5 Khasiat Chia Seed Untuk Kesihatan

Walaupun kecil, namun chia seed atau biji chia mempunyai khasiat yang cukup banyak. Bijian ini dikatakan telah diambil sejak zaman lampau iaitu oleh puak Aztecs dan Maya suatu ketika dahulu sebagai sumber tenaga.

Ia juga cukup popular dalam kalangan individu yang sedang berdiet dan sering menjadi ramuan pilihan dalam penyediaan overnight oat.

Soalnya, apakah manfaat yang terkandung dalam chia seeds? Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.  

chia seed

5 Khasiat Chia Seed

1. Padat Dengan Antioksida

Chia seed merupakan sumber antioksida yang sangat baik. Sesetengah komponen antioksida khusus dalam bijian ini seperti chlorogenic acid, caffeic acid, myricetin dan quercetin didapati mampu melindungi kesihatan jantung dan hati.

Ia juga mengandungi lebih 20 peratus lebih antioksidan berbanding beri biru.

2. Baik Untuk Kesihatan Jantung

Bercakap dengan kesihatan jantung, siapa sangka bahawa biji chia ini sebenarnya padat dengan khasiat serat dan omega-3.

Jadi, ia adalah makanan yang sesuai diamalkan bagi mengekalkan kesihatan jantung.

Kandungan serat yang dijumpai dalam biji chia dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol jahat dalam darah.

Khasiat lemak asid omega-3 dalam chia seed pula dikatakan dapat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung.

Beberapa kajian turut mendapati pengambilan supplemen berasaskan chia seeds dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.

3. Mampu Menyokong Penurunan Berat Badan

Serat dan protein yang terkandung dalam biji chia dilihat mampu membantu dalam penurunan berat badan.

28 gram biji chia mempunyai sehingga 10 gram serat. Seperti yang kita tahu, makanan yang kaya dengan serat dapat membantu mengatasi masalah berat badan.

Pada masa yang sama, kandungan protein dalam biji chia pula didapati berpotensi dalam membantu mengawal selera seseorang.  

Ini disebabkan oleh serat larut dalam biji chia yang mampu menyerap sejumlah air dan mengembang dalam perut.

4. Baik Untuk Kesihatan Tulang

Chia seed juga tinggi dengan beberapa nutrisi penting untuk kekuatan tulang dan gigi seperti mangnesium, kalsium dan fosforus.

Kandungan alpha-liphoic acid (ALA) yang terkandung dalam bijian ini juga dikatakan mempunyai peranan penting dalam kesihatan tulang.

5. Melancarkan Sistem Pencernaan

Selain bagus untuk mengawal berat badan, khasiat serat dalam biji chia juga didapati baik untuk diambil oleh individu yang mempunyai masalah sembelit.

Ia merupakan salah satu sumber serat yang mudah diambil dan kaya dengan kombinasi serat jenis larut dan tidak larut.

Di samping serat, polyphenol yang terkandung dalam bijian ini juga boleh berfungsi sebagai prebiotik yang membantu dalam meningkatkan pertumbuhan bakteria baik dan kesihatan usus.

chia seed

Dengan pelbagai khasiat yang ditawarkan, memang rugi jika seseorang tidak amalkan chia seed dalam diet harian.

Ia mudah untuk dimakan dan sesuai untuk ditambah dalam hidangan ringkas seperti yogurt, bijirin atau smoothies.

Kalau nak lebih senang, tambahkan saja dalam air kosong. Jadi, sambil anda banyakkan minum air kosong, anda juga boleh dapatkan khasiat penting daripada chia seed.

Sumber : Healthline, HelloDoktor  

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!