MyGOV Malaysia ialah aplikasi pusat sehenti perkhidmatan kerajaan sebagai pusat rujukan utama bagi pelbagai perkhidmatan awam. Ketahui info penting tentang MyGOV Malaysia di pautan ini: https://www.mygov.gov.my/.
Dilancarkan pada Julai 2025, aplikasi mudah alih itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Teknologi Kerajaan (GovTech) negara yang bertujuan memudahkan rakyat negara ini mengakses pelbagai agensi kerajaan dengan mudah.
Melalui aplikasi ini, pengguna boleh membuat semakan, menghantar permohonan dan bakal menjadi yang terawal untuk terima maklumat terkini mengenai amaran bencana, perkhidmatan awam serta inisiatif berkaitan.
Pelbagai ciri tambahan akan turut diperkenalkan dari semasa ke semasa.
Untuk menggunakan aplikasi MyGOV Malaysia, anda hanya perlu menggunakan MyDigital ID iaitu sistem pengenalan diri rakyat Malaysia yang sah dan selamat untuk kegunaan dalam talian.
Apa itu MyGOV Malaysia
MyGov Malaysia ialah sebuah platform digital rasmi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai pusat rujukan sehenti (one-stop centre) bagi pelbagai perkhidmatan awam.
Inisiatif ini bertujuan memudahkan orang awam mengakses maklumat dan urusan kerajaan secara lebih pantas, sistematik dan mesra pengguna.
Melalui MyGOV Malaysia, pengguna boleh melakukan semakan status perkhidmatan, membuat permohonan berkaitan agensi kerajaan, serta menerima notifikasi rasmi terus daripada pihak berkuasa.
Aplikasi ini juga menyatukan pelbagai perkhidmatan kerajaan dalam satu platform, sekali gus mengurangkan keperluan untuk melayari banyak laman web berasingan.
Selain fungsi sedia ada, MyGOV Malaysia turut menawarkan ciri-ciri tambahan yang akan dilancarkan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan pengalaman pengguna dan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan.


Perkhidmatan dalam Aplikasi MyGOV Malaysia
Aplikasi MyGOV Malaysia menumpukan kepada enam perkhidmatan utama iaitu :
1. Pengangkutan
- Semakan Lesen Memandu
- Semakan Lesen Kenderaan
- Semakan Saman JPJ
- Semakan Mata Demerit
- Semakan Status Senarai Hitam
- Semakan Nombor Pendaftaran Terkini
- Semakan Keputusan Ujian Memandu
2. Kesihatan & Kebajikan
- Semakan Status OKU
- Semakan Mangsa Bencana
- Semakan Pusat PPS Aktif
- Temujanji Klinik Kesihatan Kerajaan
3. Pendidikan
- Semakan keputusan peperiksaan
4. Persaraan
- Pengiraan Anggaran Pencen, Ganjaran dan GCR bagi Persaraan Wajib
- Pengiraan Anggaran Pencen, Ganjaran dan GCR bagi Persaraan Pilihan Sendiri
- Pengiraan Anggaran Pencen dan Ganjaran bagi Pegawai yang Dibersarakan atas Sebab Kesihatan
- Kiraan Anggaran Award GCR
- Semakan Persaraan Pilihan
- Semakan Status Permohonan Persaraan
- Semakan Status Permohonan Pencen Terbitan
- Kelulusan Faedah Persaraan
- Kelulusan Perlantikan Wakil Diri
- Surat Pengesahan Tanggungan Pesara
- Pemakluman Pembayaran Faedah Persaraan
- Status Perlantikan Wakil Skim A
- Penyata Bayaran Pencen
- Semak Pindaan Potongan
- Status Permohonan Tuntutan Perubatan
- Bantuan Mengurus Jenazah
- Maklum Balas Pencen
5. Urusan Tanah
- Semakan Permohonan Perkhidmatan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian
- Kalkulator Pembahagian Akta 300
- Kalkulator Pembahagian Faraid
6. Kelahiran & Pengenalan Diri
- Mykad
7. Umum
- Direktori Kementerian dan Agensi
- MYSPR Semak
- Portal Data Terbuka
- e-Fatwa
8. Perjalanan & Pelancongan
- Pasport
- Semakan Sekatan Perjalanan Imigresen (SSPI)
Cara Semak Bantuan STR Melalui MyGOV
Berikut adalah cara untuk membuat semakan bantuan STR melalui MyDigital ID dan MyGOV:
- Muat turun aplikasi MyGOV Malaysia di Play Store atau App Store dan selepas siap dipasang, klik Open.
- Buka aplikasi dan tekan Teruskan ke Halaman Utama.
- Di halaman utama MyGOV, klik butang Log Masuk.
- Tandakan pilihan “Saya sudah mempunyai MyDigital ID”, kemudian tekan Teruskan ke login.
- Pilih dan klik Log In with MyDigital ID.
- Apabila paparan pengesahan muncul, klik YA untuk meneruskan proses log masuk.
- Klik Ya bagi membenarkan sistem menghantar Digital ID anda ke MyGOV.
- Setelah berjaya log masuk, maklumat Bantuan Kewangan Diterima (STR) akan dipaparkan di halaman utama MyGOV dan semakan selesai.









Muat Turun Aplikasi MyGOV
Anda boleh muat turun aplikasi ini di salah satu platform berikut :
- Google Play Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.jdn&pcampaignid
- App Store : https://apps.apple.com/my/app/mygov-malaysia/id6502623525
- App Gallery : https://appgallery.huawei.com/app/C113752801


Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan, maklum balas, atau aduan berkenaan dengan aplikasi MyGOV Malaysia ini, anda boleh hantar hubungi mereka di pautan ini: https://www.mygov.gov.my/ms-MY/contact
Soalan Lazim (FAQ)
MyGOV adalah aplikasi mudah alih bersepadu bagi perkhidmatan kerajaan yang menawarkan kemudahan capaian perkhidmatan secara mobile bagi memenuhi keperluan rakyat, penjawat awam dan perniagaan.
Aplikasi MyGOV hanya boleh digunakan oleh individu warganegara Malaysia yang mempunyai MyDigital ID.
Anda perlu mempunyai akaun MyDigital ID untuk log masuk ke aplikasi MyGOV. Sila layari https://www.digital-id.my untuk muat turun dan daftar MyDigital ID terlebih dahulu sebelum menggunakan aplikasi MyGOV. Pastikan anda menggunakan aplikasi MyDigital ID sekurang-kurangnya versi 2.3.2 untuk memudahkan proses log masuk ke MyGOV.
Antara kategori perkhidmatan yang terdapat dalam aplikasi ini adalah termasuk:
Pengangkutan seperti Semakan Saman JPJ dan sebagainya
Kebajikan seperti Semakan Mangsa Bencana dan sebagainya
Persaraan iaitu perkhidmatan-perkhidmatan kepada pesara kerajaan dan sebagainya Pendidikan seperti Semakan Keputusan Peperiksaan Utama Malaysia dan sebagainya Urusan Tanah seperti Semakan Harta Tanah Persekutuan, dan sebagainya
Berita dan Hebahan Lain-lain perkhidmatan Anda boleh melakukan semakan, paparan notifikasi / info / tinjauan, permohonan* dan pembayaran*.
*Ciri baharu akan datang*
Aplikasi MyGOV kini menyediakan pelbagai perkhidmatan daripada agensi kerajaan, antaranya:
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Pejabat Tanah dan Galian Persekutuan (PTG)
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Selain itu, terdapat juga perkhidmatan yang melibatkan kerjasama rentas agensi. Lebih banyak agensi akan turut serta dalam aplikasi ini bagi memperluaskan lagi perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.
Anda boleh memilih kategori perkhidmatan yang diingini dalam aplikasi dan ikuti arahan yang diberikan untuk mendapatkan maklumat atau melakukan semakan.
Semakan untuk orang lain adalah bergantung kepada kebenaran agensi yang menyediakan perkhidmatan.
Buat masa ini, hanya perkhidmatan dalam kategori Pengangkutan yang TIDAK membenarkan semakan untuk orang lain, iaitu bagi perkhidmatan di bawah:
Semakan Keputusan Ujian Memandu
Semakan Lesen Kenderaan
Semakan Lesen Memandu
Semakan Mata Demerit
Semakan Nombor Pendaftaran Terkini
Semakan Saman JPJ
Semakan Status Senarai Hitam
Selain daripada kategori tersebut, semua perkhidmatan lain membenarkan pengguna menyemak maklumat untuk orang lain.
Jangan risau, kegagalan akses tidak bermakna data anda hilang. Maklumat peribadi dan rekod masih disimpan oleh agensi kerajaan yang bertanggungjawab, contohnya JPJ untuk lesen memandu.
Aplikasi MyGOV hanya berfungsi sebagai platform yang menghubungkan pengguna dengan perkhidmatan-perkhidmatan digital agensi kerajaan dan tidak menyimpan sebarang data pengguna.
Anda akan menerima tiga jenis notifikasi:
Amaran – Notifikasi daripada NADMA berkaitan banjir, hujan lebat, atau bencana lain dalam masa nyata.
Umum – Makluman daripada kementerian kepada rakyat, seperti informasi, pemberitahuan program kerajaan, saringan kesihatan, dan lain-lain.
Peribadi – Notifikasi khas seperti ucapan hari lahir dan peringatan penting berkaitan akaun atau perkhidmatan yang digunakan.
Bahagian “Berita” menyampaikan maklumat terkini daripada portal berita utama dan sumber yang dipercayai.
Anda boleh menutup notifikasi dengan cara berikut:
1. Pergi ke tetapan (settings) telefon anda.
2. Pilih Aplikasi & Notifikasi.
3. Cari aplikasi MyGOV, kemudian hentikan notifikasi mengikut pilihan anda.
*Kaedah mungkin berbeza mengikut peranti
Jika terdapat kesilapan atau keraguan, anda boleh menyemak dan mengemas kini maklumat anda di mana-mana pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk diselaraskan semula dalam aplikasi MyGOV.
Anda boleh menghubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia atau Malaysia Government Call Centre (MyGCC) di talian 03-8000 8000.
Anda boleh mendapatkan bantuan dan membuat aduan di sini. Maklum balas aduan akan diberikan dalam tempoh 3 hari bekerja.
Aplikasi MyGOV hanya menggunakan MyDigital ID untuk log masuk. Untuk mendapatkan bantuan permasalahan login, sila log aduan anda di sini.
Sudah tentu! Kami mengemas kini MyGOV secara berkala untuk memperkenalkan ciri-ciri dan perkhidmatan baharu, meningkatkan prestasi dan menangani sebarang isu. Pastikan anda mengaktifkan fungsi kemas kini automatik pada peranti anda untuk menikmati penambahbaikan terkini.
Aplikasi ini tidak menyimpan sebarang maklumat peribadi anda.
Kerahsiaan pengguna dan keselamatan anda adalah penting bagi kami. Kami mengesyorkan agar anda tidak berkongsi maklumat log masuk anda dengan orang lain.
Jika anda memutuskan untuk menyahpasang aplikasi ini, sila ikuti proses standard peranti anda untuk menghapus aplikasi.
Baca Juga :




