Dato’ Hj Mohd Nassuruddin bin Daud – Menteri Besar Kelantan

BIODATA YAB DATO’ PANGLIMA PERANG NASSURUDDIN – MENTERI BESAR KELANTAN

KOTA BHARU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti, Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin Daud secara rasminya diisytiharkan sebagai Menteri Besar Kelantan ke-15, pada 15 Ogos 2023.

Beliau melafaz sumpah menyandang jawatan di hadapan Al-Sultan Kelantan KDYMM Sultan Muhammad V, di Istana Negeri Kubang Kerian, sekitar pukul 5.30 petang.

Dato’ Nassaruddin yang juga Ketua Penerangan PAS Negeri Kelantan dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan YB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob yang memegang amanah tersebut selama dua penggal iaitu dari tahun 2013 hingga 2023.

Keputusan Pilihan raya Negeri ke-15 (PRN15) menyaksikan Perikatan Nasional (PN) Kelantan kekal menerajui tampuk kepimpinan negeri ini selepas memenangi 43 daripada 45 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Angka itu juga menjadikan PN mempunyai kedudukan kukuh untuk membentuk kerajaan negeri.

Sebelum ini, Dato’ Nassuruddin ialah penyandang jawatan ADUN Meranti sejak 1995 telah berjaya mempertahankan kerusi di DUN Meranti dengan majoriti undi 9,154 menewaskan calon Barisan Nasional, Zahri Omar dalam PRN15, pada 12 Ogos.

Berikut dikongsikan biodata ringkas tokoh ini.

Biodata Dato’ Hj Mohd Nassuruddin bin Daud

NAMA : DATO HJ MOHD NASSURUDDIN BIN HAJI DAUD

Isteri : Datin Wan Nor Hanita bt Wan Yaacob
Anak : 7 orang
Asal : Pasir Mas
Umur : 58 tahun

PENDIDIKAN

  • Sek. Keb. Meranti
  • Sek. Men. Arab Pasir Mas
  • Maahad Muhammadi (L) Kota Bharu
  • Universiti Al-Azhar, Mesir

PENGALAMAN KERJAYA

  • Guru Yayasan Islam Kelantan
  • Timbalan Speaker DUN Kelantan (2005-2008)
  • ADUN Meranti (1995-2018)
  • Exco Kerajaan Negeri Kelantan (2013-Kini)

PENGLIBATAN PARTI & KEMASYARAKATAN

  • Ketua Pemuda PAS Rantau Panjang
  • Timbalan YDP PAS Pasir Mas 9hingga sekarang)
  • AJK PAS Pusat 9hingga sekarang)
  • Ketua Penerangan PAS Negeri Kelantan
menteri besar kelantan YAB Panglima Perang dato' Nassuruddin bin Daud
Sumber: Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan via Kelik Ngundi

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!