bergambar di bawah:

1. Layari https://public.jpj.gov.my

Skrin Utama akan dipaparkan seperti di bawah:-

public_idsyarikat_utama.jpg

2. Klik pautan Pendaftaran ID Syarikat.

Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-

public_idsyarikat_butirdaftar.jpg

3. Pilih Jenis Pendaftaran sebagai Wakil Syarikat melalui drop down list.

Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-

public_idsyarikat_butirdaftar_detail.jpg

4. Pilih Jenis Syarikat melalui drop down list. Contoh jenis syarikat adalah Syarikat Sendirian Berhad / Berhad;

5. Masukkan No. Pendaftaran dan Nama Syarikat;

6. Masukkan Tarikh Luput No. Pendaftaran. Rujuk Panduan Umum untuk panduan menggunakan kalendar.

Nota: Skrin seperti berikut akan dipaparkan sekiranya tarikh luput no. pendaftaran kurang dari enam (6) bulan dari tarikh semasa.

public_idsyarikat_popuptempohluput.jpg

7. Masukkan TelefonFaksAlamatNegeriBandarPoskod dan E-mel;

8. Masukkan Nama Wakil dan No. MyKad Wakil pada ruangan Butiran Wakil (Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan);

9. Muat Naik Dokumen yang diperlukan.

Nota: Hanya dokumen di dalam format .PDF dengan saiz kurang dari 1024kb setiap satu sahaja dibenarkan.;

10. Klik [Teruskan]. Skrin Proses Pendaftaran Tamat akan dipaparkan seperti di bawah atau klik [Isi Semula] untuk memasukkan butiran pendaftaran yang lain;

public_idsyarikat_pendaftarantamat.jpg

11. Klik [Cetak] untuk mencetak Nombor Rujukan Pendaftaran.

Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-

public_idsyarikat_cetak.jpg

Wakil yang dilantik dikehendaki menghadirkan diri di mana – mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan dan perlu membawa slip seperti di atas dan dokumen sokongan asal dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh nombor rujukan dijana untuk membuat pengesahan. No. Rujukan yang di cetak juga dihantar ke e-mel wakil yang telah didaftarkan.

Klik di sini untuk mendapatkan senarai alamat pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan.

ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke e-mel berdaftar setelah proses pengesahan di kaunter selesai.

Senarai Dokumen Yang Diperlukan Berdasarkan Jenis PendaftaranPerniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian

  • MyKad wakil perniagaan
  • Borang D (Perakuan Pendaftaran Perniagaan)
  • Lesen Perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan (Sabah / Sarawak)
  • Surat Lantikan Sebagai Wakil Perniagaan

Syarikat Sendirian Berhad / Berhad

  • MyKad Wakil Syarikat
  • Borang 9 (Perakuan Pendaftaran Syarikat) / Borang 13 (Sijil Tukar Nama)
  • Surat Lantikan sebagai wakil syarikat

Pertubuhan Koperasi (Yang Berdaftar)

  • MyKad Wakil Pertubuhan
  • Borang 3 ROS (Sijil Pendaftaran)
  • Surat Lantikan Sebagai Wakil Pertubuhan

Setelah login, anda boleh melakukan pelbagai perkhidmatan online di portal ini.

Jenis perkhidmatan atas talian yang boleh dilakukan adalah seperti dalam senarai di bawah.

Senarai Perkhidmatan Online JPJ Melalui Portal MySikap

Baca juga: Daftar Sistem Temujanji Online Jabatan Imigeresen Malaysia (STO)

SENARAI URUSAN MELALUI ID PORTAL ORANG AWAM mySIKAP JPJ KENDERAAN

  1. Permohonan Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
  2. Permohonan Salinan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
  3. Permohonan PEK Maklumat Kenderaan
  4. Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan
  5. Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar)
  6. Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Baharu)
  7. Semakan Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (LKM)
  8. Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini

LESEN MEMANDU

  1. Permohonan Permit Memandu Antarabangsa (IDP)
  2. Permohonan Cabutan dan Pengesahan Lesen Memandu (LMM)
  3. Permohonan Salinan Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  4. Permohonan Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  5. Permohonan Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  6. Rayuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) tamat tempoh
  7. Semakan Pertukaran Lesen Memandu
  8. Semakan Keputusan Ujian Memandu Bahagian 1/ Vokasional/ Praktikal
  9. Semakan Tarikh Ujian di Institut Memandu / Sekolah Memandu
  10. Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu Malaysia
  11. Semakan Pertukaran Lesen Memandu Luar Negara
  12. Semakan Tempoh Permit Institut Memandu / Sekolah Memandu

KESALAHAN & PENALTI

  1. Bayaran Saman JPJ
  2. Pertanyaan Senarai Hitam
  3. Pertanyaan Saman / Notis
  4. Pertanyaan Tempoh Lesen Digantung / Batal
  5. Pertanyaan Mata Demerit

KEJURUTERAAN AUTOMOTIF

  1. Permohonan Status Kenderaan Vintaj / Klasik
  2. Permohonan Mendapatkan Kelulusan Membaiki Kenderaan Akibat Kemalangan
  3. Permohonan Cop Semula No.Casis
  4. Permohonan Cop Semula No. Enjin
  5. Permohonan Pemasangan Lampu Mata Arah (Beacon Light)
  6. Permohonan Pengubahsuaian Kenderaan

Login MyJPJ

Setelah mempunyai ID MySikap, anda kini boleh log masuk aplikasi MyJPJ untuk mendapatkan Lesen Memandu dan Cukai Jalan Digital.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang aplikasi MyJPJ, cara semakan dan muat turun, sila rujuk : MyJPJ: Lesen Memandu (e-LMM) & Cukai Jalan (e-LKM) Online

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://public.jpj.gov.my/ atau talian hotline JPJ di 03 8000 8000.

Pengguna disarankan agar merujuk Panduan Umum terlebih dahulu sebelum meneruskan ke pautan yang lain.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!