SKDS 2.0 – Permohonan Pembayaran Tunai Subsidi Diesel

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

SKDS 2.0 diperkenalkan bagi mengurangkan ketirisan dan penyeludupan diesel bersubsidi secara lebih berkesan. Layari portal rasmi Budi Madani Diesel untuk membuat permohonan subsidi diesel dan semakan syarat di https://budidiesel.gov.my/. Atau, daftar terus di platform MySubsidi Diesel dipautan berikut: https://mysubsidi.kpdn.gov.my/

Sistem ini terbuka kepada syarikat dan badan pengangkutan darat yang layak untuk membeli diesel bersubsidi di stesen terpilih menggunakan “fleet card”.

Tentera dan kenderaan khas yang digunakan di dalam persekitaran kompleks-kompleks seperti lapangan terbang, pelabuhan, tapak pembinaan, kilang dan pembalakan tidak layak.

Rujuk info penuh mengenai SKDS 2.0, syarat-syarat dan cara permohonan di bawah.

Apa itu SKDS 2.0?

SKDS 2.0 merupakan sebuah program penyasaran subsidi diesel di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Di bawah program ini, kenderaan pengangkutan awam darat berkelayakan boleh memohon untuk mendapat fleet card untuk membeli diesel pada harga
subsidi RM2.15 seliter.

Terdapat 23 jenis kenderaan pengangkutan barang darat yang layak di bawah SKDS 2.0.

@kpdnnegerisembilan

Cara-Cara Pendaftaran Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 #KPDN #kpdnns #rahmahituberkat #skds 2.0

♬ original sound – KPDN NS – KPDN NS
Kredit: Tiktok @kpdnnegerisembilan

Syarat Kelayakan Memohon SKDS 2.0

Syarat kelayakan memohon diesel bersubsidi SKDS 2.0 adalah seperti berikut:

  • Syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016; atau entiti perniagaan tunggal dan perkongsian yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956; atau entiti perkongsian liabiliti terhad yang berdaftar di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012;
  • mempunyai kenderaan di bawah pemilikan syarikat / perniagaan tunggal atau perkongsian;
  • kenderaan mempunyai cukai jalan yang sah; dan
  • jenis kenderaan terdiri daripada 23 jenis kenderaan yang disenaraikan.

Jenis Kenderaan Yang Layak

Sebanyak 10 jenis kenderaan darat awam dan 23 jenis kenderaan barangan layak memohon SKDS 2.0. Senarai lengkapnya adalah seperti berikut:

KENDERAAN DARAT AWAM DENGAN DIESEL RM 1.88 SELITER – SELURUH MALAYSIA

  1. Bas pengantara
  2. Bas ekspress
  3. Bas mini
  4. Bas sekolah
  5. Teksi
  6. Kereta sewa
  7. Van / lori mayat
  8. Bas henti-henti
  9. Ambulan
  10. Lori Bomba

KENDERAAN DARAT BARANGAN DENGAN DIESEL RM 2.15 SELITER – SEMENANJUNG MALAYSIA

  1. Lori rigid kargo am
  2. Lori refrigerated
  3. Penggerak utama
  4. Lori rigid kandang haiwan
  5. Lori rigid hasil pertanian
  6. Lori rigid kombinasi
  7. Lori rigid tangki air
  8. Window van
  9. Panel van
  10. Lori luton
  11. Lori rigid sampah
  12. Bas perkhidmatan bergerak
  13. Lori rigid tangki tepung
  14. Lori rigid minuman
  15. Lori rigid perkhidmatan bergerak
  16. Lori rigid curtainsider
  17. Lori tangki rigid minuman
  18. Bas food catering
  19. Lori rigid open platform
  20. Van perkhidmatan bergerak
  21. Lori food catering
  22. Van food catering
  23. Semi-panel van
skds 2.0 permohonan subsidi diesel

Cara Permohonan SKDS 2.0

  1. Permohonan untuk SKDS II ini boleh dibuat melalui https://mysubsidi.kpdn.gov.my/
  2. Maklumat diperlukan adalah:
    • butiran maklumat syarikat
    • nombor pendaftaran kenderaan
    • pilihan syarikat minyak (maksimum 3 jenama) antara jenama PETRONAS, Shell, Petron, Caltex atau BHP.
  3. Kelulusan adalah serta-merta dengan syarat semua maklumat adalah lengkap dan tepat.
  4. Syarikat akan menerima 2 dokumen:
    • Surat Kelayakan Membeli Diesel Bersubsidi
    • Senarai Kenderaan yang diluluskan

Sila rujuk video di bawah:

Panduan Permohonan MySubsidi Diesel 2.0

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai MySubsidi Diesel, sila rujuk:

  1. Portal Ihsan MADANI
  2. Portal BUDI MADANI DIESEL
  3. Portal MySubsidi Diesel
  4. Facebook KPDN Laman Rasmi

ATAU, rujuk jadual di bawah:

PerkaraNombor TelefonAlamat Emel
Permohonan kuota Petrol (SKPS) dan Diesel (SKDS) bersubsidi03 – 8882 5893 / 5894 / 5923 / 6667 / 6331 / 6557[email protected]
Tuntutan Bayaran Balik SKPS[email protected]
Tuntutan Bayaran Balik Petrol Syarikat Bot Penumpang Sungai[email protected]

SYARIKAT MINYAK

Syarikat MinyakNombor TelefonPautan Terlibat
BHP03-77199499 https://www.bhpetrol.com.my/new-to-x-fleet/
Caltex1-800-88-3168https://www.caltex.com/my/business-solutions/fleet-cards/caltex-diesel-government-subsidy-card.html
FIVE03-2391 1555https://mysubsidi.5petrol.com
Petron1-800-88-8298https://www.petronfleetcard.com.my/
Petronas1-300-88-8282https://www.mymesra.com.my/for-business/smartpay
Shell1-300-22-8181https://www.shell.com.my/business-customers/shell-fuel-card/apply-for-shell-fuel-card.html

Soalan Lazim SKDS 2.0

Bilakah pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) akan dilaksanakan?

Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) telah dilaksanakan secara Projek Rintis pada 1 Februari 2024 dan perluasan Fasa II SKDS 2.0 telah dilaksanakan bermula 7 Mac 2024.

Siapakah yang perlu memohon diesel bersubsidi di bawah SKDS 2.0?

Semua syarikat di bawah Sektor Pengangkutan Darat (Barangan) di Semenanjung Malaysia perlu memohon diesel bersubsidi di bawah SKDS 2.0 untuk sembilan (9) jenis kenderaan berikut:

(i) Lori Kargo Am;
(ii) Lori Minuman Botol;
(iii) Lori Refrigerated;
(iv) Lori Luton/ Kotak;
(v) Penggerak Utama;
(vi) Lori Tangki Tepung;
(vii) Lori Tangki Air;
(viii) Panel Van; dan
(ix) Window Van.

Adakah akan terdapat tambahan bagi kenderaan yang layak memohon diesel bersubsidi di bawah SKDS 2.0?

Kerajaan telah memutuskan untuk pertambahan 14 jenis kenderaan baharu yang layak di bawah SKDS 2.0 untuk mula memohon pada 13 Mei 2024. Tambahan kenderaan adalah seperti berikut:

(i) Lori Rigid – Curtainsider;
(ii) Lori Rigid – Hasil Pertanian;
(iii) Lori Rigid – Kandang Haiwan;
(iv) Lori Rigid – Kombinasi;
(v) Lori Rigid – Open Platform;
(vi) Lori Tangki Rigid – Minuman;
(vii) Semi – Panel Van;
(viii) Van Food Catering;
(ix) Bas Food Catering;
(x) Lori Food Catering;
(xi) Lori Rigid – Sampah;
(xii) Van Perkhidmatan Bergerak;
(xiii) Bas Perkhidmatan Bergerak; dan
(xiv) Lori Perkhidmatan Bergerak.

Apakah syarat kelayakan bagi memohon diesel bersubsidi di bawah SKDS 2.0?

Syarat kelayakan memohon diesel bersubsidi SKDS 2.0 adalah seperti berikut:

(i) Syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016; atau entiti perniagaan tunggal dan perkongsian yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956; atau entiti perkongsian liabiliti terhad yang berdaftar di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012;
(ii) mempunyai kenderaan di bawah pemilikan syarikat / perniagaan tunggal atau perkongsian;
(iii) kenderaan mempunyai cukai jalan yang sah; dan
(iv) jenis kenderaan terdiri daripada 23 jenis kenderaan yang disenaraikan.

Adakah kenderaan darat barangan di pulau-pulau perlu memohon subsidi diesel di bawah SKDS 2.0?

Ya. Sekiranya kenderaan tersebut berada di pulau-pulau Semenanjung Malaysia dan
tergolong dalam 23 jenis kenderaan yang disenaraikan.

Berapakah harga diesel bersubsidi di bawah SKDS 2.0?

Harga diesel bersubsidi adalah RM2.15/ liter bagi 23 jenis kenderaan di bawah Sektor Pengangkutan Darat (Barangan).

Bilakah syarikat boleh mula memohon diesel bersubsidi untuk Sektor Pengangkutan Darat (Barangan) di bawah SKDS 2.0?

Syarikat boleh mula memohon mulai 7 Mac 2024 bagi 9 jenis kenderaan barangan dan 13 Mei 2024 bagi pertambahan 14 jenis kenderaan baharu.

Bagaimanakah cara untuk memohon diesel bersubsidi di bawah SKDS 2.0?

Syarikat boleh memohon secara atas talianmenerusi Sistem MySubsidi Diesel di pautan
https://mysubsidi.kpdn.gov.my/

Adakah pendaftaran secara manual boleh dilakukan?

Tidak. Pendaftaran hanya boleh dilakukan secara atas talian.

Apakah maklumat yang diperlukan untuk permohonan pendaftaran diesel bersubsidi SKDS 2.0 dalam Sistem MySubsidi Diesel?

Maklumat yang diperlukan adalah:
(i) butiran maklumat syarikat;
(ii) nombor pendaftaran kenderaan; dan
(iii) pilihan syarikat minyak antara jenama PETRONAS, Shell, Petron, Caltex atau BHP.

Berapa lama proses kelulusan kelayakan diesel bersubsidi SKDS 2.0?

Kelulusan adalah serta merta dengan syarat semua maklumat adalah lengkap dan tepat.

Kenapa pendaftaran saya tidak berjaya?

Antara sebab pendaftaran tidak berjaya
adalah kerana:
(i) No. Kad Pengenalan/ No. SSM tidak tepat.
(ii) Ejaan nama syarikat/ perniagaan tidak sama seperti dalam Sijil Perakuan Pendaftaran.
(iii) Pendaftaran menggunakan No. SSM yang lama.
(iv) Kenderaan tidak tersenarai di dalam 23 jenis kenderaan yang dinyatakan.
(v) Kenderaan bukan hak milik syarikat yang memohon.
(vi) Cukai jalan kenderaan syarikat telah tamat tempoh.

Berapa bilangan jenama syarikat minyak yang boleh dipilih semasa membuat permohonan dalam MySubsidi Diesel?

Syarikat boleh memilih maksimum tiga (3) jenama syarikat minyak semasa memohon
di dalam Sistem MySubsidi Diesel.

Jenama yang boleh dipilih adalah PETRONAS, Shell, Petron, Caltex atau BHP.

Apakah yang perlu dilakukan setelah mendapat kelulusan? Bagaimanakah cara untuk memohon fleet card?

Setelah Surat Kelayakan Membeli Diesel Bersubsidi dikeluarkan, syarikat/ perniagaan perlu memohon fleet card daripada syarikat minyak yang telah dipilih dalam Sistem MySubsidi Diesel.

Apakah dokumen yang perlu dibawa untuk memohon fleet card daripada syarikat minyak?

Syarikat perlu membawa dua (2) dokumen seperti berikut:
(i) Surat Kelayakan Membeli Diesel Bersubsidi; dan
(ii) Senarai Kenderaan yang diluluskan.

Berapakah tempoh bagi memproses permohonan fleet card oleh syarikat minyak?

Tempoh memproses permohonan fleet card adalah 2 hingga 4 minggu selepas permohonan lengkap dikemukakan kepada syarikat minyak.

Sebarang pertanyaan atau permohonan boleh diajukan kepada syarikat minyak seperti berikut:

PETRONAS : 1-300-88-8282
https://www.mymesra.com.my/forbusiness/smartpay
Shell : 1-300-22-8181
https://www.shell.com.my/businesscustomers/shell-fuel-card/apply-for-shellfuel-card.html
Petron : 1-800-88-8298
https://www.petronfleetcard.com.my/
Caltex : 1-800-88-3168
https://www.caltex.com/my/businesssolutions/fleet-cards/caltex-dieselgovernment-subsidy-card.html
BHP : 03-7719 9499
https://www.bhpetrol.com.my/new-to-x-fleet/

Berapa lama tempoh sah laku kelulusan diesel bersubsidi?

Tempoh sah laku kelulusan diesel bersubsidi adalah bergantung kepada tempoh sah laku cukai jalan kenderaan.

Berapakah jumlah kuota diesel bersubsidi yang akan diterima oleh kenderaan pengangkutan darat barangan?

Pada ketika ini tiada penetapan kuota diesel bersubsidi bagi kenderaan pengangkutan darat barangan.

Kuota saya tidak boleh digunakan dan saya terpaksa membayar diesel pada harga pam dan bukannya pada harga subsidi.

Sekiranya syarikat menggunakan fleet card kredit atau pasca bayar, mohon semakan terhadap ketetapan had kredit anda bersama syarikat minyak pilihan.

Syarikat pengangkutan tidak akan dapat menggunakan fleet card credit atau pasca bayar sekiranya had kredit telah tercapai di dalam akaun syarikat minyak.

Bagaimanakah cara memohon untuk menukar jenama fleet card syarikat minyak?

Syarikat boleh memohon pertukaran jenama fleet card syarikat minyak dalam Sistem MySubsidi Diesel di bahagian “Permohonan Pertukaran Syarikat Minyak”.

Namun pertukaran jenama fleet card syarikat minyak masih tertakluk kepada kelulusan syarikat minyak semasa dan syarikat minyak baharu yang dipilih.

Berapa kali pertukaran syarikat minyak boleh dilakukan dalam masa setahun?

Syarikat/ perniagaan boleh memohon pertukaran syarikat minyak sebanyak tiga (3) kali dalam setahun.

Bilakah kelulusan baharu diesel bersubsidi dikeluarkan sekiranya berlaku pertukaran syarikat minyak?

Sekiranya berlaku pertukaran syarikat minyak, kelulusan diesel bersubsidi syarikat
hanya boleh digunakan pada 1 haribulan bulan berikutnya setelah permohonan pertukaran diluluskan

Bagaimana saya hendak mengetahui status pertukaran syarikat minyak?

Pemohon akan menerima status pertukaran syarikat minyak melalui notifikasi emel dan melalui Sistem MySubsidi Diesel. Sekiranya status pertukaran syarikat minyak belum diperolehi, pemohon boleh menghubungi syarikat minyak semasa atau yang baharu.

Adakah KPDN terlibat dalam pertimbangan pertukaran syarikat minyak oleh pemohon?

KPDN tidak terlibat dengan urusan tersebut. Pemohon perlu menghubungi syarikat minyak yang berkenaan.

Siapakah yang saya boleh hubungi sekiranya terdapat sebarang pertanyaan?

Pertanyaan boleh dipanjangkan ke Pusat Panggilan SKDS 2.0 bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang pada hari bekerja di talian 03-8084 4566.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut