Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 13 Oktober 2026.

Minggu lepas, pelbagai pengumuman dan insentif Kerajaan telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia khususnya dalam Belanjawan 2027, antaranya STR / SARA 2027, pelepasan cukai yang ditambahbaik, diskaun PTPTN, kenaikan gaji minimum dan macam-macam lagi. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

bantuan insentif minggu ini

1. Jumlah Bantuan STR / SARA 2027 Diumumkan

Semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sehingga RM150 sebulan atau maksimum RM1,800 setahun pada 2027.

Manakala selain penerima STR yang berumur 18 tahun ke atas, akan menerima SARA MADANI RM100 sebanyak dua kali, iaitu sebelum Aidilfitri dan menjelang Hari Merdeka 2027.

Berikut dikongsikan jadual jumlah pembayaran STR dan SARA yang bakal diterima bagi tahun 2027 :

Jumlah bantuan SARA Madani dan SARA bulanan
Jumlah bantuan STR 2027

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk artikel : STR 2027 – Jumlah Bayaran Setiap Kategori & Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah

2. BKK 2027 Penjawat Awam 2027

Kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam daripada Gred Utama B dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Bantuan khas kewangan sebanyak RM750 turut diberikan kepada lebih satu juta pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

Tarikh pembayaran bantuan khas itu akan dilakukan sebanyak dua kali, iaitu sebelum sambutan Aidilfitri dan sempena ambang 70 tahun Merdeka.

belanjawan 2027 04

Baca : Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM1,500 Penjawat Awam & RM750 Pesara

3. Kenaikan Had Pelepasan Cukai Individu 2027

Kenaikan had pelepasan cukai individu daripada RM9,000 kepada RM12,000 yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027.

Ini tentunya berita yang ditunggu-tunggu oleh ramai rakyat Malaysia memandangkan kali terakhir kadar ini disemak adalah pada 2010.

Selain itu, kadar cukai pendapatan individu diturunkan satu mata peratusan.

Bagi tahun 2027, lebih banyak kategori pelepasan cukai telah ditambahbaik, antaranya:

  • Yuran pengajian meliputi semua bidang
  • Tuisyen anak
  • Penjagaan ibu, bapa, datuk dan nenek
  • Rawatan selepas bersalin
  • Langganan AI
  • Kos vaksin
  • Pengambilan haiwan angkat dari pusat berdaftar

4. Pengumuman Operasi Sekolah Akan Dibuat Setiap Hari – KPM

Susulan isu jerebu, status operasi sekolah di seluruh negara yang terjejas akibat jerebu akan ditentukan setiap hari berdasarkan pemantauan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan media bertarikh 10 Oktober berkata, Pengarah Pendidikan Negeri (PPN) diarahkan menubuhkan Jawatankuasa Petugas Pemantau Jerebu yang melibatkan JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi memantau bacaan IPU mengikut ketetapan masa setiap hari.

Waktu pengumuman akan dibuat :

  • sebelum 2.45pm (Sabtu/Ahad)
  • sebelum 5.45pm (hari-hari lain)

5. Diskaun PTPTN 2027

Berita baik buat peminjam PTPTN!

Kini, bayaran balik pinjaman pendidikan dipermudah mengikut tahap pendapatan peminjam.

  • GAJI BAWAH RM2,500
    • Bayaran balik ditangguhkan bagi peminjam yang berpendapatan bawah RM2,500 sebulan.
  • GAJI RM2,501 – RM3,000
    • Boleh mula membayar serendah RM50 sebulan sahaja.
  • DISKAUN 10%
    • Diskaun diberikan kepada peminjam yang membuat bayaran secara teratur tanpa tunggakan.

Langkah ini pastinya melegakan ramai peminjam, khususnya golongan muda yang baru memulakan kerjaya dan masih bergelut dengan kos sara hidup.

Yang penting, bayaran balik pinjaman tidak sepatutnya menjadi beban sehingga menyukarkan anak muda untuk meneruskan kehidupan.

6. Gaji Minimum RM2000 Berkuatkuasa Jun 2027

Kerajaan mengumumkan kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 mulai Jun 2027, membabitkan lebih empat juta pekerja. Namun pengecualian diberikan kepada Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana (PMKS) dengan hasil jualan dibawah RM50 juta.

gaji minimum 2027 rm2000

Kerajaan akan melaksanakan pembaharuan kerangka pendapatan pekerja dengan memperkenalkan gaji minimum sebanyak RM2,500 sebulan bagi pekerjaan separa mahir dan graduan sebagai permulaan.

Kerajaan turut menyambut baik komitmen syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk meningkatkan penanda aras gaji sara hidup daripada RM3,100 kepada RM3,400 sebulan. Langkah ini memberi manfaat kepada 230,000 pekerja.

7. Pampasan Pemandu Mabuk

Menerusi inisiatif yang diketengahkan dalam Belanjawan MADANI 2027, kerajaan menyatakan hasrat memperkukuh tindakan terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan.

Antara penekanan utama ialah:

  • PAMPASAN KEPADA MANGSA – Pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan perlu menanggung kerugian yang dialami mangsa, termasuk kesan terhadap kehidupan dan sumber pendapatan mereka.
  • HUKUMAN LEBIH TEGAS – Tindakan dan hukuman terhadap pemandu mabuk perlu diperkukuh supaya menjadi pengajaran serta pencegahan kepada orang lain.
  • KEADILAN UNTUK MANGSA – Perlindungan dan pembelaan tidak sepatutnya terhenti pada hukuman terhadap pesalah. Kebajikan dan masa depan mangsa juga mesti diberikan perhatian.

8. Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun mengumumkan perkara itu pada sidang media :

  • PENAMAAN CALON: 31 OKT 2026
  • UNDI AWAL: 10 NOV 2026
  • HARI MENGUNDI: 14 NOV 2026

Pengumuman itu dibuat selepas Mesyuarat Khas SPR bagi membincangkan urusan dan persiapan pelaksanaan PRN Melaka Ke-16.

9. Cuti Bersalin Dinaikkan

Kelayakan cuti bersalin penjawat awam sepanjang perkhidmatan dinaikkan daripada 360 kepada 490 hari, dengan maksimum 98 hari bagi setiap kelahiran.

10. SARA 2027 Boleh Beli Barang Segar & Basah

Satu lagi berita baik untuk penerima SARA, tak lama lagi wang bantuan tersebut boleh digunakan untuk beli barang basah dan segar!

Menerusi Belanjawan 2027, penggunaan SARA bakal diperluas ke 216 pasar tani dan tamu FAMA seluruh negara. Lebih banyak pilihan untuk rakyat berbelanja!

SARA 2027

11. Platform Tabung Haji Kini Boleh Diakses

Setelah beberapa hari digantung perkhidmatan, TH telah bersedia sepenuhnya untuk menyambung semula perkhidmatan melalui Bank Rakan Strategik.

Walau bagaimanapun, penyambungan semula perkhidmatan ini masih menunggu pengesahan akhir daripada pihak bank berkenaan. Masih terdapat Bank Rakan Strategik yang meminta penjelasan lanjut daripada TH, walaupun penjelasan telah diberikan.

TH bersedia memberikan penjelasan penuh dan berpandangan bahawa perkara ini tidak harus dipanjangkan demi kepentingan pendeposit.

Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni

Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.

Penulis
Biografi User