Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah membuka permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMANJ) boleh dibuat mulai 14 Oktober 2026 hingga 14 November 2026 (5.00 petang) di pautan https://forms.gle/nDRYqXkU1qG5WMkR8.

Rujuk maklumat penuh mengenai permohonan ini.

Pengenalan Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMANJ)

Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMANJ) ialah institusi pendidikan Islam di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor yang menawarkan gabungan kurikulum akademik kebangsaan dan pengajian agama Islam.

Mengikut sejarah, Negeri Johor Darul Takzim menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi negeri melalui pengisytiharan dan pewartaan Undang-undang Tubuh Negeri Johor pada tahun 1895.

Oleh kerana itu, SMANJ diwujudkan atas perintah Sultan Johor, Almarhum Sultan Abu Bakar untuk memberi pendidikan agama kepada anak-anak beragama Islam di Johor.

Ianya adalah satu-satunya pendidikan agama yang mempunyai asas dan bersistem serta tidak ada di negeri lain yang mana ia merupakan sekolah pendidikan Islam yang ditadbir terus oleh kerajaan negeri melalui Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Johor.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan bagi kemasukan ke Tingkatan 4 dibuka mulai 14 Oktober 2026 hingga 14 November 2026 (5.00 petang).

Senarai SMANJ Ditawarkan

Senarai sekolah ini di seluruh Negeri Johor adalah seperti berikut:

  • Maahad Johor, Johor Bahru (MJ)
  • SMA Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ)
  • Maahad Pontian, Pontian (MP)
  • SMA Parit Raja, Batu Pahat (SMAPR)
  • SMA Bugisiah, Tampok, Pontian (SMABG)

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan ke sekolah ini bagi tahun 2027 adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
  3. Lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012.
  4. Calon hendaklah telah mengikuti Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) KPM dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.
  5. Hanya calon yang melepasi saringan awal akan dipanggil menghadiri Ujian Kemasukan Tingkatan 4 (UKT4).

Cara Permohonan

Permohonan mestilah dibuat secara atas talian menerusi pautan https://forms.gle/nDRYqXkU1qG5WMkR8.

Untuk melengkapkan permohonan, dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Salinan Keputusan Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA) Tingkatan 3 (Disahkan)
  • Salinan keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tingkatan 3 (Disahkan)
  • Salinan Keputusan PAJSK Tingkatan 3 (Disahkan)

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMANJ)?

SMANJ ialah institusi pendidikan Islam di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor yang menawarkan gabungan kurikulum akademik kebangsaan dan pengajian agama Islam.

Apakah sekolah yang ditawarkan untuk permohonan kemasukan Tingkatan 4 ini?

– Maahad Johor, Johor Bahru (MJ)
– SMA Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ)
– Maahad Pontian, Pontian (MP)
– SMA Parit Raja, Batu Pahat (SMAPR)
– SMA Bugisiah, Tampok, Pontian (SMABG)

Bilakah tarikh lahir pemohon yang layak memohon bagi kemasukan Tingkatan 4 2026?

Calon mestilah lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012.

Bagaimanakah cara untuk permohonan kemasukan ke sekolah ini?

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://forms.gle/nDRYqXkU1qG5WMkR8.

Adakah saya boleh membuat permohonan ini secara manual?

Tidak. Semua permohonan adalah secara online sahaja.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan https://jainj.johor.gov.my/bahagian-unit/bpi/ atau hantar emel ke alamat [email protected] untuk membuat pertanyaan.

Baca juga: Jadual Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama SDEA Negeri Johor 2026

Penulis