Fasa Kemaskini UPUOnline Lepasan SPM bagi sesi akademik 2026/2027 dibuka bermula 4 April sehingga 12 April 2026 melalui pautan Sistem UPUOnline di pautan: upu.mohe.gov.my
Pemohon lepasan SPM 2025 boleh mengemaskini pilihan program pengajian yang LAYAK berdasarkan keputusan bermula tarikh yang dinyatakan di atas untuk kemasukan sesi akademik 2026/2027.
Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai tarikh dan cara membuat kemaskini UPUOnline untuk pelajar lepasan SPM bagi sesi akademik 2026/2027.
Ringkasan Kemakini UPUOnline Lepasan SPM
- Fasa Kemaskini UPUOnline Lepasan SPM 2026/2027 dibuka bermula 4 April sehingga 12 April 2026 untuk sesuaikan pilihan dengan keputusan SPM sebenar.
- Calon hanya boleh kemaskini program yang layak, tidak boleh ubah pilihan yang sudah dipanggil temu duga.
- Login ke upu.mohe.gov.my guna Nombor Kad Pengenalan dan kata laluan untuk kemaskini UPUOnline.
- Pastikan cetak/simpan slip permohonan sebelum tarikh tutup sebagai bukti kemaskini.
Apa Maksud Fasa Pengemaskinian UPUOnline?
Pemohon kategori SPM, STPM dan STAM boleh mengemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar dna keputusan penuh bagi pemohon kategori Matrikulasi / Asasi.
Pemohon bagi kategori SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM boleh mengemas kini semua pilihan program pengajian yang telah dipanggil temu duga. Pada Fasa Pengemaskinian ini, tiada lagi pilihan program pengajian bertemu duga.
Pemohon bagi kategori Diploma / Setaraf, hanya boleh mengemas kini keputusan dan memuat naik dokumen sahaja tanpa kemaskini pilihan program pengajian.
Mana-mana program yang tidak menepati syarat khas akan digugurkan dari senarai.
Maka, pilihlah program baru yang telah disenarai pendek oleh sistem mengikut pencapaian SPM pemohon.
Buat kiraan merit yang terkini dan letakkan program yang berpotensi besar untuk pemohon dapat tawaran, di pilihan teratas.
Jangan tunggu saat-saat akhir untuk lakukan kemaskini ini kerana dikhuatiri sistem akan sesak pada masa tersebut.

Tarikh Fasa Kemaskini UPUOnline Lepasan SPM
Fasa Pengemaskinian Lepasan SPM bagi sesi akademik 2026/2027 ini dibuka bermula 4 April sehingga 12 April 2026.
Ingat, fasa ini hanya untuk PEMILIHAN & PENYUSUNAN PROGRAM SAHAJA. Susun betul-betul ikut minat dan kelayakan berdasarkan keputusan anda.

Fasa kemaskini ini membolehkan calon lepasan SPM mengemaskini pilihan program pengajian mereka kecuali yang sudah dipanggil temu duga atau ujian.
Hanya program yang memenuhi syarat khas akademik sahaja disenaraikan. Bagi kategori diploma/setaraf, calon hanya boleh mengemaskini keputusan akademik dan memuat naik dokumen yang diperlukan, tanpa mengubah pilihan program pengajian.

Calon disarankan untuk membuat semakan syarat khas program pengajian di portal e-Panduan sebelum membuat pilihan di UPUOnline.
Selain itu, memilih program yang mempunyai potensi besar untuk mendapat tawaran adalah penting dengan meletakkan program yang diinginkan di pilihan teratas.
Calon-calon diingatkan untuk membuat permohonan pengemaskinian dan tidak menunggu sehingga saat-saat akhir.
Untuk maklumat lanjut dan kemaskini terkini, calon boleh melayari portal rasmi UPU di https://upu.mohe.gov.my

Ringkasan FASA PENGEMASKINIAN UPUONLINE® LEPASAN SPM BAGI SESI AKADEMIK 2026/2027.
- Tarikh Penting: 4 – 12 April 2026
- Layari 🔗: upu.mohe.gov.my
NOTA: Fasa ini hanya untuk PEMILIHAN & PENYUSUNAN PROGRAM SAHAJA. Susun betul-betul ikut minat dan kelayakan korang supaya tak menyesal kemudian hari!
Tempoh Kemaskini UPUOnline
Tempoh kemaskini UPUOnline adalah selama 9 HARI SAHAJA, bermula 4 April 2026 (Sabtu) jam 12.00 tengah hari sehinga 12 April 2026 (Ahad) jam 8 pagi.
Calon dinasihatkan membuat kemaskini lebih awal untuk mengelakkan kesesakan sistem.
BACA JUGA: Rayuan UPUOnline 2025 – Cara Mohon, Syarat & Tarikh Penting
Cara Kemaskini UPUOnline
- Pemohon boleh buat pengemaskinian menerusi laman sesawang https://upu.mohe.gov.my/
- Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
- Log masuk seperti biasa.
- Calon boleh mengemaskini pada ruangan yang dikehendaki seperti maklumat diri dan akademik dan ikut arahan seterusnya.
- Setelah selesai pengemaskinian, klik pada butang ‘SAH‘ dan ‘HANTAR‘.

Apa itu UPUOnline?
UPUOnline ialah sistem permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, KPT.
Sistem ini boleh diakses melalui melalui https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login untuk pelajar lepasan SPM dan STPM/Setaraf membuat permohonan kemasukan, kemaskini maklumat dan rayuan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.
Ia menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan pelajar lepasan SPM dan STPM/Setaraf untuk melanjutkan pengajian ke:
- 20 Universiti Awam
- 36 Politeknik
- 99 Kolej Komuniti
- 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

UPUOnline berfungsi sebagai pusat sehenti (one stop centre) dan boleh diakses melalui laman web upu.mohe.gov.my.
Aplikasi mudah alih UPUPocket juga disediakan untuk kemudahan semakan dan rujukan, selaras dengan Revolusi Industri 4.0.

Senarai IPTA & ILKA
Berikut adalah senarai IPTA & ILKA yang boleh anda mohon menerusi UPUOnline:
Universiti Penyelidikan:
- Universiti Malaya
- Universiti Sains Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia
- Universiti Putra Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia
Universiti Komprehensif:
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
- Universiti Malaysia Sarawak
- Universiti Malaysia Sabah
- Universiti Sains Islam Malaysia
- Universiti Teknologi Mara
- Universiti Sultan Zainal Abidin
Universiti Berfokus:
- Universiti Utara Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris
- Universiti Malaysia Terengganu
- Universiti Malaysia Kelantan
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Universiti Teknikal:
- Universiti Tun Huseein Onn Malaysia
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka
- Universiti Malaysia Perlis
- Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
Senarai Politeknik & Kolej Komuniti :



Kalkulator Merit
Kalkulator Merit adalah alat yang membolehkan pelajar lepasan SPM atau STPM/Setaraf mengira markah merit mereka berdasarkan keputusan akademik (90%) dan kokurikulum (10%) secara online, termasuk melalui aplikasi UPUPocket.
Markah merit ini membantu pelajar menilai kelayakan dan peluang mereka untuk memasuki program pengajian tertentu sebelum membuat kemaskini pilihan mereka dalam sistem UPUOnline.
Anda boleh buat semakan kalkulator merit untuk SPM dan STPM menerusi pautan ini:
- Kalkulator Merit Lepasan SPM : https://online.mohe.gov.my/epanduan/kalkulatorMerit/spm
- Kalkulator Merit Lepasan STPM : https://online.mohe.gov.my/epanduan/kalkulatorMerit/stpm


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan UPUOnline, boleh hubungi pihak UPUOnline melalui:-
- Hotline UPU: 03-86842363
- Maklumbalas UPU: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
- E-mel: [email protected]
- UPUChat: https://upuchat.org/
Jangan Lupa Ikuti di Media Sosial Rasmi UPUOnline :
- TikTok : @bkpaupu
- Facebook : kemasukan bkpa jpt
- Telegram : UPUONLINE CHANNEL
- Instagram : @kemasukanbkpa
- YouTube : bkpaUPU
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
TALIAN HOTLINE : 03 8870 8200
FAKS : 03 8870 6864
ALAMAT EMEL : [email protected]
Sila layari laman web rasmi BKPA : https://upu.mohe.gov.my/
MUAT TURUN MANUAL PENGGUNA UPUONLINE:
Soalan Lazim Kemaskini UPUOnline Lepasan SPM
Fasa kemaskini UPUOnline adalah tempoh di mana calon lepasan SPM, STPM, atau setaraf boleh mengemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar dan memuat naik dokumen berkaitan melalui sistem UPUOnline sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.
Pemohon perlu melayari laman rasmi UPU di https://upu.mohe.gov.my dan log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan untuk membuat kemaskini permohonan.
Ya, selepas berjaya kemaskini, pemohon boleh cetak atau simpan slip permohonan dalam format PDF terus dari sistem UPUOnline sebagai bukti pendaftaran dan kemaskini dibuat.
Semakan status permohonan, keputusan tawaran, dan rayuan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal UPUOnline dengan menggunakan ID pendaftaran dan kata laluan yang sama.
Fasa Kemaskini UPUOnline untuk lepasan SPM Sesi Akademik 2026/2027 dibuka sepenuhnya bermula 4 April 2026 hingga 12 April 2026.
Jika lupa kata laluan, pemohon boleh menggunakan fungsi “Lupa Kata Laluan” pada halaman login untuk mendapatkan semula atau reset password menggunakan no. kad pengenalan dan maklumat peribadi yang didaftarkan.
Upu Pocket adalah aplikasi mudah alih yang disediakan untuk memudahkan semakan permohonan, pengiraan merit, dan memantau kemaskini UPU secara lebih fleksibel dari peranti mudah alih.
Tidak. Program pengajian yang sudah dipanggil temu duga atau ujian tidak boleh dikemaskini dalam fasa kemaskini.
Calon disarankan menyemak syarat khas program di portal e-Panduan dan menggunakan kalkulator merit untuk meletakkan pilihan program yang terbaik mengikut keputusan sebenar semasa kemaskini.




