MyLesen B2 Perlis 2026 – Daftar Lesen Percuma JPJ Perlis

lesen myb2 perlis
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

MyLesen B2 Perlis untuk 2026 dibuka untuk permohonan pada 31 Januari dan 1 Februari 2026 sahaja. Kuota permohonan adalah sebanyak 1500 sahaja. Permohonan dibuka kepada semua warga Perlis yang menepati syarat. Untuk permohonan dan semakan syarat kelayakan, sila rujuk JPJ Negeri Perlis

Program MyLesen B2 Tahun 2026 adalah inisiatif kerajaan untuk memperkasa golongan B40 dan tanggungannya mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 untuk motosikal.

Rujuk info penuh di bawah.

Apa itu Program MyLesen B2?

Program MyLesen B2 merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia yang ditawarkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membantu golongan B40 serta tanggungannya mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 secara percuma.

Program ini meliputi kos penuh latihan teori, praktikal dan ujian memandu motosikal bawah 250cc, tertakluk kepada syarat tertentu. Ia bertujuan memperkasa pelajar, belia dan individu kurang berkemampuan dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Ringkasnya, program ini:

  • Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan
    Lesen Memandu.
  • Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.

Syarat Permohonan

Berikut ialah syarat kelayakan untuk memohon lesen percuma Negeri Sembilan di bawah program MyLesen B2:

1) Warganegara Malaysia
2) Berumur 16 Tahun dan Ke Atas
3) Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan (Penerima STR)
4) Sihat Fizikal Dan Mental
5) Belum Memiliki Sebarang Lesen Memandu
6) Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
7) Keutamaan kepada Kadet JPJ,Pelajar Sekolah dan Pelajar IPT

Rujuk syarat lebih terperinci dalam borang permohonan di bawah.

Cara Memohon MyLesen B2 Perlis

Untuk memohon, anda boleh rujuk butiran berikut:

  • Tarikh: 31 Januari 2026 & 1 Februari 2026
  • Masa: 9 pagi sehingga 4 petang
  • Lokasi: Dewan Besar JPJ Perlis

Pastikan anda membawa borang permohonan semasa pendaftararan. Borang permohonan boleh didapati melalui QR kod di dalam poster di bawah:

Muat Turun Borang Permohonan MyLesen B2 Perlis

Atau, anda boleh terus muat turun PDF borang permohonan di bawah:

Selain borang di atas, anda juga perlu membawa:

  • SALINAN KAD PENGENALAN PEMOHON
  • SALINAN PEMBUKTIAN KEAHLIAN KADET JPJ (untuk ahli sahaja)
  • SALINAN PEMBUKTIAN BANTUAN B40 (selain ahli kadet JPJ)
  • SALINAN KAD PENGENALAN WARIS/ AHLI KELUARGA

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan Program MyLesen B2 Perlis, boleh diajukan ke:

Soalan Lazim MyLesen B2 Perlis

Apa itu Program MyLesen B2?

Ini adalah inisiatif kerajaan untuk membantu golongan B40 mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (motosikal bawah 250cc) secara percuma. Kerajaan menanggung sepenuhnya kos latihan, ujian, dan lesen.

Siapakah yang layak memohon MyLesen B2 lesen percuma?

Calon mestilah memenuhi kriteria berikut:
Warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas.
Penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau dalam kategori B40/Miskin Tegar.
Sihat tubuh badan (fizikal dan mental).
Tiada sebarang senarai hitam (blacklist) di JPJ atau PDRM.
Belum mempunyai sebarang lesen memandu (atau hanya untuk mereka yang belum ada lesen B2 sahaja).

Apakah kos yang ditanggung oleh kerajaan?

Kerajaan menanggung kos penuh latihan dan ujian yang meliputi:
Kursus Teori (KPP01).
Ujian Bertulis (Computer Test).
Latihan Praktikal di Litar (KPP02) dan Jalan Raya (KPP03).
Yuran Ujian JPJ dan kos pengeluaran lesen memandu (L & P).

Bagaimana cara untuk memohon lesen percuma MyLesen B2 Perlis?

Anda perlu memuat turun borang permohonan dan bawa semasa pendaftaran di Dewan Besar JPJ Perlis pada 31 Januari 2026 dan 1 Februari 2026, 9 pagi-4 petang.

Apakah dokumen yang diperlukan?

Salinan Kad Pengenalan (IC).
Bukti penerimaan bantuan STR atau dokumen pengesahan pendapatan (jika perlu).
Borang permohonan MyLesen yang lengkap.

Berapa kos bayaran dikenakan?

Tiada

Berapa lama tempoh program ini?

Selepas permohonan diluluskan, anda perlu mengikuti jadual latihan yang ditetapkan oleh JPJ dan sekolah memandu yang terlibat di Perlis. Proses ini biasanya mengambil masa 1 hingga 3 bulan bergantung kepada kekosongan slot ujian.

BACA JUGA:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut