Jerebu: Sekolah, Tadika & Taska Ditutup Jika IPU Melebihi 200

Situasi Jerebu : Sekolah, tadika dan taska ditutup serta-merta apabila bacaan IPU melebihi 200 – Jabatan Alam Sekitar

1. Berikutan beberapa kawasan di negara ini dilanda jerebu, Kementerian Pendidikan mengingatkan pihak sekolah agar mematuhi garis panduan yang telah disediakan.

2. Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek berkata, garis panduan itu antara lain menetapkan tiada aktiviti luar boleh dilaksanakan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

3. Jumlah kawasan merekodkan bacaan Indeks IPU kategori tidak sihat pagi tadi meningkat kepada 16, merangkumi sembilan negeri dengan Cheras merekodkan IPU tertinggi dengan bacaan 164.

4. Kementerian Pendidikan juga akan mendapatkan nasihat dan cadangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sama ada sekolah perlu ditutup dan jika perlunya pemakaian pelitup muka.

pelan tindakan jerebu kebangsaan sekolah kpm

Sumber: Facebook Jabatan Komunikasi Komuniti

[KENYATAAN MEDIA] Perlaksanaan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan Bagi Menghadapi Jerebu

2 Oktober 2023

Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan merangkumi tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh agensi-agensi berkaitan dan pihak-pihak yang berkepentingan mengikut tahap amaran dan status kualiti udara yang dinyatakan dalam bentuk Indeks Pencemar Udara, (IPU) dan mempercepatkan tindakan dalam mengatasi atau mengurangkan kesan jerebu.

Dapatkan voucher sehingga RM60 Shopee Wellness untuk pelbagai barangan kesihatan termasuk face mask, pil vitamin dan kelengkapan kesihatan yang diakui oleh KKM.

IPU merupakan satu sistem indeks untuk melaporkan status kualiti udara di Malaysia. IPU yang dilaporkan mengikut masa yang tertentu dikira berdasarkan sub-indeks bagi enam (6) pencemar udara iaitu sulfur dioksida (SO2), nitrogen dioksida (NO2), ozon di permukaan (O3), karbon monoksida (CO), kumin pepejal di bawah saiz 10 mikron (PM10) dan kumin pepejal di bawah saiz 2.5 mikron (PM2.5) yang membentuk sistem IPU Malaysia.

Nilai rujukan bagi penentuan IPU adalah berdasarkan Standard Kualiti Udara Ambien Malaysia yang telah digubal pada tahun 2014. Kepekatan bagi enam (6) pencemar udara diukur secara berterusan 24 jam sehari melalui rangkaian 65 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh Malaysia.

Garis panduan itu antara lain menetapkan tiada aktiviti luar boleh dilaksanakan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100, manakala sekolah, tadika dan taska akan ditutup serta-merta apabila bacaan IPU melebihi 200.

pelan tindakan jerebu kebangsaan sekolah kpm

Berikut dikongsikan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan untuk panduan guru dan ibu bapa khususnya : https://www.nrecc.gov.my/ms-my/teras/alamsekitar/Documents/Pelan-tindakan-jerebu-ptjk.pdf

MAKLUMAT LANJUT

Untuk membuat semakan tahap IPU terkini di kawasan anda, sila rujuk : IPU Jerebu (Indeks Pencemaran Udara) Malaysia Terkini APIMS

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!