Sambutan Hari Kanak-Kanak 2024 Malaysia & Contoh Aktiviti

Hari Kanak-Kanak adalah acara tahunan yang disambut bagi menggalakkan kesedaran tentang isu-isu yang dihadapi oleh kanak-kanak di seluruh dunia.

Uniknya, setiap negara menyambutnya pada tarikh yang berbeza, ada yang menyambutnya pada 1 Jun, ada yang menyambutnya pada 20 November dan sebagainya.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang tema, sambutan dan tarikhnya di Malaysia.

Sejarah Penganjuran

Pengisytiharaan Hari Kanak-Kanak ini bermula daripada Persidangan Dunia Untuk Kesejahteraan Kanak-Kanak di Geneva, Switzerland pada tahu 1925.

Bertitik tolak daripada perhimpunan tersebut, 1 Jun telah diisytiharkan sebagai Hari Kanak-Kanak Sedunia.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dengan tepat mengapakah tarikh 1 Jun dipilih namun pada masa kini, banyak negara yang menyambutnya pada tarikh yang berbeza.

Di sesetengah negara, sambutan ini disambut sebagai Minggu Kanak-kanak dan bukan hanya Hari Kanak-kanak.

Terdapat banyak versi Hari Kanak-kanak yang disambut oleh banyak negara di dunia pada waktu dan masa yang berbeza selama lebih dari seratus tahun yang lalu

Negara Argentina dan Chile misalnya, menyambut hari istimewa ini pada hri Ahad minggu kedua pada bulan Ogos.

Negara-negara jiran kita seperti Indonesia menyambutnya pada tarikh 23 Julai, Singapura menyambutnya pada 1 Oktober sementara Thailand menyambutnya pada hari Sabut kedua bulan Januari.

Sumber infografik : BERNAMA

Tarikh Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia

Sejak 14 Disember 1954, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan UNESCO mula mengisytiharkan 20 November sebagai Hari Kanak-kanak Sedunia.

Ia juga adalah sambutan tahunan badan bukan kerajaan UNICEF.

UNICEF mempunyai mandat di peringkat dunia untuk mempromosi dan melindungi hak-hak kanak-kanak tidak kira di mana sahaja kanak-kanak berada.

Sempena hari istimewa ini, orang ramai harus menyambutnya sebagai suatu hari untuk kegiatan yang tertumpu kepada mempertingkatkan ideal dan objektif untuk piagam dan kebajikan untuk kanak-kanak seluruh dunia.

Sambutan Hari Kanak-kanak Di Malaysia

Di Malaysia, Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.

Pada awalnya, Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994.

Tugas ini kemudiannya diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) sejak tahun 1995.

Berikut adalah tarikh sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan

  • 2020 – 17 Oktober 2020
  • 2021 – 16 Oktober 2021
  • 2022 – 28 November 2022
  • 2023 – 20 November 2023

Kini, Hari Kanak-kanak umumnya disambut pada bulan Oktober atau 20 November setiap tahun.

Tema Sambutan

  • 2023 : “Hak Kami, Masa Depan Kami”
  • 2022 : ‘Keterangkuman dan Kepelbagaian, Untuk Setiap Kanak-Kanak’
  • 2021 : “ANAK KITA MASA DEPAN KITA” 
  • 2020 : “BUMI LESTARI, ANAK-ANAK KITA DILINDUNGI”

Contoh Aktiviti

Antara aktiviti yang boleh dijalankan sempena sambutan ini termasuklah:

  1. Pertandingan Mewarna
  2. Pertandingan Melukis / Doodle
  3. Origami / Kraftangan
  4. Sukaneka
  5. Pertandingan Nyanyian / Tarian
  6. Pakaian Bertema Kanak-kanak
  7. Mencari Harta Karun
  8. Persembahan Berkumpulan
  9. Permainan Tradisional
  10. Senamrobik

Kostum pakaian budak pelbagai tema

hari kanak-kanak sedunia

Deklarasi Hak Kanak-Kanak

Deklarasi Hak Kanak-kanak adalah dokumen antarabangsa yang mengutarakan hak kanak-kanak. Pada asalnya deklarasi ini dicadangkan oleh aktivis hak asasi manusia Eglantyne Jebb dan diterima pakai oleh Liga Bangsa-Bangsa pada 1924.

Di bawah ini apa yang dinyatakan dalam dokumen tersebut:

  1. Kanak-kanak mesti diberikan cara yang diperlukan untuk perkembangan normalnya, baik dari segi material dan rohani.
  2. Anak yang lapar harus diberi makan, anak yang sakit harus dirawati, anak yang mundur harus dibantu, anak yang nakal harus dinasihati, dan anak yatim dan orang tua harus diberikan perlindungan dan pertolongan.
  3. Kanak-kanak mesti menjadi orang pertama yang menerima bantuan semasa kesusahan.
  4. Kanak-kanak itu mesti diletakkan dalam kedudukan yang mesti dilindungi daripada sebarang bentuk eksploitasi.
  5. Kanak-kanak itu mesti dibesarkan dalam kesedaran bahawa bakatnya mesti ditumpukan kepada perkhidmatan sesama manusia.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!