UPUPocket 2.0: Permohonan, Semakan Keputusan UPU & Rayuan UPU

Permohonan, Semakan Keputusan & Rayuan UPU - upupocket 2.0
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

UPUPocket 2.0 kini boleh dimuat turun terus ke dalam telefon pintar anda melalui Google Play Store untuk pengguna Android dan App Store untuk pengguna iOS bagi memudahkan urusan permohonan UPU secara lebih pantas dan teratur.

Aplikasi ini membantu pemohon serta ibu bapa mendapatkan rujukan, maklumat dan perkhidmatan berkaitan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam dengan lebih mudah di hujung jari.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai UPUPocket.

Siaran Media KPT

PERMOHONAN UPUONLINE® BAGI KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA), POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI (KK) DAN MARA
BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI (MARA BPT)

SESI AKADEMIK 2026/2027

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2026/2027 ke program Sijil, Asasi, Diploma & Ijazah Sarjana Muda di 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 106 Kolej Komuniti (KK) dan dua (2) institusi di MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) melalui UPUOnline® akan dibuka pada 29 Januari hingga 23 Mac 2026 bagi Fasa Permohonan Lepasan SPM dan Fasa Pertama Lepasan STPM/Setaraf, dan seterusnya pada 13 April 2026 hingga 15 Mei 2026 bagi permohonan Fasa Kedua Lepasan STPM/Setaraf.

Permohonan terbuka kepada pelajar Lepasan SPM dan STPM/Setaraf bagi semua program pengajian pada Fasa Permohonan Lepasan SPM dan Fasa Pertama Lepasan STPM/Setaraf, manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan/atau ujian sahaja dibuka pada permohonan Fasa Kedua Lepasan STPM/Setaraf.

Pembelian No. Pin UPUOnline® boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 28 Januari 2026 sebelum mengemukakan permohonan dengan harga RM10.60 (termasuk caj perkhidmatan). Kaedah bayaran No. Pin UPUOnline® di BSN adalah melalui 387 Kaunter Cawangan BSN, 483 Automated Teller Machine (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN. BSN akan mengeluarkan No. Pin UPUOnline® berserta salinan resit pembayaran. Sila pastikan slip pembayaran sebagai bukti sah pembelian disimpan untuk rujukan.

Semua calon yang berkelayakan adalah dipelawa mengambil peluang ini bagi menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi. Terdapat sebanyak 363 program pengajian ditawarkan kepada Lepasan SPM dan 1,146 program pengajian ditawarkan kepada Lepasan STPM/Setaraf oleh UA, Politeknik, KK dan MARA BPT seluruh negara.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline® tersebut boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut:

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
Aras 4, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
No. Tel: 03-8684 2363
E-mel: [email protected]
Facebook & Instagram: BKPA UPU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
22 JANUARI 2026

MALAYSIA MADANI

Tarikh Penting UPUOnline 2026/2027

Berikut merupakan maklumat berkenaan tarikh penting UPUOnline 2026/2027 yang perlu anda tahu:

  • Pembelian No. Pin UPUOnline : Mulai 28 Januari 2026
  • Permohonan Fasa Lepasan SPM & Fasa Pertama STPM/Setaraf: 29 Januari – 23 Mac 2026
  • Permohonan Fasa Kedua STPM/Setaraf: 13 April – 15 Mei 2026

Pengenalan UPUPocket 2.0

Aplikasi UPUPocket bukanlah baru sahaja diperkenalkan dan kini sudah masuk ke versi 2.0 yang dikemaskini dengan pelbagai fungsi yang lebih menarik.

Aplikasi ini direka untuk memudahkan urusan permohonan, semakan, dan rujukan berkaitan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi pelajar dan ibu bapa di Malaysia.

Menu Utama & Fungsi

Berikut adalah fungsi utama yang ditawarkan oleh UPUPocket 2.0:

  • Kalkulator Merit: Membantu pemohon mengira merit terkini untuk kemasukan IPTA.
  • Semakan Status Permohonan UPU: Menyemak status permohonan, kelayakan, keputusan, dan rayuan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti, dan ILKA.
  • e-Panduan: Panduan digital syarat kemasukan ke universiti awam, TVET, dan ILKA, termasuk carian program dan laluan kerjaya.
  • Kalendar Akademik: Maklumat tarikh penting berkaitan permohonan UPUonline.
  • Aduan & Maklum Balas: Saluran untuk mengemukakan pertanyaan atau aduan berkaitan permohonan.
  • Direktori IPTA/ILKA: Maklumat alamat, nombor telefon, e-mel, dan pautan rasmi institusi pengajian.
  • Notifikasi: Pengguna akan menerima notifikasi berkaitan info terkini UPU yang dikemaskini
Menu Utama/FungsiCara Menggunakan
Semakan StatusPilih menu “Semakan Status Permohonan UPU”, masukkan nombor MyKad, pilih program, dan tekan “Semak”.
Keputusan UPUPilih “Semakan Keputusan”, masukkan nombor MyKad, pilih institusi & program, dan tekan “Semak”.
e-PanduanPilih menu e-Panduan untuk semak syarat kemasukan, laluan program, dan kerjaya.
Kalendar AkademikSemak tarikh penting permohonan, keputusan, temuduga, dan rayuan.
Aduan & Maklum BalasGunakan menu Aduan untuk menghantar pertanyaan atau aduan berkaitan permohonan.
Direktori IPTA/ILKADapatkan maklumat institusi, alamat, dan nombor telefon untuk rujukan lanjut.

Cara Guna Kalkulator Merit UPUPocket 2.0

Berikut adalah langkah-langkah menggunakan Kalkulator Merit dalam aplikasi UPUPocket 2.0 untuk mengira markah merit permohonan UPU anda:

  1. Muat Turun & Buka Aplikasi: Pastikan anda telah memuat turun dan memasang aplikasi UPUPocket 2.0 dari Google Play Store atau Apple App Store.
  2. Akses Menu Kalkulator Merit: Buka aplikasi dan pilih menu “Kalkulator Merit” di halaman utama aplikasi.
  3. Pilih Kategori Pemohon: Pilih kategori anda, sama ada Lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi, atau setaraf.
  4. Masukkan Maklumat Akademik: Masukkan gred bagi setiap mata pelajaran yang diminta mengikut keputusan peperiksaan anda. Pilih mata pelajaran mengikut aliran dan pakej yang berkaitan (contohnya STEM, Sastera, atau lain-lain).
  5. Masukkan Markah Kokurikulum: Masukkan markah kokurikulum anda (10%). Bagi pelajar sekolah di bawah KPM, markah ini biasanya dibekalkan oleh pihak sekolah. Bagi calon persendirian, gunakan maklumat yang diisi semasa permohonan.
  6. Tekan Butang Kira: Setelah semua maklumat diisi, tekan butang “Kira” atau “Calculate”.
  7. Lihat Keputusan Merit: Markah merit keseluruhan anda akan dipaparkan secara automatik di aplikasi. Anda boleh membuat perbandingan merit ini dengan purata merit program pengajian yang diminati

Rayuan UPU melalui UPUPocket

Rayuan UPU boleh dilakukan melalui aplikasi UPUPocket 2.0 selepas keputusan permohonan UPU diumumkan secara rasmi.

Pemohon yang tidak berjaya mendapat sebarang tawaran atau hanya menerima tawaran pengajian sijil layak untuk membuat rayuan.

Untuk membuat rayuan, anda perlu:

  • Memuat turun aplikasi UPUPocket dari Google Play Store atau Apple App Store, kemudian buka aplikasi dan pilih menu berkaitan rayuan atau semakan keputusan.
  • Masukkan nombor kad pengenalan anda dan ikuti arahan yang diberikan dalam aplikasi untuk mengemukakan rayuan.

Segala maklumat berkaitan status rayuan dan keputusan akan dipaparkan dalam aplikasi tersebut, dan pemohon boleh membuat pengesahan serta mencetak surat tawaran sekiranya rayuan berjaya.

Tempoh rayuan biasanya dibuka selama 10 hari selepas keputusan diumumkan, jadi pastikan anda membuat rayuan dalam tempoh yang ditetapkan.

Anda boleh menyemak keputusan rayuan melalui portal rasmi UPU atau menghubungi hotline UPU di 03-8684 2363 untuk bantuan lanjut. 

Muat turun aplikasi

Bagi yang berminat, anda dipersilakan memuat turun aplikasi UPUPocket versi terbaru ini daripada salah satu pautan di bawah ini:

  1. Google Play – Untuk pengguna Android
  2. App Store – Untuk pengguna iOS

Untuk keselamatan peranti mudah alih anda, pastikan anda hanya memuat turun aplikasi ini dari sumber yang sah sahaja.

Sememangnya aplikasi yang dibangunkan oleh MOHE ini cukup menarik dan dapat dimanfaatkan oleh para pelajar.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan aplikasi, pengguna boleh menghubungi talian rasmi BPKP di 03-8684 2363.

Bagaimana Cara Semak Keputusan UPU Menggunakan UPUPocket 2.0?

1. Muat turun & buka aplikasi UPUPocket 2.0
2. Klik “Semakan”
3. Masukkan nombor kad pengenalan
4. Pilih kategori (contoh: Lepasan SPM)
5. Tekan “Semak”
6. Keputusan dipaparkan di skrin

Apa itu UPUPocket?

UPUPocket ialah aplikasi mudah alih rasmi yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia untuk membantu pemohon dan ibu bapa mendapatkan maklumat serta membuat semakan berkaitan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.

Bagaimana cara guna UPUPocket?

Anda hanya perlu muat turun aplikasi UPUPocket dari Google Play Store atau Apple App Store, kemudian buka aplikasi dan pilih menu yang diingini seperti semakan status permohonan, e-Panduan, atau kalkulator merit. Masukkan maklumat yang diperlukan untuk mendapatkan hasil semakan atau maklumat berkaitan

Bagaimana semak keputusan UPU melalui UPUPocket?

Buka aplikasi UPUPocket, pilih menu “Semakan”, masukkan nombor kad pengenalan, pilih kategori (contoh: Lepasan SPM), dan tekan “Semak”. Keputusan permohonan akan dipaparkan di skrin aplikasi.

Adakah UPUPocket percuma?

Ya, aplikasi UPUPocket boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma di Google Play Store dan Apple App Store

Apakah fungsi utama UPUPocket?

Fungsi utama termasuk semakan status permohonan UPU, semakan keputusan, panduan syarat kemasukan (e-Panduan), kalkulator merit, maklumat institusi, serta saluran aduan dan maklum balas

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut