Berita baik bagi usahawan dalam talian (online) kerana anda boleh memohon Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) 2026 untuk mengembangkan lagi perniagaan anda.
Berikut adalah dan info mengenai skim pembiayaan ini.

Mengenai Skim Pembiayaan Online Tekun (SPOT)
Skim Pembiayaan Online Tekun (SPOT) adalah sebuah skim pembiayaan yang disediakan oleh TEKUN Nasional (TEKUN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Skim pembiayaan berasaskan Tawarruq ini adalah khusus untuk usahawan yang menjalankan perniagaan menerusi medium atas talian (online business) bagi merancak serta mengembangkan perniagaan mereka.
Objektif SPOT adalah membantu usahawan dalam talian (online) bagi merancak serta mengembangkan perniagaan.
Keutamaan diberikan kepada peniaga online business yang menggunakan platform perniagaan seperti MyMall, Shopee, Lazada, Zalora dan lain-lain.
Jumlah Pembiayaan
Berikut merupakan jumlah pembiayaan yang diperuntukkan di bawah Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) ini:
- RM1,000 – RM5,000 bagi usahawan informal
- RM1,000 – RM20,000 bagi usahawan baru yang mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah (SSM)
Tempoh pembiayaan adalah sehingga 60 bulan @ 5 tahun dengan kadar pembiayaan adalah 3% setahun.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan bagi skiim ini adalah seperti berikut:
- Bumiputera dan Warganegara Malaysia
- Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
- Pemohon bukan seorang muflis
- Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia (Syarikat 100% hak milik Masyarakat India)
- Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) / Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
- Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online)
- Terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan
- Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan)Â
- Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000Â
- Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)
- Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan
- Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan
- Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah
Cara Permohonan
Permohonan bagi Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) ini hanya boleh dilakukan melalui Pejabat Cawangan TEKUN (Over the Counter) yang berdekatan dengan premis perniagaan pemohon atau tertakluk kepada perubahan semasa.
Untuk senarai penuh cawangan TEKUN, sila layari laman web TEKUN di alamat https://www.tekun.gov.my/senarai-pejabat-cawangan/.
Dokumen Yang Diperlukan
Pemohon hanya perlu mengemukakan Borang Permohonan Pembiayaan dan dokumen tambahan (jika berkenaan) seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) (depan dan belakang)
- Lesen / Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM): Atau
Pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu - Gambar perniagaan pemohon yang menunjukkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
- Salinan 3 bulan transaksi terkini Penyata Bank akaun Simpanan / akaun Semasa yang mengandungi nama / syarikat pemohon, nama bank dan nombor akaun bank
- Dokumen tambahan (jika berkenaan)
Soalan Lazim
SPOT meruapakan skim pembiayaan yang disediakan untuk usahawan yang menjalankan perniagaan menerusi medium atas talian (online business).
Objektif skim ini adalah untuk membantu usahawan dalam talian (online) bagi merancak serta mengembangkan perniagaan.
– RM1,000 sehingga RM5,000 bagi usahawan informal
– RM1,000 sehingga RM20,000 bagi usahawan baru yang mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah (SSM).
Permohonan boleh dibuat menerusi elalui Pejabat Cawangan TEKUN (Over the Counter) yang berdekatan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut, sila layari laman web https://www.tekun.gov.my/skim-pembiayaan-online-tekun-spot/.
Baca juga: Geran Agropreneur NextGen: Bantuan Barangan Hingga RM50,000




