Senarai Lebuh Raya Malaysia & Talian Hotline Kecemasan

Tahukah anda nama lebuh raya di Malaysia?

Di Malaysia, terdapat puluhan lebuh raya yang menghubungkan kawasan-kawasan utama di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Kebiasaannya kita hanya akan menyebut nama lebuh raya ini menggunakan singkatannya sahaja, misalnya lebuh raya paling popular iaitu PLUS yang bermaksud Lebuh Raya Utara Selatan, sebuah lebuh raya yang menghubungkan kawasan Uara dan Selatan Semenanjung Malaysia.

Di Malaysia, kesemua lebuh raya yang dibina direkabentuk, dirancang dan diselia oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) adalah sebuah badan berkanun yang telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1980 mengikut Akta 231 (Perbadanan 1980)).

Berikut merupakan fungsi dan peranan utama LLM:

  1. Melaksanakan fungsi-fungsi dan menjalankan kuasa-kuasa di bawah Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980 [Akta 231];
  2. Menyelia dan mereka bentuk, membina dan menyelenggara projek lebuh raya di bawah Perjanjian Konsesi;
  3. Menyelia dan melaksana reka bentuk, pembinaan dan penyelenggaraan kawasan-kawasan rehat dan lain-lain kemudahan yang difikirkan perlu di sepanjang lebuh raya;
  4. Memungut tol daripada pengguna-pengguna lebuh raya dan lain-lain bayaran dari kemudahan yang difikirkan perlu di sepanjang lebuh raya;
  5. Merancang dan menjalankan penyelidikan untuk memastikan penggunaan lebuh raya yang cekap dan lain-lain kemudahan di sepanjang lebuh raya.

> Dapatkan kad Touch n Go NFC Edisi Khas

Nama Penuh Lebuh Raya Di Malaysia

Berikut merupakan nama penuh dan singkatannya bagi lebuh raya yang terdapat di Malaysia dan sudah beroperasi:

  1. Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
  2. Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA)
  3. Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  4. Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  5. Lebuhraya Cheras Kajang (CKE)
  6. Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK)
  7. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1)
  8. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2)
  9. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
  10. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
  11. Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
  12. Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH)
  13. Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA)
  14. Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)
  15. Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)
  16. Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK)
  17. Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX)
  18. Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS)
  19. Lebuhraya Senai – Desaru (SDE)
  20. Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)
  21. Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR)
  22. Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  23. Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JPP2)
  24. Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH)
  25. Lebuhraya Jalan Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB)
  26. Lebuhraya Duta – Ulu Klang (DUKE)
  27. Lebuhraya Shah Alam – Kuang (GCE)
  28. Jambatan Pulau Pinang (JPP)
  29. Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban (LKS)
  30. Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART)

Artike berkaitan: Cara Top Up Touch n Go (Kad & e-Wallet)

Talian Hotline Kecemasan

Nama Lebuh Raya Malaysia
Sumber: Lembaga Lebuhraya Malaysia

Setiap pengendali lebuh raya juga menyediakan talian Hotline bagi memudahkan pengguna lebuh raya menghubungi mereka sekiranya terdapat sebarang masalah di atas lebuh raya.

Pengguna boleh menghubungi talian Hotline pengendali lebuh raya untuk mendapatkan bantuan teknikal, misalnya seperti kerosakan kenderaan, kemalangan dan pelbagai isu lain di atas lebuh raya yang digunakan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!