MyLesen B2 Negeri Sembilan- Cara Mohon Lesen Percuma 2026

mylesen b2 negeri sembilan
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

MyLesen B2 Negeri Sembilan untuk 2026 kini dibuka untuk permohonan sehingga 7 Februari 2026 sahaja. Permohonan dibuka kepada semua warga Negeri Sembilan yang menepati syarat. Untuk permohonan dan semakan syarat kelayakan, sila rujuk JPJ Negeri Sembilan.

Program MyLesen B2 Tahun 2026 adalah inisiatif kerajaan untuk memperkasa golongan B40 dan tanggungannya mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 untuk motosikal.

Rujuk info penuh di bawah.

Apa itu Program MyLesen B2?

Program MyLesen B2 merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia yang ditawarkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membantu golongan B40 serta tanggungannya mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 secara percuma.

Program ini meliputi kos penuh latihan teori, praktikal dan ujian memandu motosikal bawah 250cc, tertakluk kepada syarat tertentu. Ia bertujuan memperkasa pelajar, belia dan individu kurang berkemampuan dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Ringkasnya, program ini:

  • Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan
    Lesen Memandu.
  • Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.

Syarat Permohonan

Berikut ialah syarat kelayakan untuk memohon lesen percuma Negeri Sembilan di bawah program MyLesen B2:

1) Warganegara Malaysia
2) Berumur 16 Tahun dan Ke Atas
3) Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan (Penerima STR)
4) Sihat Fizikal Dan Mental
5) Belum Memiliki Sebarang Lesen Memandu
6) Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
7) Keutamaan kepada Kadet JPJ,Pelajar Sekolah dan Pelajar IPT

Cara Memohon MyLesen B2 Negeri Sembilan

Untuk memohon, anda boleh dapatkan borang di Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Negeri Sembilan sebelum tarikh tutup permohonan (7 Februari 2026).

  • Lokasi: Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Negeri Sembilan atau Pejabat JPJ Cawangan Berhampiran.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan Program MyLesen B2, boleh diajukan ke Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Negeri Sembilan di:

Soalan Lazim MyLesen B2 Negeri Sembilan

1. Siapakah yang layak memohon MyLesen B2 lesen percuma?

Calon mestilah memenuhi kriteria berikut:
Warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas.
Penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau dalam kategori B40/Miskin Tegar.
Sihat tubuh badan (fizikal dan mental).
Tiada sebarang senarai hitam (blacklist) di JPJ atau PDRM.
Belum mempunyai sebarang lesen memandu (atau hanya untuk mereka yang belum ada lesen B2 sahaja).

Apakah kos yang ditanggung oleh kerajaan?

Kerajaan menanggung kos penuh latihan dan ujian yang meliputi:
Kursus Teori (KPP01).
Ujian Bertulis (Computer Test).
Latihan Praktikal di Litar (KPP02) dan Jalan Raya (KPP03).
Yuran Ujian JPJ dan kos pengeluaran lesen memandu (L & P).

Di manakah lokasi latihan MyLesen B2 di Negeri Sembilan?

Peserta biasanya akan ditempatkan di Institut Memandu (IM) yang berdaftar di bawah program ini di seluruh daerah di Negeri Sembilan seperti:
Seremban / Senawang
Port Dickson
Kuala Pilah
Bahau / Jempol
Tampin
Rembau
Jelebu

Bagaimana cara untuk memohon lesen percuma MyLesen B2 Negeri Sembilan?

Di Negeri Sembilan, pendaftaran biasanya dibuka secara berkala melalui:
Pejabat JPJ Negeri Sembilan atau cawangan berdekatan.
Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Pejabat Ahli Parlimen tempatan.
Pemimpin Komuniti (JPP/Jawatankuasa Penduduk).
Hebahan Facebook Rasmi JPJ Negeri Sembilan.

Apakah dokumen yang diperlukan?

Salinan Kad Pengenalan (IC).
Bukti penerimaan bantuan STR atau dokumen pengesahan pendapatan (jika perlu).
Borang permohonan MyLesen yang lengkap.

Berapa kos bayaran dikenakan?

Tiada

BACA JUGA:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut