Cara Tempah Temu Janji Klinik Kesihatan Online (MySejahtera)

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

SISTEM JANJI TEMU KLINIK KESIHATAN KKM DI PORTAL KERAJAAN MALAYSIA / MYSEJAHTERA – Tahukah anda, kesemua perkhidmatan klinik kesihatan di bawah KKM boleh ditempah sebagai janji temu melalui aplikasi MySejahtera. Sila layari https://mysejahtera.moh.gov.my/

KKM sentiasa komited dalam usaha ke arah pendigitalan sistem kesihatan agar sejajar dengan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) 2021 – 2025 KKM di bawah Teras Strategik 2 iaitu Pemantapan Teknologi Baharu.

Penawaran perkhidmatan secara dalam talian oleh Agensi Kerajaan kepada rakyat menerusi pelbagai saluran dalam merapatkan jurang digital dengan kerjasama pelbagai pihak merangkumi pihak swasta dan komuniti.

Sistem janji temu melalui Aplikasi MySejahtera yang sedia ada di semua fasiliti kesihatan primer akan diperluaskan kepada perkhidmatan kesihatan primer sebagai langkah mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan dan akses klien di fasiliti kesihatan primer. 

Perkhidmatan yang akan dimasukkan dalam sistem janji temu adalah seperti dikongsikan.

Berikut cara menempah slot temujanji melalui MySejahtera atau aplikasi Sistem Janji Temu Klinik Kesihatan KKM.

Apakah Sistem Janji Temu Online Klinik Kesihatan KKM?

Ia merupakan sebuah inisiatif KKM kepada pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan di klinik-klinik seluruh Malaysia.

Tujuan memperkenalkan sistem ini antaranya termasuklah:

  1. Mengurangkan tempoh menunggu masa pelanggan di kaunter pendaftaran
  2. Mengurangkan bilangan pelanggan yang berkunjung ke klinik pada hari dan waktu yang sama
  3. Memberi kemudahan kepada pelanggan membuat janji temu secara atas talian
  4. Memberi kemudahan kepada pentadbir klinik untuk membuat temujanji bagi pihak pelanggan

Baca juga: mySikap JPJ: Panduan Pendaftaran Online & Login Kali Pertama

Rawatan / Temujanji Yang Boleh Ditempah Secara Online

Perkhidmatan kesihatan yang boleh ditempah melalui fungsi ini adalah seperti yang berikut :

  • I) Rawatan Pesakit Luar
  • II) Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan
  • III) Saringan Kesihatan PeKa B40
  • IV) Pemeriksaan Kesihatan Pra-Pekerjaan/Pengajian
  • V) Saringan Pra-Perkahwinan
  • VI) Khidmat Berhenti Merokok
  • VII) Perkhidmatan Perancang Keluarga
  • VIII) Prosedur (rawatan luka, penukaran tiub, dll)

Cara Buat Tempahan Janji Temu Klinik KKM Melalui MySejahtera

Untuk membuat tempahan slot temujanji klinik kesihatan, sila ikuti langkah berikut:

  1. Buka aplikasi MySejahtera. Jika belum ada, sila muat turun di pautan berikut:
  2. Daftar terlebih dahulu dan login seperti biasa.
  3. Pergi ke menu ‘Appointment’ / ‘Temujanji’
  4. Pilih individu yang ingin hadir ke klinik.
  5. Pilih perkhidmatan yang ditawarkan.
  6. Pilih lokasi Klinik Kesihatan.
  7. Tetapkan tarikh janji temu selewat-lewatnya 24 jam sebelum tarikh yang dipilih.
  8. Isikan butiran diri anda selengkapnya mengikut ruang yang disediakan.
  9. Sila sahkan maklumat sebelum tekan butang ‘Hantar’.
  10. Pastikan hadir mengikut waktu janji temu yang ditetapkan.
Paparan utama MySejahtera. Klik menu ‘Appointment’ seperti yang ditandakan
Pilih nama individu yang ingin membuat temujanji
temujanji klinik kesihatan mysejahtera
Pilih perkhidmatan yang ditawarkan
temujanji klinik kesihatan mysejahtera
Cari lokasi klinik yang ingin dikunjungi. Sila taip kata kunci kawasan anda ; Contoh : Melaka, Kajang, etc
temujanji klinik kesihatan mysejahtera
Pilih slot tarikh & waktu temujanji yang tertera
temujanji klinik kesihatan mysejahtera
Klik butang ‘Confirm’ selepas anda membuat semakan tarikh dan waktu temujanji Klinik Kesihatan KKM

Anda akan menerima notifikasi temujanji anda.

RUJUK LANGKAH-LANGKAH MELALUI VIDEO KKM DI BAWAH UNTUK LEBIH JELAS.

Sumber: Facebook KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Soalan Lazim Temu Janji Klinik Kesihatan MySejahtera

Adakah boleh buat temu janji (appointment) online di Klinik Kesihatan KKM?

Ya, fungsi Janji Temu dilancarkan dalam aplikasi MySejahtera dan boleh digunakan bermula 6 September 2022. Fungsi ini membolehkan penggunaaplikasi MySejahtera menempah janji temu bagi perkhidmatan di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Perkhidmatan apa yang perlu buat temu janji online guna MySejahtera?

Perkhidmatan kesihatan yang boleh ditempah melalui fungsi ini adalah seperti yang berikut :
I) Rawatan Pesakit Luar
II) Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan
III) Saringan Kesihatan PeKa B40
IV) Pemeriksaan Kesihatan Pra-Pekerjaan/Pengajian
V) Saringan Pra-Perkahwinan
VI) Khidmat Berhenti Merokok
VII) Perkhidmatan Perancang Keluarga
VIII) Prosedur (rawatan luka, penukaran tiub, dll)

Apakah syarat untuk guna MySejahtera untuk temu janji klinik kesihatan KKM online?

Fungsi Janji Temu ini boleh digunakan oleh kesemua pengguna aplikasi MySejahtera yang berumur 18 tahun dan ke atas termasuk tanggungan mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Bolehkah temujanji dibatalkan?

Boleh. Anda boleh membatal janji temu anda pada bila-bila masa sahajajikaperlu. Slot anda akan dipadamkan dan anda boleh membuat tempahan baru serta merta jika perlu.

Apa yang perlu dibawa ketika temu janji?

Anda perlu membawa kad pengenalan MyKAD/Pasport anda untuk tujuan pengesahan bersama segala dokumen perubatan dan peribadi yang penting dan yang berkaitan (sekiranya perlu). Sekiranya anda hadir untuk saringan kesihatan, sila bawa bersama borang saringan yang berkaitan (sekiranya ada). Sila pastikan aplikasi MySejahtera anda telah dikemaskini termasuk segala butiran yang penting bagi melancarkan proses pendaftaran kehadiran dan pengesahan.

Jika ada kecemasan, perlu ke buat temu janji dulu?

Tidak perlu, anda boleh hadir ke fasiliti kesihatan yang berdekatan anda untuk mendapatkan rawatan/perkhidmatan yang diperlukan. Walaubagaimanapun, kehadiran dan pendaftaran tanpa janji temu atas sebab kecemasan akan tertakluk kepada penilaian / “triage” dan budi bicara pihak fasiliti kesihatan tersebut.

Untuk maklumat lanjut dan soalan lazim, sila rujuk pautan berikut: https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/janji-temu/soalan-lazim

Sistem janji temu melalui Aplikasi MySejahtera telah boleh diakses oleh semua bermula 1 Januari 2023. Dikongsikan infografik Soalan Lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera untuk rujukan semua.

Soalan Lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera 03 klinik kesihatan mysejahtera
Soalan Lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera 04 klinik kesihatan mysejahtera
Soalan Lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera 05 klinik kesihatan mysejahtera
Soalan Lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera 06 klinik kesihatan mysejahtera

Sumber: https://jknns.moh.gov.my/

Perkhidmatan Temujanji Rawatan Gigi Klinik Kesihatan Melalui MySejahtera

Selain klinik kesihatan KKM, sistem janji temu secara dalam talian melalui aplikasi MySejahtera diperluas kepada perkhidmatan kesihatan pergigian.

Peluasan ini akan mempertingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan pergigian dan kemudahan akses ke klinik pergigian, selain daripada kaedah ‘walk-in’.

Untuk membuat temujanji klinik gigi melalui MySejahtera, sila rujuk panduan berikut: Cara Buat Temujanji Klinik Gigi Kerajaan Di MySejahtera

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut