MyPLUS-TTA: Perkhidmatan Rancang Perjalanan Di Lebuh Raya

myplus-tta
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Pengguna lebuh raya boleh merancang perjalanan mereka sempena musim perayaan menerusi perkhidmatan MyPLUS-TTA di Aplikasi PLUS.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai perkara ini.

Pengenalan MyPLUS-TTA

Perkhidmatan MyPLUS-TTA atau Travel Time Advisory, ialah advisory untuk menasihati atau menggerakkan ataupun memberi maklumat bukan secara paksa kepada pengguna untuk merancang perjalanan terutamanya semasa musim perayaan.

Dalam erti kata lain, perkhidmatan ini berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan pada musim-musim perayaan 

Menerusi perkhidmatan ini di Aplikasi PLUS, pengguna jalan raya yang ingin menggunakan lebuh raya semasa musim perayaan dapat mengetahui masa yang sesuai untuk mengelakkan kesesakan dan sebagainya di lebuh raya semasa musim percutian.

Ini akan membantu mengoptimakan pengagihan trafik bagi mengurangkan risiko kesesakan dan meningkatkan keselesaan perjalanan pengguna.

Jumlah Kenderaan Ketika Musim Perayaan

Berdasarkan data pola perjalanan terutamanya pada musim perayaan, pengguna lebuh raya mengalami peningkatan tempoh waktu perjalanan semasa musim perayaan sekiranya memilih perjalanan di luar cadangan waktu perjalanan MyPLUS-TTA (bergantung kepada keadaan trafik semasa, insiden atau hal luar jangka).

Pada tahun lalu, jumlah trafik mencecah sehingga lebih 2.2 juta kenderaan sehari di lebuh raya ketika Hari Raya Aidilfitri.

Oleh itu, pengguna lebuh raya disaran memilih waktu perjalanan yang paling optimum di Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) bagi memastikan perjalanan mereka lancar.

Aplikasi PLUS

Aplikasi PLUS ialah aplikasi mudah alih rasmi daripada PLUS Malaysia Berhad yang direka untuk membantu pengguna lebuh raya merancang perjalanan, memantau trafik melalui CCTV, mengira kadar tol, dan menguruskan mata ganjaran PLUSMiles.

Ia juga menyediakan kemas kini trafik langsung dan maklumat kemudahan R&R kepada pengguna.

Secara umumnya, aplikasi ini bertujuan memberikan pengalaman perjalanan yang lebih selamat, lancar, dan selesa bagi pengguna lebuh raya di Malaysia. 

Ciri-Ciri Aplikasi PLUS

Selain MyPLUS-TTA, terdapat beberapa ciri-ciri lain di dalam aplikasi PLUS untuk memudahkan pengguna iaitu:

  • Lokasi plaza tol
  • Lokasi kawasan Rehat dan Rawat (R&R)
  • Lokasi hentian sebelah
  • Paparan kamera CCTV trafik masa nyata
  • Maklumat trafik terkini
  • Jumlah bayaran tol
  • Bantuan kecemasan

Muat Turun Aplikasi PLUS

Aplikasi PLUS INI boleh dimuat turun secara percuma daripada Google Play Store (bagi pengguna Android) dan App Store (bagi pengguna Apple).

Cara Menggunakan MyPLUS-TTA

Untuk menggunakan perkhidmatan ini di Aplikasi PLUS, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka aplikasi PLUS yang telah dibuat turun.
  2. Klik ikon ‘MyPLUS-TTA’.
  3. Pilih tarikh, destinasi serta masa perjalanan
  4. Pengguna boleh menerima notifikasi trafik yang berkaitan.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan MyPLUS-TTA?

Perkhidmatan ini ialah sebagai advisory untuk menasihati atau menggerakkan pengguna untuk merancang perjalanan terutamanya semasa musim perayaan.

Adakah perkhidmatan ini hanya boleh diakses menerusi Aplikasi PLUS sahaja?

Ya. Perkhidmatan ini hanya boleh diakses menerusi Aplikasi PLUS sahaja.

Apakah ciri-ciri yang ada pada aplikasi ini?

-Maklumat trafik terkini
– Jumlah bayaran tol
– Bantuan kecemasan
– Lokasi plaza tol
– Lokasi kawasan Rehat dan Rawat (R&R)
– Lokasi hentian sebelah
– Paparan kamera CCTV trafik masa nyata

Bagaimanakah saya boleh memuat turun aplikasi ini?

Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.PLUS&hl=ms atau Apple App Store: https://apps.apple.com/my/app/plus-app-official/id1439887531

Bagaimanakah menggunakan perkhidmatan MyPLUS-TTA ini?

1. Buka aplikasi PLUS.
2. Klik ikon ‘MyPLUS-TTA’.
3. Pilih tarikh, destinasi serta masa perjalanan
4. Pengguna boleh menerima notifikasi trafik yang berkaitan.

Info Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai MyPLUS-TTA, sila layari pautan https://www.plus.com.my/.

Baca juga: Senarai Lebuh Raya Malaysia & Talian Hotline Kecemasan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut