Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Tajaan PTPTN 50% Selangor atau Subsidi Yuran Pendidikan 50% disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Belanjawan Selangor 2026 untuk menanggung separuh daripada kos pembiayaan pengajian bagi 4,000 anak Selangor yang terpilih.

Insentif ini diperkenalkan bagi meringankan beban yuran pengajian pelajar yang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa.

Melalui inisiatif ini, pelajar yang memenuhi syarat kelayakan berpeluang menerima Subsidi Yuran Pengajian sebanyak 50% daripada jumlah yuran pengajian.

Rujuk perincian mengenai tajaan PTPTN 50% Selangor ini di bawah.

    Apa Itu Tajaan PTPTN 50% Selangor?

    Tajaan PTPTN 50% Selangor ialah bantuan kewangan khas daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk menanggung separuh daripada yuran pengajian universiti.

    Bantuan ini diumumkan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor di bawah Belanjawan Selangor 2026 dengan peruntukan sebanyak RM17.378 juta bagi membantu seramai 4,000 pelajar anak Selangor.

    • Sasaran: Anak jati Selangor atau pemastautin tetap.
    • Peruntukan: RM17.378 juta disediakan oleh Kerajaan Negeri.
    • Pengambilan: Berkuat kuasa mulai sesi September 2026, juga untuk pengambilan April, Ogos & November 2026.
    • Kelebihan: Mengurangkan beban yuran pengajian sebanyak 50%. 
    Tajaan PTPTN 50% Selangor
    Sumber: Amirudin Shari

    Subsidi ini terpakai bagi kemasukan ke institusi berikut:

    • Universiti Selangor (UNISEL)
    • Universiti Islam Selangor (UIS)

    Di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2, program subsidi 50% pendidikan akan melibatkan 4,000 pelajar yang diperoleh melalui tiga sesi pengambilan (intake) sepanjang tahun 2026 melibatkan insitusi yang terpilih.

    Satu sesi pengambilan berlangsung pada bulan Ogos, manakala sesi terakhir dijadualkan pada bulan November.

    Mengapa insentif ini diperkenalkan?

    Secara amnya, pembiayaan PTPTN hanya menampung sekitar 50% hingga 75% daripada jumlah yuran pengajian. Melalui insentif potongan 50% ini, pelajar dapat mengurangkan beban kewangan dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian.

    Siapa Layak Mohon Tajaan PTPTN 50% Selangor?

    Pelajar mesti memenuhi semua syarat utama berikut untuk melayakkan diri:

    • Warganegara: Pemohon, ibu, dan bapa mestilah warganegara Malaysia.
    • Status “Anak Selangor”: Memenuhi salah satu daripada kriteria berikut:
      • Pelajar lahir di Selangor
      • Ibu atau bapa kandung lahir di Selangor
      • Pelajar telah bermastautin dan bersekolah di Selangor selama sekurang-kurangnya 10 tahun (perlu cop pengesahan ADUN/Penghulu)
      • Pelajar merupakan pengundi berdaftar di Selangor
    • Universiti Terlibat: Hanya untuk pelajar di Universiti Islam Selangor (UIS) atau Universiti Selangor (UNISEL)
      Mod Pengajian: Wajib belajar secara Sepenuh Masa (Full-Time)
    • Pembiayaan Utama: Mestilah merupakan penerima aktif pinjaman PTPTN (subsidi ini akan menanggung baki yuran yang tidak ditanggung oleh PTPTN).
    • Kumpulan Sasaran: Keutamaan diberikan kepada keluarga dalam kategori pendapatan B40 dan M40

    Cara Mohon Tajaan PTPTN 50% Selangor

    Permohonan Subsidi Yuran Pendidikan 50% Selangor boleh dilakukan melalui sistem pengurusan akademik universiti masing-masing semasa tempoh pengambilan pelajar dibuka.

    Inisiatif ini diselaraskan secara automatik dengan pembiayaan PTPTN anda di mana kerajaan negeri membayar 50% daripada yuran pengajian tersebut.

    Anda boleh layari pautan berikut:

    Tarikh Permohonan Dibuka

    Tarikh permohonan bagi Subsidi Yuran Pendidikan 50% Selangor ini dibuka secara berkala mengikut fasa pengambilan universiti.

    Kemasukan utama tahun 2026 adalah untuk sesi:

    • Ogos
    • September
    • November

    Sila rujuk portal universiti masing-masing.

    Kelebihan

    Berikut ialah kelebihan bantuan tajaan PTPTN 50% ini:

    • Potongan Yuran Terus: Anda mendapat diskaun sebanyak 50% untuk yuran pengajian universiti secara automatik.
    • Kurangkan Beban Hutang: Jumlah baki pinjaman balik PTPTN yang perlu dibayar selepas tamat belajar menjadi jauh lebih sedikit.
    • Tiada Duit Poket Sendiri: Ibu bapa atau pelajar tidak perlu pening memikirkan wang saku tambahan untuk menampung baki yuran yang tidak ditanggung oleh PTPTN.
    • Sistem Adil & Telus: Bantuan diuruskan secara digital melalui portal universiti bagi mengelakkan keciciran permohonan.

    Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Tajaan PTPTN 50% Selangor

    Sekiranya anda mempunyai masalah teknikal atau soalan khusus, sila hubungi urus setia bantuan kewangan kampus:


    SOALAN LAZIM

    Adakah bantuan ini diberikan dalam bentuk tunai?

    Tidak. Insentif ini dikreditkan terus ke dalam akaun yuran pengajian universiti (UNISEL/UIS) untuk memotong 50% daripada jumlah yuran keseluruhan.

    Bolehkah saya memohon jika saya bukan anak jati tetapi sudah lama menetap di Selangor?

    Boleh. Anda layak memohon di bawah jika telah bermastautin dan bersekolah di Selangor selama sekurang-kurangnya 10 tahun berturut-turut, dengan syarat mendapat pengesahan rasmi daripada ADUN atau Penghulu kawasan.

    Adakah program pengajian separuh masa (Part-Time) layak memohon?

    Tidak layak. Insentif ini hanya dikhususkan untuk pelajar yang mengikuti pengajian secara Sepenuh Masa (Full-Time) sahaja.

    Adakah saya masih perlu memohon pinjaman PTPTN?

    Ya. Subsidi ini bertindak sebagai pelengkap (top-up), di mana baki 50% yuran lagi akan diselaraskan dengan pinjaman PTPTN anda.

    Adakah saya kena bayar balik duit subsidi 50% ini selepas tamat belajar nanti?

    Tidak perlu. Ini adalah bantuan (subsidi) percuma daripada Kerajaan Negeri Selangor, bukannya pinjaman. Anda hanya perlu membayar balik baki 50% pinjaman PTPTN anda sahaja.

    Kalau saya sudah dapat biasiswa lain (seperti JPA atau MARA), bolehkah saya memohon subsidi ini juga?

    Tidak boleh. Subsidi ini tidak boleh bertindih dengan tajaan penuh yang lain. Ia khusus untuk pelajar yang menggunakan pembiayaan PTPTN atau membayar yuran sendiri sahaja.

    Penulis