Opens in a new tab
Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Ex-Gratia Penjawat Awam merujuk kepada beberapa skim pampasan dan faedah kewangan khas yang disediakan oleh Kerajaan untuk melindungi kebajikan penjawat awam serta waris mereka.

Pemberian ini terbahagi kepada kategori utama berdasarkan situasi anggota, sama ada melibatkan kematian dalam perkhidmatan mahupun bencana ketika bertugas.

Semak perincian dan maklumat lanjut mengenai Ex-Gratia Penjawat Awam di bawah.

Apakah yang Dimaksudkan dengan Ex-Gratia Penjawat Awam?

Ex-gratia bagi penjawat awam merujuk kepada bayaran atau pampasan khas yang diberikan oleh Kerajaan kepada penjawat awam atau waris mereka bagi meringankan beban akibat musibah, kecederaan, atau kematian.

Di dalam sektor awam Malaysia, bayaran ini distrukturkan menjadi skim perlindungan sosial rasmi untuk membantu kakitangan awam dan waris mereka menghadapi kesusahan kewangan.

Sumber: Kementerian Kewangan

Pemberian ex-gratia perkhidmatan awam dibahagikan kepada dua iaitu:

  1. Ex-Gratia Kematian: Ditadbir oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  2. Skim Ex-Gratia Bencana Kerja: Ditadbir oleh Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan (MoF).

Kedua-dua perlindungan ini meliputi pegawai berstatus tetap mahupun sementara yang berkhidmat di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun, dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ex-Gratia Kematian

Ex-Gratia Kematian Penjawat Awam merujuk kepada bantuan kewangan saguhati sekali gus (one-off) yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada waris tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia semasa dalam tempoh perkhidmatan.

Insentif ini dikawal selia oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bawah peraturan kodifikasi MyPPSM Ceraian PP.1.28 (berasaskan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2019).

Faedah Ex-Gratia Kematian yang akan diberikan kepada waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan bernilai sehingga RM150,000.

Pemberian ini adalah bagi membantu tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia dalam tempoh tidak lebih 240 bulan perkhidmatan.

Siapakah yang layak diberikan Ex-Gratia Kematian?

Penjawat Awam sama ada sementara atau tetap yang memilih Skim Pencen atau Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Penjawat Awam ini merangkumi Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Siapakah yang layak menerima Ex-Gratia Kematian?

Ex-Gratia Kematian akan diberikan kepada balu/ duda/ anak/ ibu/ bapa yang layak. Walau bagaimanapun, Ex-Gratia Kematian ini tidak diberikan kepada kes-kes kematian yang disahkan akibat daripada membunuh diri.

Pemberian ex-gratia kematian kepada waris-waris yang layak adalah berasaskan kepada prinsip bayaran berikut:

    • 1/10 kepada ibu/bapa dengan mendahulukan ibu; dan
    • 9/10 mengikut pembahagian syer seperti berikut:
      – duda / setiap balu : 2 bahagian
      – setiap anak : 1 bahagian
    Sumber: JPA
    Sumber: JPA

    Syarat Kelayakan

      • Anggota lantikan tetap atau sementara yang meninggal dunia dalam perkhidmatan; dan
      • tarikh kematian anggota pada atau selepas 1 Januari 2020.

      Jumlah Pemberian

      Jumlah pemberian ex-gratia kematian kepada waris yang layak adalah berdasarkan julat tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira seperti di jadual berikut:

      Tempoh Perkhidmatan (Bulan)Pembayaran Ex-Gratia Kematian (RM)
      ≤60150,000
      61 – 120100,000
      121 – 18075,000
      181 – 24050,000
      ≥241Tiada

      Pemberian Ex-Gratia Kematian kepada penjawat awam yang memilih skim pencen akan diproses bersekali dengan permohonan faedah persaraan terbitan.

      Bagi penjawat awam yang memilih skim KWSP, permohonan perlu dikemukakan oleh Ketua Jabatan kepada Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam. Tatacara permohonan dan borang berkaitan diperincikan dalam CERAIAN PP.1.2.8 Pemberian Ex-Gratia Kematian Sekaligus Kepada Waris Yang Layak Bagi Anggota Yang Meninggal Dunia Dalam Perkhidmatan.

      Adakah laporan post-mortem diperlukan?

      Keperluan dokumen bergantung pada keadaan kes dan senarai dokumen sokongan yang ditetapkan. Waris atau pihak jabatan perlu menyemak dengan jabatan terakhir arwah berkhidmat atau JPA sama ada laporan post-mortem diperlukan bagi kes berkenaan. Jangan anggap ia wajib bagi semua kes tanpa pengesahan rasmi.

      Penting untuk diketahui:

      ✔️ Bayaran ini merupakan tambahan kepada faedah persaraan yang sedia ada, bukan pengganti pencen terbitan atau faedah lain yang layak diterima.

      ✔️ Bayaran ini tidak diberikan bagi kematian yang disahkan akibat bunuh diri.

      ✔️ Permohonan dan pengurusan bayaran dibuat melalui jabatan terakhir pegawai berkhidmat mengikut skim persaraan dan prosedur yang berkenaan.

      Muat Turun PDF EX-GRATIA KEMATIAN

      PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2019 – PEMBERIAN EX-GRATIA KEMATIAN SEKALIGUS KEPADA WARIS YANG LAYAK BAGI ANGGOTA YANG MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

      Di bawah struktur SSPA yang terkini, pekeliling ini telah dikodifikasikan (dimasukkan) ke dalam MyPPSM Ceraian PP.1.2.8 (Pemberian Ex-Gratia Kematian).

        Skim Ex-Gratia Bencana Kerja

        “Ex Gratia Bencana Kerja” bermaksud suatu pemberian bayaran faedah kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang ditimpa Bencana Kerja.

        Skim ini menyediakan pampasan kewangan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan (tetap dan sementara) yang mengalami kemalangan, kecederaan, penyakit pekerjaan, atau kematian akibat menjalankan tugas rasmi.

        Ber Berbeza dengan Ex-Gratia Kematian (JPA) yang meliputi kematian biasa, skim di bawah MOF ini memerlukan pembuktian bahawa bencana tersebut berlaku demi kepentingan perkhidmatan negara.

        Sumber: Kementerian Kewangan

        Takrifan Bencana Kerja: Bencana yang disebabkan oleh kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang terbit daripada dan dalam masa menjalankan tugas rasmi.

        Sumber: Kementerian Kewangan

        Skop Perlindungan

        Tuntutan skim ini terpakai bagi situasi berikut:

        • Kemalangan yang berlaku di LUAR KAWALAN semasa menjalankan TUGAS RASMI;
        • Kemalangan yang berlaku pada BILA-BILA MASA disebabkan oleh perbuatan ANASIR-ANASIR JAHAT seperti balas dendam dan sebagainya akibat tugas rasmi; dan
        • PENYAKIT KHIDMAT iaitu penyakit yang disebabkan atau berpunca daripada aktiviti dan faktor persekitaran di TEMPAT KERJA
        Sumber: Kementerian Kewangan

        Syarat Kelayakan

        Pegawai yang LAYAK dipertimbangkan bayaran faedah Skim:

        1. (i) Pegawai lantikan tetap:
          • Semua penjawat awam berstatus Tetap (sama ada Skim Pencen mahupun Skim KWSP) adalah automatik layak mendapat perlindungan skim ini sekiranya ditimpa bencana semasa bertugas.
        2. (ii) Pegawai kontrak/sementara yang mula berkhidmat SEBELUM 1 Jun 2013:
          • Layak tanpa mengira berapa pun jumlah gaji bulanan mereka.
        3. (iii) Pegawai kontrak/sementara yang mula berkhidmat DALAM TEMPOH 1 Jun 2013 hingga 31 Mei 2016 (Gaji > RM3,000):
          • Golongan kontrak dalam julat tarikh ini hanya layak sekiranya gaji pokok bulanan mereka melebihi RM3,000.00 semasa bencana berlaku.

        Pegawai yang TIDAK layak dipertimbangkan bayaran faedah Skim:

        1. Kakitangan Kontrak/Sementara (1 Jun 2013 – 31 Mei 2016) yang Bergaji ≤ RM3,000

        2. Kakitangan Kontrak/Sementara yang Berkhidmat Mulai 1 Jun 2016

        Bermula tarikh 1 Jun 2016, kerajaan Malaysia telah menukar dasar perlindungan bagi pelantikan kontrak dan sementara baharu dalam sektor awam. Kebajikan mereka dipindahkan untuk dilindungi oleh agensi luaran, menyebabkan mereka tidak lagi berada di bawah liputan Skim Ex-Gratia Perbendaharaan.

        3. Pegawai yang Dilindungi Skim Bencana Pekerjaan PERKESO

        Bagi mengelakkan tuntutan bertindih (double claiming) daripada dana kerajaan bagi satu kes kemalangan yang sama, mana-mana penjawat awam yang sudah mempunyai caruman dan dilindungi oleh PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) tidak layak sama sekali untuk memohon Skim Ex-Gratia Bencana Kerja Persekutuan.

        Faedah Ex Gratia Bencana Kerja

          Faedah yang disediakan di bawah Skim ini adalah seperti yang berikut:

          1. Faedah Kematian
            • Faedah bagi kes kematian adalah berkuat kuasa sehari selepas tarikh kematian Pegawai.
            • Jenis bayaran bagi kes kematian adalah seperti yang berikut:
              • Bayaran Ex Gratia Waris Pukal (EXWP): Bayaran Syarat Bayaran secara pukal sebanyak RM20,000.00 kepada Waris yang layak dan dibahagikan secara sama rata.
              • Bayaran Ex Gratia Waris Bulanan (EXWB): Bayaran secara bulanan kepada Waris mengikut kelayakan.
          2. Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK)
            • Faedah bagi kes HUK adalah berkuat kuasa mulai tarikh bencana.
            • Jenis bayaran bagi kes HUK adalah seperti yang berikut:
              • Bayaran Ex Gratia Pukal (EXP): Bayaran secara pukal kepada Pegawai yang disahkan mengalami HUK.
              • Bayaran Ex Gratia Bulanan (EXB): Bayaran secara bulanan kepada Pegawai yang disahkan mengalami HUK dengan taksiran melebihi 20% sehingga meninggal dunia.
              • Bayaran Ex Gratia Operasi (EXO): Bayaran secara pukal sehingga RM50,000.00 bagi setiap kes kepada Pegawai yang mengalami HUK ketika melaksanakan tugas-tugas yang berikut:
                • tugas operasi Berkuat kuasa bagi bencana yang berlaku mulai 1 Januari 2024. keselamatan dan penguatkuasaan yang diperakukan oleh Ketua Jabatan; dan
                • latihan intensif berisiko tinggi
              • Bayaran Elaun Layanan Sentiasa (ELS): Bayaran secara bulanan kepada Pegawai yang disahkan mengalami HUK dengan taksiran sebanyak 100% dan diperakukan Lembaga Perubatan sebagai sentiasa memerlukan layanan tersendiri daripada orang lain sehingga meninggal dunia.
          3. Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS)
            • Faedah bagi kes HUS adalah berkuat kuasa mulai pegawai disahkan telah menggunakan kemudahan Cuti Sakit Lanjutan (CSL).
            • Jenis bayaran bagi kes HUS adalah seperti yang berikut:
              • Bayaran Ex Gratia Sementara (EXS):
                • Bayaran kepada Pegawai yang telah menggunakan kemudahan CSL selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.5.4.8 dan pindaannya yang berkuat kuasa kecuali Pegawai yang layak dipertimbangkan Cuti Kecederaan di bawah peruntukan Perintah Am 27 Bab C 1974.
                • Kadar bayaran sebanyak RM25.00/hari mengikut bilangan hari CSL yang telah digunakan.
                • Berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025.

          Muat Turun PDF EX-GRATIA PENJAWAT AWAM

          Untuk bacaan lanjut dan maklumat terperinci, sila rujuk & muat turun PDF di bawah:

          Skim Ex Gratia Bencana Kerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan

          Slaid Taklimat SEBK 2026 (V01) Edaran

          Maklumat Lanjut & Rujukan

          Soalan Lazim Ex Gratia Penjawat Awam

          Apakah itu Ex-Gratia Penjawat Awam?

          Ia adalah bantuan kewangan saguhati (wang ihsan) daripada kerajaan untuk menjaga kebajikan penjawat awam atau waris mereka sekiranya berlaku musibah (kematian atau kemalangan).

          Apakah dua jenis utama Skim Ex-Gratia ini?

          – Ex-Gratia Kematian (JPA): Bantuan tunai sekali gus (one-off) untuk waris jika anggota meninggal dunia biasa semasa dalam perkhidmatan.
          – Ex-Gratia Bencana Kerja (MOF): Pampasan berbentuk wang pukal atau bulanan jika anggota kemalangan, cedera, atau meninggal dunia akibat menjalankan tugas rasmi.

          Berapakah jumlah bayaran Ex-Gratia Kematian (JPA)?

          Jumlah bayaran adalah tetap mengikut tempoh berkhidmat (semakin singkat bekerja, semakin tinggi bantuan):

          – Bawah 5 tahun: RM150,000
          – 5 hingga 10 tahun: RM100,000
          – 10 hingga 15 tahun: RM75,000
          – 15 hingga 20 tahun: RM50,000

          Adakah wang pampasan Ex-Gratia ini akan ditolak jika penjawat awam tersebut ada hutang dengan kerajaan?

          Ya, akan ditolak. Pemberian wang ex-gratia ini tertakluk kepada apa-apa potongan ke atas hutang rasmi anggota kepada pihak kerajaan (contohnya seperti baki pinjaman perumahan LPPSA atau lebihan gaji) sebelum baki bersih diserahkan kepada waris yang layak.

          Penulis