BSN Secure merupakan langkah keselamatan terbaru yang diperkenalkan oleh Bank Simpanan Nasional bagi memastikan transaksi perbankan dalam talian anda kekal terlindung dan selamat.
Bermula 29 Jun 2024, ciri-ciri keselamatan ini akan mula dilaksanakan secara rasmi bagi semua pengguna perbankan digital BSN.
Melalui sistem ini, pelanggan perlu mendaftar dan mengaktifkan aplikasi ini sebagai kaedah pengesahan identiti utama bagi urusan seperti pemindahan wang, pembayaran bil, dan log masuk akaun.
Dalam artikel ini, kami kongsikan panduan lengkap cara untuk register BSN Secure bagi tahun 2025.
Apa itu BSN Secure
BSN Secure ialah ciri keselamatan dalam talian yang dipertingkatkan oleh Bank Simpanan Nasional khusus untuk Perbankan Internet myBSN dan Aplikasi MyBSN Mobile.
Tujuannya adalah untuk memastikan setiap transaksi anda dilakukan dengan lebih selamat dan lancar tanpa bergantung kepada kaedah lama seperti SMS TAC.
Melalui fungsi ini, anda boleh mengesahkan sebarang transaksi dalam platform myBSN secara terus melalui aplikasi mudah alih.
Setelah anda mendaftar dan mengaktifkan BSN Secure sebagai mod pengesahan dalam Aplikasi MyBSN Mobile, ia akan menjadi kaedah tetap untuk meluluskan semua transaksi myBSN.
Sistem ini menggantikan penggunaan SMS TAC yang telah dimansuhkan secara rasmi bermula 1 Julai 2023.
Langkah ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan, malah memberikan pengalaman perbankan yang lebih cepat dan efisien kepada pengguna.

Cara untuk Register BSN Secure
Berikut adalah cara untuk mendaftar aplikasi BSN Secure:


LANGKAH 2 – MASUKKAN NAMA PERANTI, NOMBOR ID & KLIK “SUBMIT” UNTUK MENGESAHKAN


Pengaktifan BSN Secure di Aplikasi myBSN Mobile
Pengaktifan BSN Secure di Aplikasi myBSN Mobile boleh dilaksanakan melalui saluran berikut:
- Khidmat Panggilan Semula (Callback). Lengkapkan butiran anda di laman web rasmi BSN untuk pihak BSN menghubungi anda. (Sila simpan NOMBOR RUJUKAN untuk tujuan pengesahan)
- Kunjungi cawangan BSN terdekat.
- Hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN di 1-300-88-1900 (Dalam Negara) atau +603-2613 1900 (Luar Negara), dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam.

Cara Mengesahkan Transaksi Melalui BSN Secure
Terdapat dua kaedah utama untuk mengesahkan transaksi myBSN menggunakan BSN Secure, iaitu melalui Secure Verification dan Secure TAC:

1. Secure Verification (Pengesahan Pantas melalui Notifikasi)
Setiap kali anda melakukan transaksi di myBSN, satu notifikasi segera (push notification) akan dihantar ke aplikasi myBSN Mobile anda.
Anda hanya perlu tekan notifikasi tersebut dan pilih untuk meluluskan (Approve) atau menolak (Reject) transaksi tersebut dalam tempoh 60 saat.
Peringatan: Secure Verification ini akan menjadi kaedah utama dan tetap bagi semua pengesahan transaksi myBSN.
2. Secure TAC (Kod TAC Selamat)
Sekiranya anda tidak menerima notifikasi Secure Verification, anda masih boleh mengesahkan transaksi menggunakan Secure TAC.
Kod 6 digit ini akan dijana secara automatik dalam aplikasi myBSN Mobile. Anda boleh memasukkan nombor tersebut untuk mengesahkan transaksi yang dilakukan melalui laman web atau aplikasi myBSN.
Nota: Kod TAC ini akan berubah secara automatik setiap 60 saat untuk memastikan keselamatan maksimum.
Jenis Transaksi Menggunakan BSN Secure
| Jenis Transaksi | NA | BSNSecure | SMS OTP / TAC |
|---|---|---|---|
| Log masuk ke Perbankan Internet myBSN | ✔️ | ||
| Lihat Baki Akaun & Sejarah Transaksi | ✔️ | ||
| Muat Turun E-Penyata | ✔️ | ||
| Simpanan e-SSP / e-SSP Platinum Nota: Transaksi melebihi RM10,000 di Perbankan Internet Banking/ aplikasi myBSN Mobile. | ✔️ | ||
| Pembayaran / Pindahan ke akaun sendiri : (Akaun Sendiri Kad Kredit, Pembiayaan) Nota: Transaksi melebihi RM10,000 di Perbankan Internet Banking/ aplikasi myBSN Mobile. | ✔️ | ||
| Pindahan & Pembayaran Akaun Sendiri (termasuk Kad Kredit & Pembiayaan BSN) | ✔️ | ||
| Simpanan e-SSP | ✔️ | ||
| Kad Debit: (Kemas kini Had Pembelian, Kemas kini Status Transaksi Luar Negara, Kemas kini Status Pembelian Dalam Talian, Melaporkan kehilangan kad / Dicuri) | ✔️ | ||
| Tambah New Favourite (Akaun Pihak Ketiga, Pindahan DuitNow, JomPAY) | ✔️ | ||
| Tetapan NAD (DuitNow) | ✔️ | ||
| Penyelenggaraan Akaun Lain | ✔️ | ||
| Pemindahan & Pembayaran kegemaran | ✔️ | ||
| Open Transfer (DuitNow, Pindahan Akaun pihak ketiga) | ✔️ | ||
| Open Payment (JomPAY, Pengebil, Tambah Nilai Prabayar, Pembelian U-Pin, Kad Kredit / Pembiayaan pihak ketiga, FPX) | ✔️ | ||
| Arahan Tetap | ✔️ | ||
| Tetapan Akaun (myBSN) | ✔️ | ||
| Akaun Pihak Ketiga, Pindahan DuitNow, JomPAY | ✔️ | ||
| Safe Switch | ✔️ | ||
| Permintaan / Tukar PIN Kad Kredit | ✔️ | ||
| Lupa kata laluan | ✔️ | ||
| Pendaftaran Perbankan Internet myBSN | ✔️ |
Kelebihan BSN Secure
- Kaedah yang lebih ringkas dan selamat bagi pengesahan transaksi myBSN.
- Pengesahan dilakukan terus melalui peranti yang telah didaftarkan oleh pengguna.
- Melindungi pengguna daripada risiko penipuan berkaitan SMS TAC.
- Tiada lagi keperluan menunggu SMS TAC untuk meluluskan transaksi myBSN.
Muat Turun Aplikasi BSN Secure
Untuk membolehkan pengesahan BSNSecure, sila muat turun aplikasi myBSN Mobile dari aplikasi rasmi:
- Goggle Play Store: https://play.google.com/store/apps/details..
- App Store: https://apps.apple.com/my/app/mybsn/id6449446936
- Huawei App Gallery: https://appgallery.huawei.com/
Cara Muat Turun, Daftar & Meluluskan BSN Secure
Maklumat Lanjut
Jika ada masalah untuk log masuk, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan myBSN di talian 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara). Talian ini dibuka 24 jam sehari.
Untuk maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan daftar BSN online, layari info penuh di https://www.mybsn.com.my/
Soalan Lazim









