TuJu ialah aplikasi navigasi lebuh raya yang dibangunkan sejak 2022 oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersama Prosignal Consortium Sdn. Bhd. (PCSB) bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna.
Jika sebelum ini pemandu bergantung kepada aplikasi seperti Waze dan Google Maps, kini hadir pilihan tempatan iaitu TuJu ditawarkan secara percuma untuk pengguna Android dan iPhone, dengan fokus khusus pada maklumat dan kemudahan lebuh raya di Malaysia.

Apa itu App TuJu
TuJu ialah sebuah aplikasi navigasi lebuh raya yang dibangunkan oleh memudahkan perjalanan pengguna di seluruh negara.
Selain memberikan maklumat aliran trafik secara terkini, ia turut menawarkan pelbagai maklumat penting seperti lokasi kawasan rehat (R&R), stesen minyak, stesen pengecas EV serta pilihan tempat makan sepanjang laluan anda.
Aplikasi ini juga menyediakan akses pantas kepada perkhidmatan kecemasan, termasuk nombor talian konsesi, nombor talian insurans dan nombor kecemasan, bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa terjamin.
Pada masa akan datang, lebih banyak kemudahan tambahan turut dirancang untuk dimasukkan bagi melengkapkan pengalaman pengguna.
Aplikasi ini turut dilengkapi pautan ke platform MyJalan, membolehkan pengguna melaporkan kerosakan jalan raya, lampu isyarat rosak dan pelbagai isu lain dengan lebih mudah.



5 Sebab Mesti Guna Aplikasi TuJu
Aplikasi ini menawarkan pelbagai fungsi moden yang memudahkan pengguna ketika menggunakan lebuh raya. Fungsinya turut merangkumi elemen kemampanan, keyakinan dan kesejahteraan selaras dengan enam nilai teras “Malaysia Madani”.
Tapi, buat masa ini tentu ramai antara kita dah ada dah pun aplikasi navigasi di telefon bimbit seperti Google Maps dan Waze kan? Jadi, ramai yang tertanya-tanya, apa agaknya kelebihannya kalau kita beralih kepada aplikasi TUJU?
Jom kami kongsikan serba sedikit tentang kelebihannya dan perbandingan antara ketiga-tiga aplikasi ini.
Kelebihan Aplikasi TUJU Berbanding Waze & Google Maps
- Data trafik paling tepat & kamera realtime di lebuh raya Malaysia
- TUJU guna data rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) — termasuk CCTV, sensor trafik & laporan konsesi.
- Maklumat lebih real-time dan tepat untuk lebuh raya berbanding data yang dikemaskini oleh pengguna Waze / Google.
- Maklumat tol paling lengkap & terkini
- TUJU paparkan kadar tol semasa, jenis lorong (RFID/TNG/PayWave), operasi plaza tol & perubahan harga.
- Waze/Google Maps tak selalu kemaskini info tol Malaysia secara lebih terperinci.
- Amaran Kemalangan & Bantuan SOS
- Amaran seperti kemalangan, penutupan lorong, banjir, kerja penyelenggaraan — semuanya datang terus dari pihak berkuasa lebuh raya. Ada juga notifikasi khas ketika operasi besar (Ops Selamat, balik kampung, banjir)
- Waze / Google Maps bergantung pada laporan pengguna, jadi ketepatan boleh berbeza.
- Info lengkap kemudahan di sepanjang lebuh raya
- TUJU ada info R&R, hentian sebelah, stesen minyak, surau, tandas, serta status kebersihan & fasiliti.
- Waze / Google Maps tak senarai detail macam ni.
- Rancangan perjalanan ikut waktu puncak sebenar lebuh raya
- TUJU tunjuk pola trafik hujung minggu, cuti umum & musim perayaan berdasarkan data sejarah LLM.
- Waze / Google juga ada ramalan secara umum, tetapi mungkin tidak spesifik pada trend lebuh raya Malaysia.







Cara Daftar Akaun TuJu
Berikut adalah cara untuk mendaftar akaun:
- Muat turun aplikasi ke dalam telefon masing-masing melalui pautan ini:
- Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=tuju.my
- App Store: https://apps.apple.com/my/app/tuju/id6463124230
- Daftar akaun melalui beberapa cara seperti;
- Sign in with Google
- Sign in with Apple
- Sign in with email
- Register with email
- Terima permintaan izin aplikasi untuk mengesan aktiviti anda.
- Aplikasi TuJu sedia untuk digunakan.



PAPARAN APLIKASI

CIRI-CIRI UNIK APLIKASI



Cara Guna App TuJu
Berikut adalah cara penggunaan aplikasi TuJu sebagai alternatif untuk menggantikan aplikasi Waze atau Google Maps:
- Masukkan nama tempat atau alamat lokasi yang ingin anda tuju dalam ruangan “Choose Your Destination”.
- Paparan peta akan membawa anda terus ke laluan destinasi tersebut.
- Anda akan dapat melihat maklumat ETA, jarak perjalanan (KM), senarai R&R berdekatan, info trafik dan Live Kamera.
- Kini, anda boleh rancang perjalanan anda dengan bijak dan selamat.





Muat Turun App TuJu
Anda boleh muat turun asplikasi ini ke dalam telefon masing-masing untuk memudahkan urusan perjalanan harian:
- Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=tuju.my
- App Store: https://apps.apple.com/my/app/tuju/id6463124230

Soalan Lazim App TUJU
App TuJu ialah aplikasi navigasi lebuh raya yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersama Prosignal Consortium Sdn. Bhd. untuk menyediakan maklumat trafik, kemudahan lebuh raya dan perkhidmatan kecemasan kepada pengguna.
Ya, App TuJu disediakan secara percuma untuk semua pengguna.
Aplikasi ini boleh dimuat turun pada peranti Android dan iPhone (iOS).
Waze dan Google Maps memberi navigasi umum, manakala App TuJu memberi fokus khusus kepada maklumat lebuh raya Malaysia, termasuk aliran trafik terkini, lokasi R&R, stesen minyak, pengecas EV, tempat makan dan perkhidmatan kecemasan.
Ya, App TuJu menyediakan kemas kini trafik real-time untuk membantu pengguna merancang perjalanan dengan lebih mudah.
Boleh. Aplikasi ini memaparkan lokasi R&R, stesen minyak, pengecas EV, surau, tandas, dan pelbagai kemudahan lain sepanjang lebuh raya.
Ya. App TuJu menyenaraikan nombor talian kecemasan, talian konsesi lebuh raya, dan talian insurans untuk situasi kecemasan.
Ya. App ini mempunyai pautan terus ke MyJalan, membolehkan pengguna melaporkan kerosakan jalan, lampu isyarat rosak, atau isu infrastruktur lain.
Ya. Pembangun merancang untuk menambah pelbagai kemudahan dan ciri tambahan bagi meningkatkan pengalaman pengguna.
Baca juga:




