Harga Perodua Myvi Baru 2022 & Pengecualian Cukai Jualan Kereta

Mungkin ramai yang teruja dengan pengumuman Perodua Myvi yang terbaru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, dan tentunya nak tahu berapa agaknya harga tu kan?

Untuk makluman, Myvi generasi ketiga Perodua telah menerima penambahbaikan dan kini dibuka untuk tempahan, kata Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua).

Pengeluar kereta itu menjelaskan Myvi baharu itu akan didatangkan dengan teknologi yang dinaiktaraf, ciri keselamatan pintar yang dipertingkatkan, penjimatan bahan api yang lebih baik dan varian ini termasuk 1.5 liter AV (Advance), varian 1.5 liter H, varian 1.5 liter X serta dua varian 1.3 liter G.

harga myvi
myvi baru

“Penambahbaikan ini mewakili usaha kami dalam memenuhi jangkaan para pelanggan yang semakin meningkat dan pada masa yang sama menawarkan nilai yang lebih hebat dengan memperkenalkan standard terbaharu untuk model paling diterima di Malaysia, Perodua Myvi,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam satu kenyataan.

“Kami juga telah meningkatkan kecekapan bahan api bagi Myvi Baharu ini kepada 22.2km/ liter (diuji pada varian 1.3L) berbanding 21.1km/liter sebelum ini,” tambah beliau.

Harga Myvi Baru 2022

Julat harga bagi Myvi Baharu ini ialah dari RM45,700 hingga RM58,800 (untuk Semenanjung Malaysia dan tanpa insurans).

Bagi yang berminat, anda boleh membuat tempahan Perodua Myvi ini di pautan https://bit.ly/PeroduaBookOnline atau melalui tempahan di mana-mana showroom Perodua berdekatan anda.

Untuk makluman, pengecualian cukai jualan kereta juga masih ditawarkan bagi tahun 2022 hingga 30 Jun 2022, seperti yang diumumkan melalui Bajet 2022.

Baca juga: Subsidi 50% Atau RM150 Pembelian Carseat Kanak-kanak (Bajet 2022)

Apakah harga Myvi jika anda membelinya dalam tempoh pengecualian jualan kereta ini?

Sila rujuk penerangan di bawah:

Pengecualian Cukai Jualan Kereta (Bajet 2022)

Kerajaan mengumumkan lanjutan pengecualian cukai jualan kereta ke atas semua kenderaan penumpang sehingga 30 Jun 2022 dalam pembentangan Bajet 2022.

Pengecualian cukai jualan kereta ini yang dijadualkan berakhir 31 Disember tahun ini akan dilanjutkan untuk tempoh enam (6) bulan lagi sehingga Jun 2022 untuk mengalakkan pemilikan kereta, merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan dan memacu momentum perkembangan sektor automotif.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bejet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Pengecualian cukai jualan kereta ini kekal seperti mana sebelum ini – ia melibatkan pengecualian cukai jualan 100 peratus ke atas kereta penumpang pemasangan tempatan (CKD).

Manakala, pengecualian cukai jualan sebanyak 50 peratus dikenakan ke atas kenderaan penumpang pemasangan luar negara (CBU) termasuk MPV dan SUV merangkumi CBU import baharu dan CBU import terpakai.

Pengecualian cukai jualan kereta ini pertama kali diumumkan pada Jun 2022 bagi merangsang semula pertumbuhan ekonomi tempatan dan membantu rakyat yang terjejas disebabkan oleh Sekatan Pergerakan Penuh yang dilaksanakan untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Berikut merupakan senarai harga Myvi model terdahulu selepas pengecualian cukai jualan kereta yang diumumkan oleh syarikat pengeluar kereta di Malaysia.

*Senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa berdasarkan pengumuman semasa syarikat pengeluar kereta.

VarianHarga (Dengan SST)Harga (Tidak termasuk cukai jualan kereta (SST) – sehingga 31 Disember 2021)
1.3 G (AT)RM44,590RM43,029
1.3 Premium X (AT)RM46,590RM44,959
1.5 High (AT)RM50,290RM46,530
1.5 Advance (AT)RM54,090RM52,197
Sumber: Carsome.my

Baca juga: Perodua Ativa (D55L) 2021: Senarai Harga, Gambar Interior & Exterior

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: