IPU Jerebu (Indeks Pencemaran Udara) Malaysia Terkini APIMS

IPU Jerebu (Indeks Pencemaran Udara) Malaysia Terkini – APIMS (Air Pollution Index Malaysia System)

IPU Jerebu Terkini

IPU JEREBU

Bacaan IPU antara 0 dan 50 di kategori sebagai (baik) dengan warna biru; 51 hingga 100 (sederhana-hijau), 101 ke 200 (tidak sihat-kuning), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat-jingga) 300 ke atas (bahaya-merah).

NOTA:

  • IPU merupakan satu sistem indeks untuk melaporkan status kualiti udara di Malaysia. IPU yang dilaporkan mengikut masa yang tertentu dikira berdasarkan sub-indeks bagi enam (6) pencemar udara iaitu sulfur dioksida (SO2), nitrogen dioksida (NO2), ozon di permukaan (O3), karbon monoksida (CO), kumin pepejal di bawah saiz 10 mikron (PM10) dan kumin pepejal di bawah saiz 2.5 mikron (PM2.5) yang membentuk sistem IPU Malaysia.
  • Nilai rujukan bagi penentuan IPU adalah berdasarkan Standard Kualiti Udara Ambien Malaysia yang telah digubal pada tahun 2014. Kepekatan bagi enam (6) pencemar udara diukur secara berterusan 24 jam sehari melalui rangkaian 65 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh Malaysia.
  • Selaras dengan penaikan taraf stesen pengawasan kualiti udara di bawah Program Pengawasan Alam Sekitar (Environmental Quality Monitoring Programme) yang telah dilaksanakan sejak 13 April 2017, maka tahap amaran dan tempoh tindakan melibatkan agensi berkaitan dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan telah disemak semula. Ini termasuk mengambil kira parameter PM2.5 dalam pengiraan IPU.
ipu jerebu TERKINI  APIMS (Air Pollution Index Malaysia System)

Potongan harga hingga 90% sempena 10.10 Sale di Shopee dengan barangan serendah RM1.00! Jom dapatkannya di SINI.

Siaran Media Terkini : Pelan Tindakan Jabatan Alam Sekitar

Kementerian Pendidikan keluarkan garis panduan berhubung jerebu yang mula melanda beberapa kawasan di seluruh negara.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata ini termasuk menghadkan aktiviti di luar bilik darjah.

Pihaknya juga akan mendapatkan cadangan dan nasihat Kementerian Kesihatan mengenai keperluan untuk menutup sekolah jika bacaan IPU terus meningkat.

Sekolah, tadika dan taska ditutup serta-merta apabila bacaan IPU melebihi 200 – Jabatan Alam Sekitar

[KENYATAAN MEDIA]

Laporan Status Kualiti Udara dan Jerebu
Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan

Info Jerebu

Apakah itu jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara.

Partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia.

Apabila partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancara cahaya matahari ke bumi.

Oleh yang demikian, keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

indeks pencemaran udara

Tahukah anda golongan yang berisiko tinggi semasa jerebu iaitu kanak – kanak , warga tua , wanita mengandung ,pesakit jantung , pesakit Asthma dan COPD perlu mengambil langkah pencegahan seperti di bawah supaya tidak diserang kesan buruk akibat keadaan jerebu yang berterusan .

  • Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah
  • Minum air yang secukupnya
  • Pakai mask apabila berada di luar
  • Kerap membasuh muka dan bahagian bahagian yang terdedah kepada jerebu
indeks pencemaran udara ipu jerebu

RUMUSAN IPU JEREBU:

  • Baik / Good (0-50)
  • Sederhana / Moderate (51-100)
  • Tidak Sihat / Unhealthy (101-200)
  • Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy (201-300)
  • Merbahaya / Hazardous (300 above)
indeks pencemaran udara apims

Cara Semakan IPU Jerebu Terkini (APIMS)

Untuk mendapatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) jerebu yang terkini di kawasan anda, sila layari laman web APIMS https://apims.doe.gov.my/api_table.html (*Dikemaskini setiap jam)

apims

Baca juga :

pelan tindakan jerebu kebangsaan sekolah kpm indeks pencemaran udara
Muat turun : Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK)

Dapatkan voucher sehingga RM60 Shopee Wellness untuk pelbagai barangan kesihatan termasuk face mask, pil vitamin dan kelengkapan kesihatan.

Langkah Pencegahan & Kawalan Kesihatan Semasa Jerebu

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Status Tahap Pencemaran Langkah-langkah pencegahan dan  kawalan Kesihatan 
0-50BaikTahap pencemaran rendah dan tidak membahayakan kesihatan umum·      Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan.

·      Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat. 
51-100 SederhanaTahap pencemaran sederhana dan lazimnya tidak membahayakan kesihatan umum·      Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan

·      Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat 
101-200Tidak sihatTahap pencemaran boleh menjejaskan kesihatan golongan berisiko tinggi.·      Golongan berisiko tinggi dinasihatkan supaya menghadkan aktiviti di luar rumah.

·      Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah

·      Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang LASAK di luar rumah. 
201-300Sangat tidak menyihatkanTahap pencemaran tinggi yang menjejaskan kesihatan orang ramai dan boleh memburukkan gejala yang dialami oleh mereka yang berisiko tinggi ·      Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak daripada melakukan aktiviti Lasak di luar rumah.

·      Orang ramai dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah.

·      Golongan berisiko tinggi digesa supaya berada di dalam rumah atau bangunan dan mengurangkan aktiviti fizikal.

·      Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah

·      Mereka yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk berjumpa doktor.

·      Bilik Gerakan Peringkat Kebangsaan dibuka pada waktu pejabat atau atas arahan Jawatankuasa Pemandu (Kesihatan).

·       Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa minum banyak air. 

·      Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu. 
301-400               Berbahaya              Pencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan.            ·      Golongan berisiko tinggi digesa berada di dalam rumah.

·      Seboleh-bolehnya, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.

·      Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

·      Orang ramai dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah.
401-500 BerbahayaPencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan. ·      Tindakan seperti aras IPU 301 – 400 
500 ke atasDarurat Pencemaran yang terlalu tinggi dan sangat membahayakan kesihatan.·      Tindakan seperti aras IPU 301 – 400

·      Orang ramai diminta untuk mengikut arahan Majlis Keselamatan Negara dan sentiasa mengikuti perkembangan melalui media massa 

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut dan mendapatkan maklumat terkini tentang status jerebu di kawasan anda, sila ikuti saluran berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!