Program MyLesen B2 Melaka – Permohonan Bantuan Lesen 2026 kini dibuka semula kepada orang ramai dengan bilangan peserta yang terhad. Mohon di cawangan JPJ Negeri Melaka yang ditetapkan.
Inisiatif ini memberi peluang kepada warga Melaka yang sebelum ini terlepas permohonan untuk hadir terus ke JPJ Negeri Melaka, tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat asas yang telah ditetapkan.
Maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan program ini dikongsikan khas sebagai rujukan dan panduan kepada penduduk Melaka yang berminat memohon bantuan lesen motosikal B2 bagi tahun 2026.
Pengenalan Program MyLesen B2
Program MyLesen B2 Tahun 2026 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.
Melalui program ini, peserta akan ditawarkan dan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 iaitu Motosikal tidak melebihi 250 c.c.
Syarat Permohonan
Berikut adalah syarat-syarat peserta yang boleh memohon:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 16 tahun dan ke atas.
- Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan (Penerima STR).
- Belum memiliki sebarang Lesen Memandu.
- Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM.
- Sihat fizikal dan mental.
- Keutamaan kepada Kadet JPJ, Pelajar Sekolah dan Pelajar IPT.
Cara Memohon MyLesen B2 Melaka
Sila dapatkan borang di Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Negeri Melaka mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang di cawangan berikut:
- JPJ Negeri Melaka
- JPJ Cawangan Jasin
- JPJ Cawangan Masjid Tanah
- UTC

Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan Program MyLesen B2, boleh diajukan ke Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Negeri Melaka di talian 06-251 4000.
Dapatkan info terkini tentang program ini dan program-program kelolaan JPJ melalui media sosial dan laman web JPJ Melaka :
- Laman web: Portal JPJ
- Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka
- Instagram: jpjnegerimelaka
- TikTok: JPJ MELAKA
Soalan Lazim – MyLesen B2
Program ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 15,000 golongan kurang berkemampuan, khususnya pelajar sekolah/ institusi pengadian dan belia, untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 sebagai persediaan sebelum menempuhi alam pekerjaan dan mempertingkat keselamatan jalan raya. Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.
Peserta akan ditawarkan dan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.).
Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.)
Pendaftaran untuk menyertai Program MyLesen B2 boleh dibuat melalui pejabat JPJ Negeri.
Program ini tidak melibatkan sebarang penawaran pekerjaan
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur 16 sehingga 35 tahun;
c) Pelajar Sekolah Menengah/ Institusi Pengajian atau belia;
d) Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan;
e) Sihat fizikal dan mental;
f) Tidak pernah memiliki lesen memandu atau memiliki Lesen Belajar
Memandu (LDL) Kelas B2 yang tamat tempoh lebih dua (2) tahun; dan
g) Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM.
Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.
Peserta perlu menjalani kesemua modul kursus, latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dikeluarkan seperti
berikut
Kursus Teori (KPP01) – 6 Jam
Ujian Bertulis (KPP01) – 1 Jam
Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 Jam
Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 Jam
Pra Ujian (QTI) – 30 Minit
Ujian JPJ
Peserta perlu mengikuti kursus, latihan dan ujian di Institut Memandu yang telah ditetapkan oleh JPJ Negeri sahaja.
13 Februari 2026
Baca juga:




