Maybank Islamic baru sahaja melancarkan Kad Kredit-i Maybank Islamic Nadi Mastercard. Menariknya, kad kredit patuh Syariah terbaharu ini direka khusus bagi memastikan lebih ramai rakyat Malaysia berpendapatan sederhana mendapat akses kepada kemudahan kredit dengan lebih mudah dan ringkas.
Antara tarikan utama kad baharu ini adalah ia menyasarkan golongan berpendapatan sederhana, terutamanya mereka yang mempunyai pendapatan tahunan minimum sebanyak RM24,000.
Berbeza dengan kad kredit lain, kad kredit ini menawarkan kesederhanaan, ketelusan, dan kemampuan.
Jom kami kongsikan ciri-ciri utamanya dan kenapa anda harus memiliki Kad Kredit-i Maybank Islamic Nadi Mastercard ini.

Ciri-Ciri Utama Kad Kredit-i Maybank Islamic Nadi Mastercard
Sama ada anda baru pertama kali mahu memiliki kad kredit atau sedang mencari everyday card baharu untuk perbelanjaan harian, Kad Kredit-i Maybank Islamic Nadi Mastercard adalah pilihan tepat kerana tawaran cirinya yang serba praktikal:
- 100% Patuh Syariah : Menjanjikan transaksi kewangan yang telus tanpa unsur yang meragukan.
- Kadar Keuntungan Lebih Rendah : Nikmati kadar keuntungan tetap yang kompetitif pada 14% setahun.
- Tiada Yuran Tahunan : Sifar bayaran yuran tahunan untuk meringankan beban kewangan pemegang kad.
- Tiada Pengkompaunan Caj Keuntungan : Caj keuntungan tidak dikompaunkan, memberikan lebih ketenangan fikiran kepada pengguna. (*Dalam bahasa mudah, sekiranya anda ada baki tunggakan, caj keuntungan hanya dihitung atas jumlah hutang asal (pokok) sahaja. Bank tidak akan mengenakan caj ke atas caj keuntungan yang terdahulu. Ini menjadikan pengurusan hutang anda lebih telus dan tidak melambung tinggi!)

Berpeluang Dapatkan Baucar Petronas RM50 Sempena Pelancaran
Sempena pelancaran ini, Maybank Islamic menawarkan ganjaran alu-aluan buat 1,000 pelanggan pertama yang lulus permohonan:
- Hadiah: Baucar Hadiah Petronas bernilai RM50.
- Syarat: Lakukan sekurang-kurangnya 5 kali transaksi runcit (minimum RM10 setiap transaksi) dalam tempoh 60 hari selepas kad diluluskan.
- Tertakluk terma & syarat (Layari maybank.my/nadicard)

3 Cara Permohonan Kad Kredit-i Maybank Islamic Nadi Mastercard
Bagaimana Cara Nak Mohon?
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan Kad Kredit-i Maybank Islamic Nadi Mastercard ini, permohonan boleh dibuat dengan mudah melalui saluran berikut:
- Aplikasi mudah alih MAE
- Portal perbankan Maybank2u
- Mana-mana cawangan Maybank berdekatan di seluruh negara
Mudahnya… Ayuh, Dapatkan Hari Ini!
Menarik kan? Apa tunggu lagi. Rancang perbelanjaan harian anda secara lebih bijak dan bertanggungjawab hari ini dengan Kad Kredit-i Maybank Islamic Nadi Mastercard.
Untuk maklumat lanjut dan membuat permohonan terus secara atas talian, layari laman web rasmi Maybank di maybank.my/nadicard atau mohon menerusi aplikasi MAE.




