Opens in a new tab
Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

ETS merupakan salah satu pilihan pengangkutan awam utama untuk perjalanan antara utara ke selatan tanah air. Tempahan tiket ETS boleh dilakukan melalui laman web rasmi KTMB, aplikasi rasmi KTMB Mobile atau KITS Style, mesin tiket layan diri atau di kaunter jualan tiket di stesen KTMB.

Bagaimanapun, ramai penumpang tidak selesa akibat tersalah memilih kedudukan tempat duduk dan jenis koc semasa membuat tempahan tiket.

Bagi membantu anda memilih koc dan seat ETS yang sesuai, jom semak panduan lengkap di bawah.

ETS Pilihan Pengangkutan Awam Utama di Malaysia

ETS adalah singkatan bagi Electric Train Service (Perkhidmatan Tren Elektrik), iaitu perkhidmatan kereta api laju antara bandar yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Malaysia.

Perkhidmatan ini menghubungkan pantai barat Semenanjung Malaysia, bermula dari Gemas (Negeri Sembilan) melalui Kuala Lumpur (KL Sentral) sehinggalah ke Padang Besar (Perlis) di sempadan Thailand.

Laluan Utama ETS:

  • Gemas – KL Sentral – Padang Besar
  • KL Sentral – Ipoh
  • KL Sentral – Butterworth
  • KL Sentral – Padang Besar

Satu set tren ETS standard (sama ada kelas Gold atau Platinum) mempunyai 6 rangkaian koc utama yang ditandakan dari huruf A hingga F.

Setiap koc mempunyai fungsi dan kemudahan yang berbeza.

Sumber: Portal KTMB

Senarai Koc ETS dan Siapa yang Sesuai Pilih

    • Koc A & F (Mesra Bagasi Besar): Terletak di bahagian paling hujung tren. Koc ini mempunyai ruang dan rak simpanan bagasi yang lebih luas. Sangat sesuai jika anda pulang ke kampung dengan membawa beg pakaian yang besar atau barangan berat.
    • Koc B & E (Zon Tenang & Dekat Tandas): Pilihan terbaik untuk penumpang solo atau mereka yang ingin tidur sepanjang perjalanan. Koc ini kurang gangguan lalu-lalang dan terletak bersebelahan dengan kemudahan tandas utama.
    • Koc C (Koc Bistro & Surau): Ini merupakan pusat tumpuan tren kerana menempatkan kafe/bistro ETS dan ruang solat (surau). Suasana di sini agak ‘meriah’ kerana orang ramai sentiasa keluar masuk untuk membeli makanan atau berwuduk. Kurang sesuai jika anda mahukan ketenangan.
    • Koc D (Koc Mesra OKU & Warga Emas): Direka khas dengan ruang legar yang luas, tempat duduk khas untuk kerusi roda, serta tandas mesra OKU. Jika anda membawa warga emas, pilihlah Koc D demi kemudahan pergerakan mereka.

    Satu lagi, boleh pilih tempat duduk tepi tingkap jika anda bersama anak kecil supaya anak boleh melihat pemandangan, atau sesuai juga untuk penumpang yang ingin menikmati pemandangan luar sepanjang perjalanan.

    Tips Pilih KOC ETS & Cara Pilih Seat Menghadap Depan
    Sumber: Portal KTMB

    Cara Pilih Seat Menghadap Depan

    Isu paling kerap dihadapi oleh penumpang ialah mendapat tempat duduk yang menghadap ke belakang (terbalik) dengan arah pergerakan tren.

    Duduk secara terbalik dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan mabuk perjalanan dan pening kepala.

    Jadi, macam mana nak tahu seat ETS yang menghadap depan?

    Mudah je, mengikut perkongsian KTMB, arah dan kedudukan tempat duduk dalam aplikasi tempahan boleh dikenalpasti menerusi kod warna berikut:

    🟡Kuning – Tempat duduk berhadapan meja (facing 4 org)
    🟢Hijau – Tempat duduk menghadap perjalanan (facing forwars)
    🔵Biru – Tempat duduk melawan arus jalan (facing backward)

    Tambahan info: M– Male, F – Female

    Cara nak pilih tempat duduk tepi tingkap pula, ianya bergantung kepada jenis set tren ETS yang digunakan bagi laluan tersebut.

      Jenis Perkhidmatan ETS

      Terdapat tiga jenis ETS yang ada di Malaysia, iaitu;

      1. ETS Express – Hentian paling terhad, jadi perjalanan lebih cepat sbb dia berhenti di stesen stesen terpilih.
      2. ETS Platinum – Berhenti di lebih banyak stesen berbanding Express, tetapi masih antara perkhidmatan yang lebih pantas.
      3. ETS Gold – Lebih banyak hentian berbanding Platinum, jadi masa perjalanan biasanya lebih lama.

      Kemudahan di Dalam ETS

      Semua tren ETS dilengkapi dengan kemudahan moden untuk keselesaan penumpang jarak jauh, antaranya:

      • Pendingin hawa sepenuhnya.
      • Soket palam kuasa (plug 3-pin) di bawah setiap tempat duduk untuk mengecas peranti.
      • Kafe/Bistro mini yang menjual makanan dan minuman hangat (di Koc C).
      • Ruang solat (surau) kecil beserta tempat wuduk (di Koc C).
      • Tandas bersih (termasuk tandas mesra OKU di Koc D).
      • Monitor TV skrin rata yang memaparkan maklumat kelajuan tren dan stesen seterusnya.

      Tips Tambahan Menaiki ETS

      1. Suhu Pendingin Hawa yang Sejuk: Suhu di dalam ETS boleh menjadi sangat sejuk (terutamanya pada waktu malam atau waktu hujan). Pastikan anda membawa jaket, sweater, atau kain selimut.
      2. Kemudahan Soket Kuasa (Plug): Setiap bawah tempat duduk dibekalkan dengan satu soket 3-pin. Anda boleh mengecas telefon pintar atau komputer riba tanpa risau kehabisan bateri.
      3. Tempah Tiket Lebih Awal: Tiket ETS terutamanya kelas Platinum dan Business Class selalunya habis terjual dengan cepat pada hujung minggu, musim cuti sekolah, dan hari perayaan. Jadi, tempat tiket perjalanan anda lebih awal.

      Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Tips Pilih KOC ETS

      Untuk rujukan rasmi mengenai terma, jadual perjalanan, dan pembelian tiket ETS, anda boleh merujuk portal rasmi KTMB.

      Anda boleh hubungi talian Khidmat Pelanggan KTMB di 03-97791200 atau e-mel ke [email protected] untuk sebarang bantuan teknikal berkaitan tiket.

        Pintu pelepasan di stesen ditutup berapa minit sebelum tren bergerak?

        automatic gate) akan ditutup tepat 5 minit sebelum tren berlepas. Anda dinasihatkan untuk tiba di stesen sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal untuk mengelakkan tiket anda terbatal.

        Saya mahu travel bersama keluarga berempat (4 orang). Kedudukan seat mana yang patut dipilih?

        Pilih kedudukan “Hot Seat” yang terletak di bahagian tengah koc (contohnya barisan seat 13 & 14 di Koc B atau E). Set kursi ini disusun saling menghadap antara satu sama lain dan dipisahkan oleh sebuah meja makan tetap di tengah.

        Adakah semua kelas tren ETS (Express, Platinum, Gold) mempunyai surau dan kafe/bistro?

        Ya. Semua rangkaian tren utama ETS (Class 91 dan Class 93) dilengkapi dengan kemudahan Bistro dan ruang solat (surau) kecil yang terletak secara tetap di Koc C.

        Kat mana nak beli makanan dan solat di dalam ETS?

        Pergi ke Koc C. Kafeteria (Bistro mini) dan ruang solat (surau) terletak di dalam koc ini untuk semua jenis tren ETS.

        Boleh ke beli tiket ETS pada hari perjalanan (walk-in)?

        Boleh jika masih ada kekosongan, tetapi sangat tidak digalakkan kerana tiket ETS biasanya cepat habis, terutamanya untuk hujung minggu atau cuti umum. Sebaiknya beli awal secara online.

        Penulis