Tahukah anda, kerajaan telah memperkenalkan satu inisiatif atau sistem baru dikenali sebagai E-Dereg untuk memudahkan proses membatalkan pendaftaran kenderaan.
Masalah lambakan kereta buruk yang diletakkan merata-rata merupakan antar masalah yang suda lama membelenggu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta penduduk setempat.
Di Selangor sahaja, terdapat puluhan ribu kenderaan terbiar yang bukan sahaja menyusahkan orang ramai, malah mendatangkan bahaya kepada alam sekitar.
Proses melupuskan kenderaan ini memerlukan majlis tempatan mengeluarkan beberapa notis kepada pemilik berdaftar kerana mereka tidak boleh melupuskan harta orang ramai di bawah undang-undang.
Jadi dengan adanya sistem ini, orang awam boleh melupuskan kenderaan mereka secara percuma, dan dapat pula ganjaran tunai!
Jom kami kongsikan lebih lanjut tentang sistem ini.
Pengenalan e-Dereg, Sistem Pembatalan Pendaftaran Kenderaan Motor Secara Atas Talian
Sistem Pembatalan Pendaftaran Kenderaan Motor Secara Atas Talian atau Online Motor Vehicle De-registration System (singkatannya e-Dereg) merupakan sistem dalam talian yang dibangunkan untuk pemilik kenderaan melupuskan kenderaan mereka dengan mudah.
Dengan pengenalan sistem baru ini, pemilik asal kenderaan tidak perlu lagi pergi ke pejabat JPJ bagi proses nyah-daftar kenderaan.
Sistem dalam talian ini dibangunkan dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan E-Auto Sdn Bhd dilaksanakan dengan pihak Fasiliti Rawatan Automotif Berlesen (AATF) yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu Car Medic Sdn Bhd.
Pemilik kenderaan hanya perlu menghubungi Car Medic untuk mengatur temujanji bagi tarikh menunda kenderaan dan pemilik diperlukan hadir ke premis Car Medic untuk proses pembatalan pendaftaran yang menggunakan sistem e-Dereg.

Cara Lupus Kereta Lama Dengan e-Dereg JPJ
Sistem e-Dereg bertujuan menggalakkan pemilik dengan kenderaan berusia 30 atau 40 tahun yang tidak lagi layak jalan untuk membuang mesin mereka kerana mereka tidak lagi perlu hadir secara fizikal di Jabatan Pengangkutan Jalan untuk tujuan ini.
Melalui sistem ini, pemilik hanya perlu memberikan MyKad mereka dan mengesahkan identiti mereka dengan cap ibu jari.
CAR MEDIC SDN BHD ialah Pusat Rawatan Automotif Berlesen (Authorised Automotive Treatment Facility – AATF) yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk melupuskan kenderaan akhir hayat.
Car Medic diiktiraf oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk membantu pemilik kenderaan dalam pembatalan pendaftaran kenderaan dan pelupusan kenderaan dengan sah melalui sistem e-Dereg.

Melalui Car Medic ini,
- Perkhidmatan pembatalan pendaftaran dan pelupusan kenderaan akan didaftarkan di pintu rumah melalui e-Dereg JPJ.
- Perkhidmatan ini bebas dari liabiliti, risiko kenderaan anda diguna semula di atas jalanraya, saman & tuntutan di masa akan datang.
- Khidmat towing juga diberikan secara percuma.
- Bayaran harga belian yang berpatutan – pampasan tunai bermula RM100 hingga RM2000.
- Surat JPJ K1D serta sijil pelupusan akan dikeluarkan secara rasmi.

Cara Lupus Kereta Lama Melalui Sistem e-Dereg JPJ
Berikut dikongsikan cara nak scrap kereta secara sah melalui sistem ini :
- Hubungi Car Medic melalui talian Whatsapp +60193623155, telefon +603 8723 6555 atau layari laman web rasmi https:///www.carmedic.com.my
- Sila hantar salinan geran kereta dan whatsapp gambar kereta.
- Tetapkan tarikh, masa dan lokasi temujanji untuk sistem e-Dereg (Pembatalan Pendaftaran Kenderaan)
- Car Medic akan bertemu pemilik untuk imbasan cap jari bagi proses e-Dereg.
- Pemilik terima sistem pengesahan kenderaan yang telah dibatalkan dalam sistem JPJ dengan menerima Surat Pembatalan Pendaftaran Kenderaan JPJ K1D dari JPJ melalui e-mel dalam masa 3 minit.
- Car Medic akan menunda kenderaan pemilik ke fasiliti untuk pelupusan mengikut garis panduan Jabatan Alam Sekitar (JAS) secara percuma.
- Pemilik menerima ganjaran token mengikut kadar yang ditetapkan.
- Car Medic mengeluarkan Sijil Pelupusan (Certificate of Destruction) dan dihantar melalui emel sebagai pengesahan rasmi pelupusan kenderaan.

Dokumen Yang Diperlukan
Pembatalan pendaftaran kenderaan merupakan satu proses membatalkan pendaftaran kenderaan dan menyekat sebarang transaksi ke atas kenderaan tersebut manakala musnah pula didefinisikan sebagai kenderaan yang hendak dilupuskan dengan apa cara sekalipun.

Perkhidmatan e-Dereg ‘Cover’ Area Mana?
Lokasi perkhidmatan ini meliputi semua lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia.
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Sistem e-Dereg JPJ
Sistem e-Dereg ialah sistem pelupusan kenderaan lama yang bertujuan menggalakkan pemilik dengan kenderaan berusia 30 atau 40 tahun yang tidak lagi layak jalan untuk melupuskan kenderaan mereka. Melalui sistem ini, pengguna tidak lagi perlu hadir secara fizikal di Jabatan Pengangkutan Jalan untuk membatalkan proses pelupusan ini.
Sistem ini meliputi pembangunan ekosistem dari proses pembatalan pendaftaran hingga penubuhan pusat pelupusan kenderaan berlesen yang mematuhi piawaian keselamatan dan alam sekitar yang ditetapkan. Melalui sistem ini, pemilik hanya perlu memberikan MyKad mereka dan mengesahkan identiti mereka dengan cap ibu jari.
Pemilik perlu mengemukakan geran kereta yang sah dan kad pengenalan untuk tujuan pengesahan dan proses pelupusan.
Hubungi Car Medic melalui talian Whatsapp +60193623155, telefon +603 8723 6555 atau layari laman web rasmi https:///www.carmedic.com.my
CAR MEDIC SDN BHD ialah Pusat Rawatan Automotif Berlesen (Authorised Automotive Treatment Facility – AATF) yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk melupuskan kenderaan akhir hayat.
Car Medic diiktiraf oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk membantu pemilik kenderaan dalam pembatalan pendaftaran kenderaan dan pelupusan kenderaan dengan sah melalui sistem e-Dereg.
Tidak sama kerana Car Medic akan melupuskan kenderaan anda. Maka, nilai ganjaran yang diberikan bukanlah berdasarkan nilai pasaran kereta tersebut.




