12 Makanan Sahur Yang Mengenyangkan & Tahan Lama

12 Makanan Sahur Yang Mengenyangkan & Tahan Lama

Dah sedia untuk berpuasa pada Ramadan kali ini? Pasti ramai yang sedang membeli stok makanan untuk dijadikan juadah sahur.

Jangan sebarang makan ya kerana jika tersilap pilih, anda boleh jadi cepat lapar dan lesu pada siang hari.

Jadi, apakah makanan sahur yang mengenyangkan untuk anda dan seisi keluarga? Ayuh ikuti perkongsian dari kami.

Tips Sahur KKM

Amalan bersahur amat penting untuk membantu menambahkan tenaga ketika seharian berpuasa.

Untuk kekal bertenaga, amalan sahur yang sihat perlu diamalkan setiap hari. Pemilihan makanan sahur yang sihat sebaiknya mengandungi karbohidrat, protein, sayur-sayuran, buah-buahan dan air kosong. Tambahan jus buah-buahan dan susu adalah mengikut keperluan harian.

Lebih baik jika anda menyediakan makanan sendiri di rumah, sekurang-kurangnya anda dapat “adjust” penggunaan perasa tambahan seperti gula, garam, sos, kicap dan juga minyak.

Tak kisahlah apa pun yang anda masak, yang penting cuba sesuaikan hidangan anda dengan konsep Suku Suku Separuh ketika bersahur.

Sumber: Nutritionist KKM

12 Jenis Makanan Sahur Yang Mengenyangkan, Wajib Ada Stok di Rumah

1. Chia Seed

Jangan pandang rendah pada bijian kecil berwarna hitam ini! 2 sudu chia seed mampu membekalkan pelbagai khasiat penting seperti serat (11 gram), protein (4 gram), omega-3, kalsium, magnesium dan fosforus.

Ia juga kaya dengan vitamin penting seperti zink, vitamin B1, B2 dan B yang penting untuk melengkapi nutrien sepanjang berpuasa.

Disebabkan ia kaya dengan serat, chia seed juga sangat digalakkan untuk diambil ketika bersahur bagi mengelakkan rasa lapar di siang hari.

Selain itu, ia juga dapat mengelakkan sembelit akibat kekurangan air dalam badan.

Anda boleh rendamkannya di dalam air kosong dan minum pada waktu sahur.

Di samping itu, ada juga yang menghasilkan chia pudding dengan gabungan susu, buah-buahan dan kekacang.

2. Kurma

Buah kurma sememangnya cukup sinonim pada bulan Ramadan. Dengan rasa manis semulajadi, buah kurma tidak hanya sunnah untuk dimakan ketika waktu berbuka, malah ia juga sesuai untuk dimakan pada ketika bersahur.

Kandungan seratnya yang tinggi dapat membuatkan seseorang rasa kenyang pada tempoh yang lebih lama. Selain itu, kurma juga baik untuk melancarkan lagi sistem pencernaan.

3. Telur

Murah di pasaran dan mudah untuk disediakan, telur adalah antara makanan sahur yang mengenyangkan serta baik untuk kesihatan.

Ia kaya dengan khasiat protein, lemak sihat, mineral, vitamin serta rendah kalori.

Kepelbagaian nutrisi dalam telur jugalah yang membuatkan kita kenyang dengan lebih lama pada siang hari.

makanan sahur yang mengenyangkan

4. Oat

Oat merupakan antara makanan sahur yang cukup popular setiap kali tibanya Ramadan.

Ia tinggi dengan kandungan karbohidrat kompleks dan serat yang mampu membekalkan tenaga berpanjangan di samping membuatkan seseorang rasa kenyang pada tempoh yang lama.

Mungkin ada yang tak lalu untuk makan oat kosong pada awal pagi. Untuk menjadikannya lebih menarik dan lebih berkhasiat, anda boleh tambahkan kekacang serta buah-buahan.

makanan sahur yang mengenyangkan

5. Avokado

Mungkin buah ini tidak popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Namun, ia padat dengan serta serta lemak sihat yang memerlukan tempoh yang lama untuk terhadam.

Pada masa yang sama, ia juga padat dengan nutrisi penting seperti kalium, vitamin E serta folat untuk kesihatan menyeluruh.

6. Sayur-Sayuran

Mungkin ada yang tak berani untuk makan sayur pada waktu sahur kerana takut cepat lapar.

Anda tak perlu risau kerana khasiat daripada sayur boleh mengurangkan keinginan kita untuk makan.

Sebagai permulaan, anda boleh pilih sayur-sayuran yang tinggi kandungan air serta rendah kalori seperti lobak merah, brokoli dan kubis bunga.

makanan sahur yang mengenyangkan

7. Buah Epal

Buah epal juga sangat sesuai untuk dimakan ketika sahur kerana ia mempunyai kandungan serta dan air yang tinggi.

Pada masa yang sama, ia juga rendah kalori serta diperkaya dengan pelbagai vitamin penting untuk tubuh seperti vitamin C dan kalium.

Kulit epal juga mengandungi serat unik iaitu pektin yang dapat bertindak untuk mengawal nafsu makan.

8. Beras Perang

Satu lagi bijirin yang padat dengan karbohidrat kompleks, pengambilan beras perang ketika bersahur boleh membuatkan seseorang rasa kenyang dengan lebih lama.

Ia juga mengandungi pelbagai nutrisi penting untuk tubuh seperti vitamin B1, B6, magnesium dan kalsium.

Ia juga sesuai untuk dinikmati oleh pesakit kencing manis kerana kandungan GI (glycemic index) yang rendah.

makanan sahur yang mengenyangkan

9. Ikan

Bagi yang perlu makan nasi pada waktu sahur, padankannya dengan lauk ikan, ya. Bukan sahaja pada dengan protein, malah ikan laut seperti ikan kembung, tuna dan salmon adalah antara pilihan terbaik kerana ia kaya dengan kebaikan omega-3.

Seperti yang kita tahu, omega- dapat membantu mengawal paras kolesterol dalam darah.

10. Muesli atau Barli

Jika anda bosan makan nasi atau oat pada waktu sahur, anda boleh gantikannya dengan barli atau muesli.

Seperti oat, kedua-dua makanan ini merupakan bijirin berserat tinggi dan kaya dengan kebaikan protein dan serat.

Muesli yang dijual di pasaran diolah dengan cukup menarik menerusi gabungan buah-buahan kering, bijan dan kekacang.

Sangat lazat bila dimakan bersama susu segar atau susu lain.

Anda juga boleh menemui muesli dalam bentuk bar yang lebih ringkas untuk dimakan pada bila-bila masa sahaja.

Barli pula boleh disediakan sebagai juadah bubur manis atau savouri.

makanan sahur yang mengenyangkan

12. Daging Merah

Jika anda kurang gemar ikan, anda boleh makan daging untuk penuhi keperluan protein demi puasa yang lebih lancar.

Daging merah juga kaya dengan khasiat B12 dan zat besi yang baik untuk kesihatan darah.

Bagi mendapatkan kebaikan penuh daripada daging merah, pastikan anda pilih daging segar dan elakkan daging sejuk beku atau yang diproses.

Akhir kata, jangan lupa untuk nikmati makanan sahur yang mengenyangkan.

Bulan puasa inilah waktu yang sesuai untuk anda reset semula tabiat pemakanan.

Pilihlah makanan yang berkhasiat dan boleh membuatkan kita rasa kenyang dengan lebih lama.

InsyaAllah dengan cara ini, anda akan jadi lebih bertenaga dan ibadah puasa juga dapat dijalankan dengan lebih lancar.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!