Advertisements

JKM: Cara Pendaftaran OKU & Keistimewaan OKU Berdaftar

Advertisements

Jika anda mempunyai anak OKU atau ahli keluarga OKU, anda amat disarankan untuk membuat pendaftaran OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ini kerana, pendaftaran OKU akan akan membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan di samping menerima pelbagai bantuan yang disediakan oleh kerajaan, NGO dan badan-badan kebajikan.

Baca juga : Cara Permohonan Bantuan Ibu Tunggal PENJANA RM300 Online

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan OKU?

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat”.

7 Kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi pendaftaran OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti berikut:

  1. Kurang Upaya Pendengaran
  2. Kurang Upaya Penglihatan
  3. Kurang Upaya Pertuturan
  4. Kurang Upaya Fizikal
  5. Kurang Upaya Pembelajaran (termasuk Sindrom Down, ADHD, Disleksia, Autisme dan sebagainya)
  6. Kurang Upaya Mental
  7. Kurang Upaya Pelbagai (bermaksud mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan.)

Terkini, OKU Masalah Pembelajaran kini dikenali sebagai OKU Pembelajaran.

Terdapat 6 sub kategori di bawah kategori OKU Pembelajaran, iaitu:

Nak jadi orang pertama mohon BANTUAN KERAJAAN? Wajib join Telegram kami sekarang di https://t.me/ecentral

  • Global Developmenl Delay (GDD),
  • Sindrom Down
  • Intelektual.
  • Autisme (Autism Spectrum Disorder),
  • Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD);
  • Masalah pembelajaran spesifik (Spesific LD) seperti dyslexia, dyscalculia dan dysgraphia.

OKU yang bertaraf warganegara Malaysia adalah digalakkan untuk
mendaftar sebagai OKU secara sukarela.

Inisiatif ini dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Baca juga : Bantuan JKM 2020: Daftar & Semak Status Pembayaran Online

Kenapa OKU Perlu Didaftarkan?

Pendaftaran OKU adalah bertujuan seperti berikut:

  • Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud merancang program dan perkhidmatan berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi serta latihan;
  • Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU; dan
  • Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan mereka. 
pendaftaran oku

Keistimewaan Pendaftaran OKU Dengan JKM

Antara keistimewaan OKU berdaftar termasuklah:

  1. Bantuan Kewangan (Bantuan Am) -bayaran bulanan berbeza mengikut negeri
  2. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
  3. Bantuan bagi OKU yang tidak berupaya bekerja
  4. Bantuan penjagaan OKU Terlantar
  5. Geram Pelancaran
  6. Bantuan Alat Tiruan / Alat sokongan
  7. Pengurangan Lesen Kenderaan Motor kepada Kadar RM2.00 bagi Kenderaan Nasional Tanpa Ubahsuai dan RM1.00 bagi Kenderaan yang Diubahsuai
  8. Potongan harga sebanyak 50% diberikan kepada OKU dan warga tua yang berumur 60 tahun ke atas bagi semua pengangkutan awam dan potongan 50% penerbangan domestik bagi Malaysia Airline (MAS) (tidak termasuk pembelian secara online)
  9. Program Pendidikan Nasional
  10. Bantuan Kewangan Pelajar OKU di Sekolah
  11. Bantuan Kewangan Pelajar OKU di IPT
  12. Bantuan Kewangan Program Pendidikan Khas
  13. (PPK) di Politeknik/Kolej Komuniti
  14. Saluran Khas Bagi Pengambilan OKU Di IPTA
  15. Peluang Pemulihan/Latihan di Institusi Pemulihan/Latihan kepada OKU
  16. Pengecualian Bayaran dan Pembaharuan Daftar Syarikat di SSM
  17. Kemudahan dan Galakan Pelepasan Cukai Pendapatan
  18. Kadar Sewa Rumah yang Rendah (DBKL)
  19. Potongan Harga 20% Pembelian Rumah daripada SPNB
  20. Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan
  21. Pengecualian Bayaran Membuat MyKad, Carian Sijil Kelahiran atau Sijil Kematian
  22. Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan (Pasport)

Rujuk terma dan syarat dan cara memohon bantuan OKU selanjutnya di SINI.

Cara Pendaftaran OKU Dengan JKM

pendaftaran oku

A. Pendaftaran Baharu

Pendaftaran baharu adalah permohonan pendaftaran OKU yang dibuat untuk kali pertama. 

Permohonan pendaftaran memerlukan dokumen seperti berikut:

  • Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya Pindaan 2019 (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC)  sahaja atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register of Malaysia (NSR) sahaja samada dari hospital/klinik kerajaan atau hospital/ klinik swasta;
  • Satu (1) salinan sijil kelahiran/ MyKid/ MyKad;
  • Satu (1) keping gambar berukuran pasport bagi pemegang Sijil Kelahiran/ MyKid.

B. Pendaftaran Semula

Pendaftaran semula adalah pendaftaran yang dibuat semula bagi pemegang Kad OKU lama yang berdaftar sebelum tahun 2011.

Pemohon perlu melengkapkan BPPOKU Pindaan 2019.
Pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan adalah diperlukan bagi kes-kes seperti berikut sahaja:

  • Semua kategori OKU yang tidak dinyatakan sub kategori di mana-mana laporan bertulis.  Maklumat diperlukan bagi tujuan mengemaskini sub kategori dalam Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU);
  • OKU fizikal yang mempunyai ketidakupayaan yang tidak jelas

C. Perubahan Kategori / Sub Kategori OKU

Bagi perubahan kategori / sub kategori OKU pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC) atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register (NSR) dari Hospital/Klinik Kerajaan atau Hospital/ Klinik Swasta.

D. Penggantian Kad

Permohonan penggantian Kad OKU adalah untuk keadaan seperti berikut:

  • Kad OKU rosak/ hilang
  • Perubahan alamat di mana pemohon perlu menguruskan pertukaran alamat dalam Kad Pengenalan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pertukaran pada Kad OKU; dan
  • Cetakan sub kategori pembelajaran pada Kad OKU bagi OKU pembelajaran yang telah dinyatakan sub kategori dalam SMOKU atau di mana-mana laporan bertulis

Penggantian Kad tidak memerlukan pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan.

CETAK dan MUAT TURUN Borang Permohonan Pendaftaran OKU (Orang Kurang Upaya) di SINI.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan pendaftaran OKU, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di talian berikut:

03-8323 1656 / 03-8323 1658

ATAU

Salurkan pertanyaan anda melalui Facebook Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Leave a Comment