Opens in a new tab
Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Mulai 1 November 2026, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menguatkuasakan arahan di mana penjualan tiket bas ekspres hanya boleh dikendalikan secara terus oleh pihak terminal bas ekspres yang berlesen, termasuk di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) melalui pengendali Terminal Management and Services (TMAS) Sdn Bhd.

Langkah ini bertujuan memperkemas urusan pengurusan sistem tiket berpusat di seluruh negara, terutamanya di hab pengangkutan utama negara iaitu Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Ramai yang tertanya-tanya: Adakah tiket online biasa masih boleh digunakan? Bagaimana cara untuk menaiki bas selepas ini?

Jom semak soalan lazim mengenai pelaksanaan penjualan tiket bas ekspress di TBS yang dikongsikan di bawah.

Pelaksanaan Penjualan Tiket Bas Ekspres Mulai 1 Nov

Pelaksanaan penjualan tiket bas ekspres secara eksklusif melalui terminal berlesen di bawah arahan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) kini dikuatkuasakan secara rasmi bermula 1 November 2026.

Langkah ini memberikan hak eksklusif kawalan penjualan tiket terus kepada pihak terminal bagi membendung isu caj melampau dan ketidakstabilan sistem ejen pelancongan dalam talian (OTA) luar negara.

Di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), integrasi sistem ini dilaksanakan oleh Terminal Management and Services (TMAS) Sdn Bhd dengan kerjasama pembekal sistem Go Hub Capital Berhad.

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan pihak pengurusan terminal, penstrukturan semula ini dilaksanakan atas beberapa faktor:

  • Membasmi Ulat Tiket & Ejen Haram: Mengurangkan risiko penipuan serta penjualan tiket yang tidak mematuhi standard kerajaan.
  • Kawal Selia Ejen Dalam Talian (OTA): Mengawal aktiviti ejen pelancongan dalam talian luar negara yang mengambil keuntungan komisen tinggi tanpa menyumbang kepada kos pengurusan fasiliti fizikal terminal.
  • Ketelusan Harga Tiket: Memudahkan pemantauan harga siling, terutamanya isu caj tambahan (tuslah) ketika musim perayaan, sekali gus melindungi kebajikan golongan B40 daripada tambang melampau.
  • Tanggungjawab Pemulangan Wang (Refund): Memudahkan urusan tuntutan jika berlaku gangguan perkhidmatan bas.

Cara Beli Tiket Bas Ekspres di TBS

Anda boleh beli tiket secara online di aplikasi TBS, laman web TBS dan juga secara fizikal di mesin tiket TBS.

Selain portal rasmi TBS (TBS-BTS Smart Travel Hub (Gohub)) atau aplikasi mudah alih rasmi TBS, anda juga boleh membuat pembelian tiket bas ekspress melalui:

  • Platform OTA Sah: Anda masih boleh menggunakan ejen tiket dalam talian yang diiktiraf seperti redBus Malaysia, BusOnlineTicket, atau Easybook.
  • Laman Web Operator Bas: Pembelian terus melalui platform digital rasmi syarikat bas ekspres pilihan anda juga diterima sepenuhnya.

Pembelian Secara Fizikal di Terminal TBS

Jika anda sudah berada di terminal atau mahu membeli tiket pada hari kejadian, anda boleh menggunakan kemudahan di Aras 3 TBS:

  • Mesin Tiket Layan Diri (TVM): Gunakan mesin Kiosk TVM 1 hingga 7. Sistem ini menyokong pembayaran tunai serta transaksi tanpa tunai (cashless/kad/e-wallet).
  • Kaunter CTS (Centralised Ticketing System): Pembelian manual boleh dibuat di Kaunter 1 hingga 48.
  • Kaunter Keutamaan: Khas disediakan untuk warga emas, wanita hamil, dan orang kurang upaya (OKU).

Dapatkan Boarding Pass TBS

Di bawah peraturan penguatkuasaan baharu, slip tempahan atau resit tiket sahaja tidak boleh digunakan untuk menaiki bas. Anda wajib mendapatkan pas pelepasan:

  1. Semak Kod QR: Pastikan tiket online yang anda beli mempunyai kod QR rasmi.
  2. Cetak Pas Pelepasan (Boarding Pass): Setibanya di TBS, imbas kod QR tiket online anda di kiosk terminal untuk mencetak Boarding Pass fizikal TBS. Segelintir operator turut menyokong Digital Boarding Pass terus di telefon pintar.
  3. Hadir ke Pintu Pelepasan: Imbas pas pelepasan anda di pintu pengimbas automatik (Auto-Gate) sekurang-kurangnya 15 hingga 30 minit sebelum bas bertolak.

FAQ Tiket Bas TBS

Semak soalan-soalan lazim mengenai Pelaksanaan Penjualan Tiket Bas Ekspres melalui TBS di bawah.

FAQ Tiket Bas TBS - Pelaksanaan Penjualan Tiket Bas Ekspres
Sumber: Terminal Bersepadu Selatan – OFFICIAL

Macam mana nak semak tiket-tiket yang dijual di TBS?

Anda boleh semak di laman web e-tiket TBS: gohub.com.my atau muat turun aplikasi TBS di Google Play Store atau Apple App Store

FAQ Tiket Bas TBS - Pelaksanaan Penjualan Tiket Bas Ekspres
Sumber: Terminal Bersepadu Selatan – OFFICIAL

Selepas 1 November 2026, adakah pembelian tiket di aplikasi atau laman web selain terminal TBS masih sah?

Pembelian tiket adalah sah. Sekiranya ada QR dan pintu pelepasan, anda boleh naik bas seperti biasa.

Sekiranya, tiada QR dan pintu pelepasan, sila hubungi ejen platform tiket anda untuk dapatkan QR dan pintu pelepasan.

FAQ Tiket Bas TBS - Pelaksanaan Penjualan Tiket Bas Ekspres
Sumber: Terminal Bersepadu Selatan – OFFICIAL

Bagaimana cara saya nak beli tiket di TBS?

Anda boleh beli tiket secara online di aplikasi TBS, laman web TBS dan juga secara fizikal di mesin tiket TBS.

Tiket warga emas, OKU dan kanak-kanak dijual di kaunter keutamaan aras 3 TBS.

FAQ Tiket Bas TBS - Pelaksanaan Penjualan Tiket Bas Ekspres
Sumber: Terminal Bersepadu Selatan – OFFICIAL

Adakah saya perlu membeli semula tiket melalui platform rasmi TBS?

Tidak. Penumpang tidak perlu membeli tiket baharu sekiranya telah mempunyai tiket yang sah.

Bagaimana jika saya telah membeli tiket lebih awal untuk perjalanan selepas 1 November 2026?

Tiket tersebut kekal sah. Penumpang boleh meneruskan perjalanan seperti yang dijadualkan berdasarkan maklumat pada tiket.

Adakah pembelian tiket secara dalam talian masih dibenarkan?

Ya. Pembelian tiket secara dalam talian masih boleh dilakukan melalui aplikasi dan laman web rasmi TBS.

Adakah saya masih boleh membeli tiket di terminal?

Ya. Penumpang boleh mendapatkan tiket melalui mesin jualan yang disediakan di TBS.

Siapakah yang perlu saya hubungi sekiranya terdapat masalah dengan tiket yang dibeli melalui platform lain?

Penumpang disarankan menghubungi platform atau ejen tempat tiket tersebut dibeli bagi mendapatkan bantuan dan penyelesaian lanjut.

Adakah penumpang akan mengalami kerugian akibat pelaksanaan ini?

Tidak. Tiket yang telah dibeli melalui platform lain bagi perjalanan selepas 1 November 2026 kekal sah dan boleh digunakan. Penumpang tidak perlu membuat pembelian semula.

Apakah yang perlu dilakukan jika tiket saya tidak dapat dikesan dalam sistem?

Penumpang dinasihatkan menghubungi platform atau ejen asal tempat tiket dibeli dengan menyediakan bukti pembelian untuk semakan dan tindakan lanjut.

Sumber: Terminal Bersepadu Selatan – OFFICIAL
Sumber: Terminal Bersepadu Selatan – OFFICIAL

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, aduan, atau bantuan segera mengenai sistem tiket baharu ini, anda boleh merujuk dan menghubungi saluran rasmi berikut:

  • Talian Telefon: +603-9051 2000 atau +603-9051 2001
  • E-mel Khidmat Pelanggan: [email protected]
  • Kaunter Fizikal: Sila hadir terus ke Kaunter Informasi (Information Counter) yang terletak di Lobi Utama, Aras 3, TBS jika anda menghadapi masalah imbasan kod QR atau pas pelepasan.
Penulis