Permohonan Bantuan Wang Ihsan (BWI) (Monsun Timur Laut)

bantuan wang ihsan
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Bagi mereka yang terjejas akibat Monsun Timur Laut sehingga mengakibatkan bencana banjir, mereka boleh memohon Bantuan Wang Ihsan (BWI) menerusi aplikasi MyIBJKM.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Wang Ihsan, syarat-syarat kelayakan mendapatkan bantuan RM1000 serta cara membuat permohonan.

Apakah Bantuan Wang Ihsan (BWI) Untuk Mangsa Banjir ?

Kerajaan menyediakan Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 bagi setiap  ketua isi rumah terjejas ketika Monsun Timur Laut atau terkesan dengan lain-lain bencana yang diisytiharkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP). 

Syarat Kelayakan Bantuan Banjir NADMA

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Bantuan ini terpakai bagi bencana alam utama yang pernah berlaku iaitu banjir, tanah runtuh, ribut/taufan, gempa bumi dan tsunami atau lain-lain seperti yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) berdasarkan tafsiran kejadian bencana Arahan NADMA No. 1.
  2. Bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja apabila ditimpa bencana semasa musim Monsun Timur Laut (MTL).
  3. Bagi kejadian bencana di luar musim MTL, bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja dalam tempoh tiga (3) bulan ditimpa bencana.
  4. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berpindah/berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Bagi kejadian bencana ribut, pemohon mestilah berdaftar dengan JPBD sekiranya tiada PPS dibuka.
  5. Pemohon mestilah merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa bencana yang menduduki rumah kediaman persendirian ketika kejadian bencana berlaku.
  6. Rumah kediaman persendirian bertingkat juga layak menerima bantuan ini sekiranya terdapat unit yang didiami dan rumah tersebut tidak terjejas sama sekali atau terjejas pada unit-unit rumah yang terletak di tingkat bawah bangunan tersebut.
  7. Bantuan ini diberikan bagi kejadian bencana yang berlaku berdasarkan jumlah bilangan ketua isi rumah yang didaftarkan sebanyak sepuluh (10) KIR dan ke atas dalam setiap kejadian bencana. Sekiranya terdapat kurang daripada sepuluh (10) KIR yang terjejas, bantuan ini boleh dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah NADMA atau pihak berkuasa pengurusan bencana.

Jumlah Amaun Kelayakan

Jumlah yang akan diterima adalah RM1000 bagi setiap Ketua Isi Rumah tanpa mengira jumlah isi rumah / keluarga.

Cara Permohonan Bantuan Wang Ihsan (BWI)

Cara untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Muat turun aplikasi MyIBJKM di Google Play atau Apps Store.
  2. Hadir ke PPS, untuk imbas kod QR pendaftaran mangsa.
  3. Selepas pendaftaran, mohon BWI melalui MYIBJKM.
  4. Lengkapkan semua maklumat KIR (Ketua Isi Rumah), AIR (Ahli Isi Rumah) dan butiran bank.
  5. Tempoh permohonan BWI adalah SEBELUM PPS DITUTUP.

Kaedah Bayaran

Terdapat 2 kaedah pembayaran bagi bantuan ini iaitu:

  • Bayaran secara EFTkepada penerima yang ada butiran akaun dalam MyIBJKM (semua bank di Malaysia)
  • Bayaran secara tunai kepada yang tiada akaun (kutipan di kaunter BSN)

SOALAN LAZIM BERKAITAN BANTUAN WANG IHSAN (BWI)

bantuan wang ihsan
bantuan wang ihsan
bantuan wang ihsan
bantuan wang ihsan
bantuan wang ihsan
bantuan wang ihsan

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut mengenai BWI, anda boleh kemukakan pertanyaan melalui Pejabat Daerah yang berhampiran dengan rumah kediaman.

Atau boleh rujuk di portal rasmi NADMA melalui pautan berikut: https://www.nadma.gov.my/

Baca juga: Bantuan Khas Banjir Bank Muamalat: Moratorium & Gantian Kad

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut