DS Muhammad Sanusi Md Nor – Menteri Besar Kedah

Biodata Menteri Besar Kedah – Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

Mantan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dipilih sekali lagi sebagai Menteri Besar Kedah buat kali kedua selepas parti Perikatan Nasional di bawah pimpinan beliau diberi mandat memenangi 33 dari 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (PRN) 12 Ogos yang lalu.

Istiadat Mengangkat Sumpah Menteri Besar Kedah di hadapan Sultan Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berlangsung di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit pada 14 Ogos 2023.

Muhammad Sanusi Md Nor menteri besar kedah
Sumber gambar : Facebook Muhammad Sanusi Md Nor

Majlis Angkat Sumpah

Majlis istiadat dimulai dengan pembacaan Perisytiharan Pelantikan Menteri_Besar oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali sebelum Menteri Besar Kedah melafazkan sumpah jawatan.

Majlis disusuli dengan istiadat menandatangani Buku Sumpah Jawatan sebagai Menteri_Besar serta disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid dan Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Abd Rahman Abdullah.

Majlis Mengangkat Sumpah diteruskan dengan Penyerahan Tauliah Pelantikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah kepada Menteri Besar Kedah dan di akhiri dengan bacaan doa oleh Timbalan Mufti Negeri Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin.

Hadir sama Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja, Dato’ Paduka Bakar Din; Dato’ Seri Maharaja Lela, Dato’ Indera Setia, Dato’ Paduka Mohd Omar Mohamed; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Wira Isahak Murat; Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, Dato’ Nik Azhan Hakim Nik Mahmood dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Kedah, Dato’ Syed Khairul Anuar Syed Abidin.

Berikut dikongsikan serba sedikit profil dan biodata MB Kedah ke-15 ini.

Biodata Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

NAMA : MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Tempat Lahir : Sik, Kedah
Umur : 49 tahun
Pendidikan Tinggi : Ijazah Sarjana Muda Sains Politik, Universiti Sains Malaysia
DUN : N24 Jeneri (PAS)

menteri besar kedah sanusi md nor

KERJAYA

  • 1997 – 1998 : Pegawai PSS TLDM KD Sri Pinang
  • 1998 – 2022 : Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang
  • 2002 -2 2004 : Setiausaha Eksekutif Institut Pengembelengan & Pembangunan Komuniti (IMPAK)
  • 2004 – 2008 : Eksekutif Penilaian Jurunilai Bersekutu (M) Sdn Bhd
  • 2008 – 2013 : Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah ke-10 (Tan Sri Azizan Abdul Razak)
  • 2010 – 2013 : Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Air Darul Aman
  • 17 Mei 2020 : Angkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-14
  • 8 Jun 20202 : Dikurniakan Laksamana Pertama (Kehormat) PSS TLDM
  • 14 Ogos 2023 : Angkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-15 (penggal kedua)

POLITIK

  • 1998 – 1999 : Exco Pemuda PAS Pulau Pinang
  • 1999 – 2001 : Bendahari PAS Kawasan Sik
  • 2001 – 2005 : Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik
  • 2007 – 2009 : Bendahari Pemuda PAS Kedah
  • 2009 – 2011 : Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia
  • 2009 – 2013 : Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah
  • 2009 – 2015 : Ketua Penerangan PAS Kedah
  • 2015 hingga kini : Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah
  • 2015 hingga kini : AJK Kerja PAS Pusat
  • 2017 -2019 AJK Lajnah Antarabangsa PAS Pusat
  • 2019 – 2021 : Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat
  • 5 Jan 2021 : Pengerusi Parti Perikatan Nasional Kedah

Sumber: BERNAMA

Baca juga: Dato’ Hj Mohd Nassuruddin bin Daud – Menteri Besar Kelantan

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!