MyLesen B2 Johor – Permohonan Bantuan Lesen 2026

MyLesen B2 Johor
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Program MyLesen B2 Johor – Permohonan Bantuan Lesen 2026 kini dibuka semula kepada orang ramai dengan bilangan peserta yang terhad. Mohon di cawangan JPJ Negeri Johor yang ditetapkan.

Inisiatif ini membuka peluang kepada penduduk Johor yang tidak sempat membuat permohonan sebelum ini untuk hadir secara terus ke JPJ Negeri Johor, tertakluk kepada pemenuhan syarat-syarat asas yang ditetapkan.

Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan program ini dikongsikan sebagai rujukan dan panduan kepada rakyat Johor yang berminat untuk memohon bantuan lesen motosikal B2 bagi tahun 2026.

Pengenalan Program MyLesen B2

Program MyLesen B2 Tahun 2026 merupakan satu inisiatif Kerajaan yang bertujuan memperkasa seramai 35,000 penerima atau tanggungan daripada golongan B40 untuk memiliki Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.

Menerusi pelaksanaan program ini, para peserta akan diberikan pembiayaan penuh bagi mengikuti latihan serta menduduki ujian memandu sehingga berjaya memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 bagi motosikal berkapasiti tidak melebihi 250 c.c.

Syarat Permohonan

Berkut adalah syarat-syarat peserta yang boleh memohon:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 16 Tahun dan Ke Atas
  3. Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan (Penerima STR)
  4. Sihat Fizikal Dan Mental
  5. Belum Memiliki Sebarang Lesen Memandu
  6. Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
  7. Keutamaan kepada Kadet JPJ,Pelajar Sekolah dan Pelajar IPT

Cara Memohon MyLesen B2 Johor

Sila dapatkan borang di Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Negeri Johor mulai jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang di cawangan berikut:

  • JPJ Negeri Johor atau Pejabat
  • JPJ Cawangan Berhampiran.
MyLesen B2 Johor

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan Program MyLesen B2, boleh diajukan ke Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Negeri Johor di talian 07-3606060

Dapatkan info terkini tentang program ini dan program-program kelolaan JPJ melalui media sosial dan laman web JPJ Melaka :

Soalan Lazim – MyLesen B2

1. Apakah Program MyLesen B2

Program ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 15,000 golongan kurang berkemampuan, khususnya pelajar sekolah/ institusi pengadian dan belia, untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 sebagai persediaan sebelum menempuhi alam pekerjaan dan mempertingkat keselamatan jalan raya. Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.

2. Apakah manfaat yang diperoleh oleh peserta sekiranya menyertai Program MyLesen B2

Peserta akan ditawarkan dan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.).

3. Apakah kelas lesen yang ditawarkan di bawah Program MyLesen B2?

Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.)

4. Dimanakah peserta boleh membuat pendaftaran bagi Program MyLesen B2?

Pendaftaran untuk menyertai Program MyLesen B2 boleh dibuat melalui pejabat JPJ Negeri.

5. Adakah peserta akan ditawarkan pekerjaan selepas selesai mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2?

Program ini tidak melibatkan sebarang penawaran pekerjaan

6. Apakah syarat kelayakan bagi permohonan Program MyLesen B2

a) Warganegara Malaysia
b) Berumur 16 Tahun dan Ke Atas
c) Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan (Penerima STR)
d) Sihat Fizikal Dan Mental
e) Belum Memiliki Sebarang Lesen Memandu
f) Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
g) Keutamaan kepada Kadet JPJ,Pelajar Sekolah dan Pelajar IPT

7. Berapakah kos bayaran bagi Program MyLesen B2

Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.

8. Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan oleh setiap peserta untuk menjalani latihan dan ujian memandu bagi Program ini?

Peserta perlu menjalani kesemua modul kursus, latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dikeluarkan seperti
berikut

Kursus Teori (KPP01) – 6 Jam
Ujian Bertulis (KPP01) – 1 Jam
Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 Jam
Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 Jam
Pra Ujian (QTI) – 30 Minit
Ujian JPJ

9. Di manakah peserta perlu menjalani latihan dan ujian memandu bagi memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2?

Peserta perlu mengikuti kursus, latihan dan ujian di Institut Memandu yang telah ditetapkan oleh JPJ Negeri sahaja.

10. Bilakah tarikh tutup penyertaan bagi Program MyLesen B2 Johor Tahun 2026?

13 Februari 2026

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut