MyDigital ID – Cara Login, Daftar & Semakan

mydigital id malaysia
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Anda dah daftar MyDigital ID? Sekarang ni, makin banyak urusan yang menggunakan MyDigital ID – antaranya MyBayar Saman (Siap dapat diskaun 70%). Pendaftaran boleh dibuat secara online melalui https://www.digital-id.my/

Ikuti dan fahami proses-proses pendaftaran seperti dalam infografik ini.

Kesemua proses ini hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Rugi kalau tak manfaatkannya!

Jom kita baca selanjutnya melalui artikel ini.

Apa Itu MyDigital ID

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), IDN merupakan satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital yang merujuk sumber tunggal.

ID Digital Nasional ini dapat memudahkan rakyat berurusan secara bersemuka atau secara jarak jauh di alam maya dengan penyedia perkhidmatan digital dari sektor awam dan swasta bagi tujuan pengesahan identiti dengan selamat, terjamin dan menjimatkan masa.

Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim, ada menyuarakan kebimbangan kononnya cip dalam badan akan dimasukkan, mahupun rekod peribadi serta perbankan akan terbocor selepas pelaksanaan Identiti Digital Nasional (IDN).

Maka dengan itu beliau menjelaskan bahawa IDN yang dilaksanakan Mimos Berhad (MIMOS), merupakan suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, malah ia bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta, untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bergiat aktif dalam memberikan penerangan dan penjelasan, malah kerajaan buat masa ini tidak memaksa mana-mana individu untuk berdaftar dengan Digital ID.

ID Digital Nasional juga tidak akan menggantikan MyKad sebagai bukti kewarganegaraan tetapi akan melengkapinya sebagai bentuk pengenalan digital yang digunakan ketika bertransaksi secara digital.

mydigital id
Sumber infografik: Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia

Kelebihan Daftar MyDigital ID & Kegunaannya

Antara kelebihan ID digital ini bagi rakyat Malaysia adalah:

  1. Pengesahan diri yang tepat dan dipercayai
  2. Menghapuskan pertindihan data identiti
  3. Kurangkan risiko penipuan identiti atas talian
  4. Kemudahan log masuk tunggal untuk pelbagai aplikasi
  5. Selamat, pantas dan mudah bagi tujuan transaksi atas talian
  6. Memudahkan akses perkhidmatan kerajaan di atas talian (JPJ, PDRM, JPN, SPRM dan LHDN)
mydigital id MY DIGITAL ID MALAYSIA
mydigital id MY DIGITAL ID MALAYSIA

Selain itu, ID Digital diperlukan bagi membantu kerajaan melaksanakan program subsidi bersasar serta program-program lain yang dirancang untuk rakyat.

Integrasi / Kegunaan MyDigital ID Semakin Meluas

Jom pakat bayar saman yang masih tertunggak dengan kadar potongan 50% untuk saman-saman trafik PDRM seluruh Malaysia sahaja. Bayaran HANYA boleh dibuat melalui aplikasi MyBayar PDRM bagi pengguna MyDigital_ID SAHAJA! Bermula hari ini 31 Ogos 2025 hingga 16 September 2025!

Ingat, tiada potongan harga sekiranya bayaran dibuat di kaunter-kaunter bayaran saman trafik tau. Promosi ini hanya sah di aplikasi MyBayar PDRM dan pengguna MyDigital_ID sahaja.

Jom kita kearah penggunaan aplikasi yang lebih mudah. Hanya dihujung jari anda sahaja!

Proses pendaftaran kad SIM prabayar di Malaysia akan menggunakan MyDigital ID sepenuhnya menjelang akhir tahun 2025 sebagai usaha memperkukuh aspek keselamatan digital, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata langkah itu akan melibatkan semua syarikat telekomunikasi di negara ini, yang akan diarahkan melaksanakan proses pendaftaran menggunakan pengesahan identiti digital menerusi MyDigital ID.

Selain itu, MyDigital ID kini juga sudah berintegrasi dengan MyJPJ. Log masuk MyJPJ menggunakan MyDigitalID untuk upgrade akaun MyJPJ dari versi Standard ke versi Advanced. Jom daftar hari ini!

Cara Daftar MyDigital ID Online

Ini cara daftar online tanpa perlu pergi ke kiosk:

  1. Install aplikasi melalui pautan https://www.digital-id.my/download
  2. Buka aplikasi tersebut dan tekan pada icon ‘3 Baris’ pada sebelah KIRI, ATAS aplikasi tersebut.
  3. Dari menu yang keluar, pilih ‘Daftar Online’ untuk orang awam. Kakitangan kerajaan pula perlu pilih ‘Penjawat Awam’
  4. Masukkan alamat email anda (patikan anda guna email yang betul/rasmi. Ini adalah penting). Tekan SETERUSNYA.
  5. Masukkan OTP 6 digit yang dihantar kepada email anda. Tekan SETERUSNYA.
  6. Masukkan Nama Penuh dan Nombor Kad Pengenalan. Tekan SETERUSNYA.
  7. Benarkan aplikasi MyDigital ID untuk gunakan kamera telefon anda.
  8. Ambil gambar depan MyKad. Tekan SAHKAN.
  9. Ambil gambar belakang MyKad. Tekan SAHKAN.
  10. Aplikasi MyDigital ID akan mengambil gambar muka anda untuk proses eKYC. Pastikan anda berada di tempat yang cerah.
  11. Masukkan password/katalaluan yang anda nak gunakan untuk akses aplikasi MyDigital ID. Tekan OK.

Rujuk video di bawah:

Sumber video: Facebook rasmi MyDigital ID

Cara Daftar Di Kios

Pendaftaran juga boleh dibuat melalui Kios.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum mendaftar di kios IDN:

  1. Muat turun aplikasi MyDigital ID dalam peranti / telefon mudah alih
  2. Tetapkan kata laluan (8 aksara) yang akan digunakan untuk log masuk
  3. Bawa bersama kad pengenalan untuk proses verifikasi di Kios IDN
mydigital id
mydigital id
daftar mydigital id
daftar mydigital id

Pautan muat turun aplikasi MyDigitalID :

  1. Google PlayStore: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.mimos.signetclient&hl=en&gl=US
  2. Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/mydigitalid/id1435289143

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk :

Maklumat Lanjut

MyDigital ID adalah salah satu inisiatif kerajaan. Rakyat disarankan untuk mendaftar dan menggunakan MyDigital ID demi menjamin keselamatan dari ancaman siber ke atas maklumat diri dan juga akses ke aplikasi-aplikasi yang digunakan.

Untuk info terkini, sila rujuk saluran berikut:

Apa itu My Digital ID?

My Digital ID adalah inisiatif kerajaan bagi penyelesaian identiti digital yang selamat dan dipercayai. Pengesahan identiti merujuk terus ke pangkalan data kerajaan, tanpa menyimpan sebarang data peribadi serta tidak menggantikan sistem MyKad. Ia juga memudahkan akses ke aplikasi dan portal dalam talian dengan menggunakan hanya satu kata laluan.

Adakah My Digital ID selamat?

Ya, ia tidak menyimpan sebarang data peribadi pengguna, memberikan ketenangan fikiran sepenuhnya.

Apakah kelebihan My Digital ID?

1. PANTAS
Proses pendaftaran dan pengesahan identiti boleh dilakukan dengan pantas melalui rujukan terus ke pangkalan data kerajaan.
2. MUDAH
Hanya menggunakan satu kata laluan untuk pelbagai aplikasi dan portal dalam talian.

Apakah yang dimaksudkan dengan log masuk menggunakan MyDigital ID?

Ini bermaksud anda boleh menggunakan MyDigital ID untuk log masuk ke pelbagai aplikasi dan portal dalam talian tanpa memerlukan nama pengguna dan kata laluan yang berbeza.

Bagaimana cara mendaftar My Digital ID?

1 – Dalam Talian
Anda boleh log masuk ke mana-mana aplikasi yang mempunyai pilihan log masuk My Digital ID dengan memasukkan kata laluan yang sah.

Akses di portal: Untuk akses di portal yang mempunyai pilihan log masuk My Digital ID, buka aplikasi MyDigital ID di peranti, klik “Imbas QR”, imbas kod QR yang tertera di portal dan masukkan kata laluan yang sah.

Pelayar mudah alih (mobile browser): Klik kod QR pada halaman log masuk (yang akan membawa anda ke aplikasi MyDigital ID), masukkan kata laluan yang sah, dan kemudian anda akan dilog masuk secara automatik dan kembali ke laman portal.

2 – Kios
Untuk pendaftaran secara fizikal, sila kunjungi kios My Digital ID berhampiran anda. Pastikan bawa bersama MyKad/ MyTentera beserta peranti mudah alih yang mempunyai sambungan internet. Ikuti langkah-langkah yang dipaparkan di kios.

Bagaimana cara tetapan pengesahan biometrik peranti?

• Kemas kini aplikasi My Digital ID kepada versi terbaharu melalui Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery
• Buka aplikasi My Digital ID dan tekan ikon menu (☰)
• Pilih ‘Tetapan Biometrik
• Masukkan kata laluan My Digital ID anda dan tekan Aktifkan Biometrik
• Selesai! Anda kini boleh menggunakan pengesahan biometrik untuk log masuk menggunakan MyDigital ID

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut