Biodata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari

Siapa Menteri Besar Selangor dan barisan EXCO negeri diketahui hari ini apabila majlis istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar dan EXCO berlangsung hari ini, 21 Ogos 2023 (Isnin) dan mendapat perkenan Sultan Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor, sementara beberapa pihak lain turut berteka-teki tentang pelantikan MB baharu negeri itu.

TERKINI : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah sebentar tadi.

Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor, 21 Ogos 2023

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan untuk Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor, diadakan pada Isnin ini bersamaan 21 Ogos 2023.

Menurut kenyataan Istana Alam Shah, istiadat itu akan diadakan di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang pada pukul 11:00 pagi.

menteri besar selangor
SUMBER : Selangor Royal Office

“Sementara itu, Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Selangor juga akan berlangsung pada 21 Ogos 2023 di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang pada pukul 2:00 petang,” menurut kenyataan tersebut.

Pilihan Raya Umum Dewan Negeri ke-15, pada 12 Ogos lalu menyaksikan, Pakatan Harapan (PH) menang 32 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Negeri yang dipertandingkan sementara Perikatan Nasional (PN) memperoleh 22 kerusi dan Barisan Nasional, 2 kerusi di Selangor.

Antara calon Menteri Besar yang diperkatakan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri, Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari.

Selain itu, calon lain yang dikatakan tersenarai sebagai calon menteri besar adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Dr Fahmi Ngah dan Adun Tanjong Sepat, Borhan Aman Shah.

Amirudin memperoleh 19,678 undi menewaskan dua calon lain, iaitu Muhammad Hanif Jamaluddin (PN-PAS) memperoleh 14,493 undi dan Suman Gopal (Bebas) yang mendapat 430 undi. Amirudin memperoleh undi majoriti sebanyak 5,185.

Siaran Langsung [LIVE Streaming]

Saksikan Siaran Langsung: Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Serta Sumpah Rahsia YAB Menteri Besar Selangor di pautan berikut: https://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv1

Baca juga :

Biodata Menteri Besar Selangor

Layari laman rasmi Amirudin Shari di platform berikut:

TikTok:

https://www.tiktok.com/@amirudinshari

Facebook:

https://www.facebook.com/amirudinbinshari/

Twitter:

Instagram:

https://www.instagram.com/amirudin_shari/

Website:

https://www.amirudinshari.com/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!