Ibu bapa kini boleh mengesan tanda awal Autism kepada anak mereka menerusi Modified Checklist for Autism in Toddlers (M-CHAT) menerusi aplikasi MySejahtera.
Untuk makluman, Gangguan Spektrum Autisme (Autism Spectrum Disorder, ASD) merupakan gangguan perkembangan neurologi yang menunjukkan peningkatan prevalens di Malaysia.
Pengesanan dan intervensi awal amat penting dalam menyokong perkembangan dan meningkatkan kefungsian kanak-kanak dengan ASD, khususnya dari aspek komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku.
Inisiatif daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini bertujuan memperluas akses kepada saringan awal ASD, sekali gus membolehkan kanak-kanak yang dikenal pasti berisiko mendapatkan penilaian lanjut dan intervensi yang bersesuaian seawal mungkin di fasiliti kesihatan berhampiran.

Apa Itu M-CHAT?
M-CHAT (Modified Checklist for Autism Toddlers) ialah alat saringan ringkas untuk membantu mengenal pasti tanda-tanda awal Autism Spectrum Disorder (ASD) pada kanak-kanak berumur 18 hingga 36 bulan.
Ianya dipelopori oleh Dr. Diana L. Robins dan pasukan penyelidik University of California, di San Diego Amerika Syarikat pada tahun 1999.
Saringan ringkas ini bertujuan untuk diguna pakai oleh ibu-bapa dan pegawai atau pakar perubatan, bagi menyaring ciri-ciri autisme pada kanak-kanak kecil.
Seterusnya Dr. Robins dan pasukan penyelidik menyusul dengan pembangunan M-CHAT-R pada tahun 2009.
Versi semakan semula ini menyelesaikan beberapa kelemahan pada versi lama dan versi terkini telah diterima pakai secara meluas sebagai alat penyaringan yang diyakini bagi meningkatkan pengenalpastian awal dan intervensi untuk kanak-kanak autisme.
Kelebihan M-CHAT
Kelebihan menggunakan saringan ringkas ini adalah seperti:
- Kenal pasti tanda awal ASD: Saringan awal yang membantu mengesan tanda risiko ASD.
- Tempah janji temu dengan mudah: Jika saringan menunjukkan risiko, anda boleh menempah janji temu untuk penilaian dan tindakan lanjut.
- Dapatkan maklumat berkaitan M-CHAT: Ketahui maklumat lengkap dan soalan lazim berkaitan M-CHAT.
- Tingkatkan kesedaran tentang ASD: Membina kesedaran ibu bapa dan penjaga kepentingan saringan awal bagi perkembangan anak yang optimum.
Umur Saringan
Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak berumur 18 hingga 36 bulan digalakkan untuk melengkapkan saringan ini bagi membantu mengenal pasti risiko ASD pada peringkat awal.
Kanak-kanak yang berumur lebih daripada 36 bulan tetapi belum mencapai usia 48 bulan juga disyorkan untuk menjalani saringan sekiranya belum pernah disaring.
Contoh Soalan M-CHAT
Contoh soalan ini boleh dirujuk seperti file di bawah:
Status Saringan
Untuk status saringan, sekiranya status saringan menunjukkan lulus, ibu bapa hanya perlu meneruskan pemantauan rutin pada usia 24 dan 36 bulan.
Namun, sekiranya status saringan berisiko, ibu bapa perlu menempah temu janji Klinik Kesihatan di MySejahtera.
Bagi kes berisiko, jururawat dan pegawai perubatan akan menjalankan semakan serta penilaian terhadap kanak-kanak tersebut.
Seterusnya, Pakar Perubatan Keluarga akan mengesahkan diagnosis kanak-kanak tersebut dan mendaftar sebagai OKU.

Cara Saringan Menggunakan M-CHAT
Saringan boleh dibuat seperti langkah-langkah berikut:
- Buka aplikasi MySejahtera.
- Klik bahagian “Lihat Semua.”
- Klik bahagian “Saringan Kesihatan”
- Klik menu “M-Chat”
- Lengkapkan Saringan M-CHAT Digital
- Kemudian, semak keputusan saringan.
- Jika lulus, teruskan pemantauan anak anda. Sekiranya berisiko, tindakan susulan dengan membuat temu janji di Klinik Kesihatan di aplikasi MySejahtera.
Soalan Lazim
M-CHAT (Modified Checklist for Autism Toddlers) ialah alat saringan ringkas untuk membantu mengenal pasti tanda-tanda awal Autism Spectrum Disorder (ASD) pada kanak-kanak berumur 18 hingga 36 bulan.
– Saringan awal yang membantu mengesan tanda risiko ASD.
– Jika saringan menunjukkan risiko, anda boleh menempah janji temu untuk penilaian dan tindakan lanjut.
– Mengetahui maklumat lengkap dan soalan lazim berkaitan M-CHAT.
– Membina kesedaran ibu bapa dan penjaga kepentingan saringan awal bagi perkembangan anak yang optimum.
Saringan ini adalah bagi anak berumur 18 hingga 36 bulan. Namun kanak-kanak yang berumur lebih daripada 36 bulan tetapi belum mencapai usia 48 bulan juga disyorkan untuk menjalani saringan sekiranya belum pernah disaring.
Saringan ini boleh dibuat secara digital menerusi aplikasi MySejahtera.
Bagi kes berisiko, ibu bapa perlu membuat temu janji di Klinik Kesihatan. Para jururawat dan pegawai perubatan akan menjalankan semakan serta penilaian terhadap kanak-kanak tersebut. Seterusnya, Pakar Perubatan Keluarga akan mengesahkan diagnosis kanak-kanak tersebut dan mendaftar sebagai OKU.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai M-CHAT ini, sila buka aplikasi MySejahtera atau laman web KKM iaitu https://www.moh.gov.my/.
Baca juga: Cara Tempah Temu Janji Klinik Kesihatan Online (MySejahtera)




