Cara Buat Telur Separuh Masak – Rebus / Microwave / Airfyer

Anda suka makan telur separuh masak pada waktu sarapan macam yang dihidangkan di kedai kopi? Mungkin anda pernah cuba untuk merebusnya di rumah tapi selalu tak jadi.

Sebenarnya, ada cara yang lebih mudah untuk hasilkan telur separuh masak. Tak perlu didih air pun, gunakan microwave atau air fryer sahaja.

Nak tahu caranya? Ayuh ikuti perkongsian daripada kami.

Khasiat Telur

Bukan sahaja murah, malah telur boleh menjadi sumber protein yang baik serta pada dengan khasiat omega-3.  

Sebiji telur bersaiz besar mengandungi kira-kira 72 kalori, 6.3 gram protein, 4.8 gram lemak dan kurang daripada 1 gram karbohidrat.

Ia juga mengandungi pelbagai kandungan vitamin yang mampu melindungi tubuh daripada penyakit kronik seperti lutein, zeaxanthin, choline, vitamin D, selenium dan vitamin A.

Kajian turut mendapati kandungan protein dalam telur bukan sahaja padat dengan asid amino, mala ia dapat menguatkan daya tahan tubuh dan mempunyai sifat antimikrob.

Memang sangat sesuai untuk diamalkan bagi yang ingin menurunkan berat badan atau mengawal kencing manis serta darah tinggi.

Sumber: Bahagian Pemakanan KKM

1) Kaedah Rebus

  1. Rebus air sampai betul-betul mendidih
  2. Masukkan telur dan setkan selama 6 minit
  3. Angkat masukkan telur ke dalam air paip / air sejuk
  4. Siap untuk dihidang dengan kicap atau lada sulah!

2) Cara Buat Telur Separuh Masak Menggunakan Microwave

Bahan-bahan : air, garam(1/2 sudu teh untuk setiap biji telur), telur

Cara-cara :

  1. Pertama, letakkan telur di dalam mangkuk yang mesra microwave dan agak dalam kerana kita ingin rendamkan telur ke dalam air.
  2. Tambahkan garam dan air mencukupi sehingga telur sedikit terapung.
  3. Kemudian, masukkan mangkuk tadi ke dalam microwave dan panaskan telur pada suhu tinggi (high) selama 3 minit. Seterusnya, rehatkan telur sebentar selama seminit.
  4. Seterusnya, panaskan lagi telur pada suhu tinggi untuk 3 minit lagi.
  5. Angkat mangkuk daripada microwave dan pindahkan basuhkan telur menggunakan air sejuk untuk hentikan proses rebusan.
  6. Siap untuk dinikmati.
telur separuh masak

Tips Penting

  • Waktu memasak bergantung kepada suhu telur. Jika telur baru keluar daripada peti ais, anda mungkin perlu panjangkan waktu memasak dalam microwave.
  • Jangan tinggalkan garam kerana ia sangat penting untuk elakkan telur ‘meletup’ di dalam microwave. Jika anda rebus lebih banyak telur, tambahkan lebih garam.
  • Pastikan mangkuk yang digunakan mempunyai kedalaman yang sesuai dan mesra microwave. Jangan gunakan mangkuk kecil atau gelas.
  • Resepi ini menggunakan telur bersaiz besar. Sekiranya anda gunakan telur yang lebih kecil, anda mungkin perlu pendekkan waktu memasak dalam microwave.
  • Kalau anda suka telur kuning yang sedikit keras, anda boleh tambahkan lagi seminit waktu memasak dalam microwave.

3) Cara Buat Telur Setengah Masak Guna Airfyer

Jangan tak tahu yang anda juga boleh gunakan air fryer untuk buat telur separuh masak!

Resepi ini juga membolehkan anda sediakan telur separuh masak dalam kuantiti banyak sekaligus.

Cara-caranya adalah seperti berikut :

  1. Basuh telur bersih-bersih. Tak perlu lap, terus masuk dalam bekas air fryer. Pastikan telur bersuhu bilik dan bukan dari peti ais.
  2. Tetapkan suhu air fryer pada 100 °C dan masa 10 minit.
  3. Setelah 10 minit, anda akan dapat telur separuh masak dengan kuning telur yang cair seperti dalam gambar berlabel A.
telur separuh masak
  • Jika anda suka kuning telur yang agak keras, anda boleh biarkan telur sebentar di dalam air fryer selepas 10 minit tadi. Hasilnya, anda boleh dapatkan seperti gambar berlabel B di bawah.
telur separuh masak

Sekarang, anda sudah tahu cara hasilkan telur separuh masak dengan mudah dan pasti menjadi.

Kini, anda bolehlah nikmatinya bersama seisi keluarga di rumah untuk sarapan pagi. Selamat mencuba!

Sumber : pureandsimplenourishment.com, Facebook Arina Rashid

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!