MyRailLife KTMB 2026: Pas Perjalanan Percuma Tanpa Had

myraillife
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Bermula 1 Januari 2026, program MyRailLife akan diperluaskan kepada kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun dan orang ramai boleh mendapatkannya menerusi aplikasi KITS Style di pautan https://bit.ly/4qEUNNO atau terus di kaunter stesen.

Ayuh, ketahui lebih lanjut tentang pas ini dan cara untuk anda mendapatkannya.

Apakah Pas MyRailLife KTM?

Pas MyRailLife ini merupakan pas perjalanan percuma untuk kanak-kanak seawal usia 4 tahun sehingga Tingkatan 6 dan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) sektor Gemas – Tumpat dan perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang dan Utara.

Pas My Rail Life diperkenalkan untuk meringankan beban kos pengangkutan kanak-kanak, pelajar sekolah dan golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) dan KTM Komuter selain menggalakkan pelajar sekolah dan golongan OKU menggunakan pengangkutan awam.

my rail life ktmb myraillife

Laluan Perjalanan MyRailLife

  1. Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) laluan Gemas – Tumpat
  2. Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang (Pelabuhan Klang – Tg. Malim – Pelabuhan Klang & Batu Caves– Pulau Sebang Batu Caves)
  3. Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara (Padang Besar – Butterworth – Padang Besar & Padang Rengas – Butterworth – Padang Rengas)

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun
  3. Pelajar sekolah tahun 1 hingga tahun 6 (umur 7 tahun – 12 tahun)
  4. Pelajar sekolah tingkatan 1 hingga tingkatan 6 (umur 13 tahun – 19 tahun)
  5. Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Syarat Penggunaan

Syarat penggunaan pas ini adalah seperti berikut:

  1. Boleh digunakan dari mana-mana Stesen Permulaan ke mana-mana Stesen Destinasi dalam sektor perkhidmatan yang sama; dan
  2. Boleh digunakan oleh penumpang yang dicatatkan pada Pas MyRailLife; dan
  3. Boleh digunakan dalam tempoh sah laku yang tercatat pada Pas MyRailLife; dan
  4. Pas MyRailLife dan MyKad / MyKid mesti dikemukakan kepada Kakitangan KTMB semasa pemeriksaan.

Cara Mendapatkan Pas MyRailLife

Cara untuk mendapatkan pas ini iaitu:

  • Di Kaunter Tiket Stesen Perkhidmatan Komuter dan Stesen Perkhidmatan Shuttle Timuran; atau
  • Secara dalam talian menerusi Aplikasi Rasmi KTMB KITS Style iaitu https://bit.ly/4qEUNNO; atau
  • Di Mesin Kios Tiket Stesen Perkhidmatan Komuter dan Stesen Perkhidmatan Shuttle Timuran bagi Kanak-kanak bawah 6 tahun sahaja mulai 15 Jan 2025 (tertakluk kepada perubahan yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa)

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran

Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran adalah seperti berikut:

  • Dokumen Pengenalan Diri Malaysia (Sijil Lahir / MyKid / MyKad); dan
  • Surat Pengesahan Pelajar daripada pihak sekolah (bagi pelajar tingkatan 6 sahaja); atau
  • Kad OKU yang dikeluarkan JKM (bagi OKU sahaja).

Soalan Lazim

Apakah itu Pas MyRailLife?

Pas MyRailLife adalah Pas perjalanan percuma kepada golongan kanak-kanak bawah 6 tahun, pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6 serta Orang Kurang Upaya (OKU) bagi Perkhidmatan Komuter dan Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU).

Bilakah pas baharu ini akan dikeluarkan?

Pas baharu ini akan dikeluarkan mulai 1 Januari 2026.

Bilakah pas baharu ini akan ditamatkan penggunannya?

Pas baharu ini akan ditamatkan pengunaannya pada 31 Disember 2026.

Adakah ibu bapa atau penjaga pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6 dan golongan oku dibenarkan mendaftar bagi pihak mereka?

Ya, ibu bapa atau penjaga perlu membawa dokumen yang diperlukan sewaktu membuat pendaftaran / pengeluaran Pas MyRailLife di kaunter tiket.

Berapakah masa yang diambil untuk memproses permohonan pas ini?

Masa yang diambil untuk memproses permohonan Pas MyRailLife adalah seperti berikut:
– Kelulusan serta-merta bagi permohonan dibuat di kaunter dan mesin kios tiket.
– Kelulusan dalam masa 5 hari bekerja bagi permohonan dibuat secara dalam talian.

Berapakah bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan pas ini?

Tiada bayaran dikenakan untuk mendapatkan pas ini.

Apakah yang perlu dibuat sekiranya Pas MyRailLife rosak?

Sekiranya pas ini rosak, penumpang perlu membuat pembelian Kad Komuter Link bagi pengeluaran Pas MyRailLife yang baharu di mana-mana kaunter Perkhidmatan Komuter atau Perkhidmatan Shuttle Timuran.

Apakah yang perlu dibuat sekiranya Pas MyRailLife hilang?

Sekiranya pas ini hilang, Laporan Polis perlu dibuat dalam tempoh 24 jam dari waktu kehilangan pas tersebut. Laporan berkenaan perlu dikemukakan kepada kakitangan di mana-mana kaunter Perkhidmatan Komuter atau Perkhidmatan Shuttle Timuran dan membuat pembelian Kad Komuter Link bagi pengeluaran Pas MyRailLife yang baharu.

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut mengenai Pas MyRailLife, sila layari laman web KTMB di talian https://www.ktmb.com.my/.

    Baca juga:

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut