LUPA KATA LALUAN / PASSWORD UNTUK LOGIN STR – Klik PORTAL RASMI SUMBANGAN TUNAI RAHMAH untuk kemaskini maklumat STR anda.
Semakan status kelayakan dan bayaran STR sudah boleh dibuat melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah.
Sekiranya anda mengalami masalah terlupa kata laluan STR / BKM yang digunakan dahulu dan masih tidak dapat mengakses akaun anda, sila ikuti langkah berikut.

Lupa Kata Laluan STR
Untuk makluman, segala maklumat asal STR 2025 telah tersedia ada dalam akaun MYSTR 2026.
Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti yang digunakan dalam STR 2025 dahulu.
Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password anda yang terdahulu:
Cara Log Masuk Sekiranya Lupa Kata Laluan STR 2026
- Layari Laman Utama MySTR 2026
- Masukkan semula No. Kad Pengenalan, kemudian klik butang Semak.
- Masukkan alamat e-mel yang berdaftar dengan akaun STR dan klik butang Hantar.
- Sistem akan memaparkan pengesahan bahawa permintaan penetapan semula kata laluan telah dihantar ke e-mel yang didaftarkan.
- Semak e-mel dan rujuk ID Pengguna serta Kata Laluan Sementara yang diterima.
- Kembali ke laman MySTR, log masuk menggunakan kata laluan sementara, kemudian klik Log Masuk.
- Masukkan Kata Laluan Sementara ke medan Kata Laluan Semasa, isikan Kata Laluan Baharu serta Pengesahan Kata Laluan Baharu, kemudian klik Tukar Kata Laluan.
- Jika kata laluan sementara tidak tepat, sistem akan memaparkan kata kunci keselamatan. Klik Ya untuk meneruskan.
- Lengkapkan soalan-soalan keselamatan yang dipaparkan dan klik Hantar.
- Masukkan Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan Baharu, kemudian klik Tukar.
- Sistem akan memaparkan notifikasi Kata Laluan Berjaya Ditukar dan anda boleh log masuk semula ke akaun MySTR menggunakan kata laluan baharu.
Rujuk panduan bergambar di bawah:






NOTA : Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Cara Semakan Status
TERKINI : TARIKH BAYARAN STR 2026 BAGI FASA KE-1 ADALAH PADA 20 JANUARI 2026 (SELASA).

Semakan status STR boleh dibuat melalui pautan berikut: Portal MySTR
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah untuk semakan STR:
- Klik log masuk ke Portal MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran
- Maklumat akan dipaparkan. Klik Maklumat Bayaran untuk status pengkreditan.
NOTA PENTING :
- Tempoh permohonan baharu dan perubahan permohonan adalah sepanjang tahun mulai 13 Oktober 2025.
- Permohonan STR yang tidak dikemas kini selama 3 tahun berturut – turut perlu mengemas kini permohonan STR 2026.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai STR 2026 seperti semakan status bayaran STR, cara mohon, kemaskini atau portal MySTR, sila hubngi pegawai yang bertugas di:
- Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel: [email protected]
- Laman Web: Portal MySTR
Soalan Lazim – Lupa Kata Laluan STR
Anda perlu klik pilihan “Terlupa Kata Laluan” di laman log masuk MySTR, masukkan nombor kad pengenalan dan ikut langkah penetapan semula kata laluan seperti yang dipaparkan.
Ya. Sistem akan menghantar kata laluan sementara ke alamat e-mel yang telah didaftarkan dalam sistem STR.
Sila semak folder Spam / Junk. Jika masih tiada, pastikan alamat e-mel yang dimasukkan adalah betul dan berdaftar dengan akaun STR.
Kebiasaannya e-mel akan diterima serta-merta atau dalam beberapa minit selepas permohonan dihantar.
Anda wajib menukar kata laluan baharu demi keselamatan akaun sebelum meneruskan penggunaan sistem MySTR.
Kata laluan mestilah mempunyai minimum 8 aksara, gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol.
Sistem akan memaparkan soalan keselamatan. Jawab soalan tersebut dengan betul untuk meneruskan proses penukaran kata laluan.
Tidak. Alamat e-mel berdaftar diperlukan untuk pengesahan dan penghantaran kata laluan sementara.
Ya. Sistem MySTR menggunakan pengesahan e-mel dan soalan keselamatan bagi melindungi akaun pengguna.
Sekiranya masalah berterusan, sila hubungi LHDN / Helpdesk STR atau kunjungi cawangan LHDN terdekat untuk bantuan lanjut.
Baca juga:




