Tarikh Bayaran Pencen Pesara 2025 & Cara Semak

Tarikh Bayaran Pencen Pesara 2025 & Cara Semak
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Bagi pesara kerajaan, anda boleh menyemak jadual bayaran pencen di Portal Rasmi KWAP melalui pautan berikut: kwap.gov.my/ atau, layari Portal Bahagian Pencen JPA di pautan berikut: jpapencen.gov.my/ untuk semakan penyata pencen.

Dengan mengetahui jadual bayaran lebih awal, pesara dapat menyusun bajet, melunaskan bil utiliti, menguruskan perbelanjaan keluarga, membuat persediaan untuk musim perayaan dan sebagainya.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai bayaran pencen 2025.

Skim Pencen Perkhidmatan Awam

Skim Pencen Perkhidmatan Awam merupakan pencen perkhidmatan sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan Kerajaan terhadap perkhidmatan pegawai sepanjang tempoh beliau berkhidmat dengan penuh dedikasi, taat setia dan amanah.

Skim ini juga bertujuan untuk memberi jaminan saraan hidup kepada anggota-anggota yang telah bersara dari perkhidmatan Kerajaan selain pampasan kepada pegawai yang dikehendaki bersara atas sebab-sebab tertentu atau yang meninggal dunia.

Tarikh Bayaran Pencen Pesara 2025 & Cara Semak
Ringkasan Skim Pencen Sektor Awam

Pesara akan menerima bayaran berkala setiap bulan yang diberikan oleh kerajaan kepada pesara perkhidmatan awam Malaysia selepas bersara daripada perkhidmatan rasmi.

Ia merupakan faedah persaraan utama untuk penghargaan ke atas tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya 10 tahun sebagai penjawat awam tetap.

Faedah pencen ini bertujuan memastikan kebajikan pesara terjamin selepas tamat tempoh berkhidmat, sekaligus memberi motivasi kepada penjawat awam untuk berkhidmat dengan cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan.

BACA JUGA: Kalkulator Pencen JPA – Kira Pencen Bulanan, Ganjaran Perkhidmatan

Faedah Persaraan Pesara Kerajaan JPA

Berikut ialah 3 komponen faedah persaraan yang akan diperolehi oleh pesara kerajaan ialah:

  1. Ganjaran Perkhidmatan – bayaran sekaligus (lump sum) yang diterima selepas bersara sebagai penghargaan terhadap tempoh khidmat.
  2. Pencen Perkhidmatan (bulanan) – pembayaran bulanan seumur hidup pesara berdasarkan tempoh perkhidmatan dan gaji akhir sebelum bersara.
  3. Gantian Cuti Rehat (GCR) – bayaran sekaligus untuk hari cuti rehat yang tidak digunakan, dikira berdasarkan jumlah hari yang layak (maksimum 150 hari).

Selain itu, pesara juga akan menerima:

Kad Pesara – boleh digunakan untuk urusan perubatan dan caj wad percuma (bersamaan dengan kelayakan gred jawatan terakhir) di Hospital Kerajaan, diskaun tambang kereta api, dll

Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2025 – Kerajaan memberikan BKK sebanyak RM250 kepada pesara berpencen dan veteran sebagai tanda penghargaan. Pembayaran telah pun dibuat pada 25 Februari 2025 dan dikecualikan cukai pendapatan.

bayaran pencen
Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2025

Penyelarasan Pencen SSPA (Sistem Saraan Perkhidmatan Awam) – Pesara juga akan menikmati pelarasan pencen yang dibuat secara berperingkat berdasarkan pelan gaji akhir. Ini adalah bagi memastikan amaun pencen berada pada tahap yang lebih setara dengan gaji semasa penjawat awam.

Penyelarasan Pencen SSPA ialah pelarasan pencen pesara kerajaan Malaysia yang dilaksanakan selaras dengan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). Tujuannya menggantikan kenaikan tahunan tetap 2% dengan pelarasan berfasa mengikut gaji akhir penjawat awam semasa.

  • Pelaksanaan:
    • Fasa 1 – 1 Disember 2024
    • Fasa 2 – 1 Januari 2026
  • Kadar Pelarasan:
    • Kumpulan Pelaksana: 8% (Fasa 1), 7% (Fasa 2)
    • Kumpulan Pengurusan & Profesional: 4% (Fasa 1 & 2)
  • Formula Pengiraan:
    Pencen Bulanan = (1/600) × Gaji Akhir Bersamaan 2024 × Tempoh Perkhidmatan
  • Kelayakan:
    • Pesara yang bersara sebelum / pada 1 Januari 2026
    • Masih menerima pencen (perkhidmatan, hilang upaya, tanggungan, waris)
    • Tidak layak jika menolak opsyen SSPA atau sudah tidak berkhidmat semasa pelaksanaan
  • Asas Undang-Undang: Dilaksanakan di bawah Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238).

Tarikh Bayaran Pencen 2025

Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menetapkan jadual rasmi pembayaran pencen sepanjang tahun 2025.

Dengan rujukan ini, pesara tidak lagi perlu risau tertinggal maklumat terkini kerana semua tarikh bayaran telah disusun rapi mengikut bulan, termasuk pelarasan jika bertembung dengan cuti umum.

Tarikh pembayaran pencen bulanan bagi tahun 2025 adalah seperti berikut:

BULANTARIKHHARI​CATATAN
JANUARI17.01.2025JUMAATTAHUN BARU CINA
29 & 30 JANUARI 2025 (RABU & KHAMIS)
FEBRUARI19.02.2025RABU
MAC21.03.2025JUMAATHARI RAYA PUASA
31 MAC 2025 & 1 APRIL 2025 (ISNIN & SELASA)
APRIL18.04.2025JUMAAT
MEI21.05.2025RABUHARI PESTA KEAMATAN
30 & 31 MEI 2025 (JUMAAT & SABTU
JUN20.06.2025JUMAATHARI GAWAI
1 & 2 JUN 2025 (AHAD & ISNIN)
HARI RAYA HAJI
7 & 8 JUN 2025 (SABTU & AHAD)
JULAI18.07.2025JUMAAT
OGOS20.08.2025RABU
SEPTEMBER19.09.2025JUMAAT
OKTOBER15.10.2025RABUHARI DEEPAVALI
20 OKTOBER 2025 (ISNIN)
NOVEMBER19.11.2025RABU
DISEMBER17.12.2025RABUHARI KRISMAS
25 DISEMBER 2025 (KHAMIS)
Tarikh Bayaran Pencen 2025
Tarikh Bayaran Pencen 2025

Siapa Layak Menerima Pencen JPA?

  • Berkhidmat sebagai penjawat awam tetap dalam perkhidmatan yang layak di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
  • Mempunyai tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya 10 tahun (120 bulan) untuk menikmati pencen perkhidmatan; tempoh minimum ini termasuk tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukkan kira mengikut peraturan.
  • Mencapai umur persaraan wajib atau memilih persaraan pilihan mengikut peraturan JPA. Umur persaraan lazim adalah sekitar 55-60 tahun bergantung pada jawatan dan tarikh lantikan.
  • Pegawai yang dilantik sebelum 12 April 1991 boleh menerima pencen terbitan (waris) jika pesara meninggal dunia, manakala yang lantikan selepas tarikh itu pula layak pemerolehan pencen setelah umur 55 tahun.
  • Penerima pencen terbitan seperti balu, duda, anak bawah umur atau anak OKU juga layak menerima pencen terbitan mengikut peraturan JPA.
  • Pegawai yang memilih opsyen SSPA (Sistem Saraan Perkhidmatan Awam) juga layak menerima pelarasan pencen dan faedah berkaitan.

Secara ringkas, pencen JPA diberikan kepada penjawat awam yang berjawatan tetap dengan tempoh perkhidmatan minimum, serta waris yang layak, mengikut undang-undang dan skim persaraan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Proses Bayaran Pencen & Faedah Persaraan JPA

1. Ganjaran Perkhidmatan dan Gantian Cuti Rehat (GCR)
Kedua-dua faedah ini dibayar secara sekaligus (one-off) selepas pesara bersara, meliputi ganjaran perkhidmatan berdasarkan tempoh berkhidmat dan gantian bagi cuti rehat yang tidak digunakan.

2. Pembayaran Pencen Bulanan
Pencen dibayar secara berkala setiap bulan melalui akaun bank pesara mengikut skim berikut:

  • Skim A: Automatik dikreditkan ke akaun bank persendirian sama ada akaun simpanan atau semasa. Skim ini untuk pesara yang mempunyai pasangan yang layak pencen terbitan.
  • Skim B: Untuk pesara tunggal (bujang/duda/janda/balu) yang tiada pihak lain menerima pencen terbitan. Bayaran memerlukan pesara menandatangani borang tuntutan pencen di bank setiap bulan. Jika pesara tidak dapat hadir, wakil diri boleh dilantik menggunakan borang khas JPA.
  • Skim A Berwakil (pilihan): Pesara tunggal boleh mohon menukar kepada skim ini dengan melantik wakil diri supaya bayaran pencen dikredit automatik ke bank, memudahkan pesara yang uzur atau tidak mampu hadir sendiri.

Pembayaran Pencen di Luar Negara dan Kawasan Pedalaman

  • Di luar negara, pembayaran dibuat melalui Wisma Putra, ejen bank, telegraphic transfer (contoh: Singapura, Australia), atau Perbendaharaan Sri Lanka.
  • Untuk pesara di pedalaman Sarawak dan Sabah tanpa akses perbankan berdekatan, bayaran pencen dibuat secara waran untuk 12 bulan sekali dan diposkan. Pesara boleh menunaikan waran ini di pejabat daerah berdekatan.

Pesara digalakkan memastikan jabatan menghantar dokumen lengkap ke KWAP sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum persaraan bagi memastikan faedah dibayar tepat pada masanya.

Penukaran Kaedah Bayaran Pencen

PERTUKARAN KAEDAH BAYARAN PENCEN SKIM B ➡️ SKIM A

Mohon perhatian kepada pesara/penerima pencen yang wajib hadir ke bank setiap bulan untuk pengesahan diri bagi tuntutan wang pencen (Skim B) disyorkan untuk menukar kaedah pembayaran pencen secara kredit terus ke akaun bank (Skim A).


APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN?

Anda perlu melantik seorang wakil diri yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan ke atas serta mengemukakan dokumen berikut:

  • Borang Permohonan Wakil Skim A (JPA.BP.SKP.B08 – pindaan 2024)
  • Salinan Kad Pengenalan Pesara
  • Salinan Kad Pengenalan Wakil Skim A

Ke alamat:
Naib Presiden
Seksyen Pentadbiran dan Sokongan Persaraan
Jabatan Perkhidmatan Persaraan
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
Aras 2, Skytech Tower 2, MKN Embassy Techzone
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4
63000 Cyberjaya


Sebarang pertanyaan boleh hubungi call centre KWAP di talian 03-8887 8777 atau layari feedbacks.kwap.my.

Penukaran Kaedah Bayaran Pencen
Penukaran Kaedah Bayaran Pencen

Proses Permohonan & Pengeluaran Pencen

1. Notis Persaraan
Pegawai perlu memaklumkan tarikh persaraan kepada jabatan lebih awal supaya persiapan dokumen dan pengurusan persaraan dapat dimulakan dengan lancar.

2. Penghantaran Dokumen ke JPA
Jabatan asal bertanggungjawab menghantar dokumen lengkap seperti borang persaraan, salinan kad pengenalan, maklumat akaun bank, dan dokumen sokongan lain ke Bahagian Pencen JPA untuk proses kelulusan.

3. Kelulusan dan Pengiraan
JPA akan mengkaji dan mengira jumlah ganjaran perkhidmatan, pencen bulanan, serta Gantian Cuti Rehat (GCR) berdasarkan tempoh perkhidmatan dan skim persaraan yang dipilih.

4. Pembayaran Faedah

  • Ganjaran sekali gus dan GCR biasanya dibayar dalam tempoh 1 hingga 3 bulan selepas tarikh persaraan.
  • Pencen bulanan mula dikreditkan ke akaun bank pesara mengikut jadual rasmi dari KWAP/JPA setelah proses kelulusan selesai.

Cara Semak Amaun Bayaran Pencen & Penyata

KAEDAH 1: Melalui Portal MyPesara KWAP

  1. Layari portal rasmi MyPesara di https://portalmypesara.kwap.my
  2. Masukkan nombor Kad Pengenalan pesara, nombor akaun pencen, dan pilih tahun semakan.
  3. Tandakan kotak pengesahan Captcha dan klik butang hantar.
  4. Penyata bayaran pencen bulanan dan kenaikan SSPA akan dipaparkan jika maklumat tepat.
  5. Semakan ini boleh dibuat beberapa hari selepas tarikh bayaran dikreditkan bagi pengesahan transaksi.
Bayaran pencen
Semakan Amaun Pencen

KAEDAH 2: Melalui Portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

  1. Layari portal rasmi JPA di https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran
  2. Masukkan 12 digit No. Kad Pengenalan Pesara / Penerima Pencen (tanpa sengkang – ) dan No. Akaun Pencen (yang tertera pada kad pesara), diikuti dengan pilihan Tahun dari 2010 hingga tahun semasa, kemudian klik Hantar.
  3. Cetakan penyata hanya boleh dicetak pada hari pembayaran atau hari berikutnya.
 Bayaran Pencen
Penyata Bayaran Pencen

Melalui laman web ini, pesara juga boleh menyemak pemakluman pembayaran pencen, semakan status permohonan, bantuan mengurus jenazah dan sebagainya.

KAEDAH 3: Menggunakan Aplikasi MyPesara

  • Muat turun aplikasi MyPesara di Google Play Store atau platform lain.
  • Log masuk dan semak penyata bayaran pencen, notifikasi bayaran terbaru dan maklumat berkaitan faedah secara langsung di telefon pintar.

Pesara juga boleh membuat semakan bayaran pencen dengan menyemak Jadual Bayaran Pencen 2025. Tarikh bayaran bulanan sudah ditetapkan bagi setiap bulan sepanjang tahun 2025 oleh JPA dan KWAP.

Aplikasi MyPesara

Aplikasi MyPesara adalah aplikasi pintar yang dibangunkan oleh KWAP khusus untuk memudahkan pesara kerajaan Malaysia mengakses maklumat berkaitan persaraan mereka dengan lebih mudah dan interaktif.

Bayaran Pencen
Aplikasi MyPesara

Ciri-ciri Utama Aplikasi MyPesara 2025

  • Memaparkan maklumat data peribadi dan data perkhidmatan pesara secara jelas dan terkini.
  • Menyediakan maklumat pembayaran pencen bulanan, termasuk jumlah kredit dan jadual bayaran setiap bulan.
  • Memudahkan pesara untuk mengemas kini maklumat peribadi tanpa perlu ke kaunter secara fizikal.
  • Mempunyai fungsi hantar aduan atau pertanyaan berkaitan pencen terus melalui aplikasi.
  • Menyediakan butang kecemasan untuk memaklumkan lokasi kecemasan kepada kontak yang dipilih.
  • Memberikan akses kepada faedah dan promosi khas daripada rakan kongsi KWAP seperti Grab, Celcom, Domino’s dan lain-lain.

Bayaran pencen
Aplikasi MyPesara

Muat Turun Aplikasi MyPesara

  • Google Play Store untuk pengguna Android – KLIK SINI
  • Apple App Store untuk pengguna iOS – KLIK SINI

Senarai Bank Panel Pembayaran Pencen

Berikut ialah senarai bank yang menyertai Sistem Pembayaran Pencen (SBP) :

  • Bank Muamalat (M) Berhad
  • Malayan Banking Berhad (Maybank)
  • Bank Simpanan Nasional
  • Affin Bank Berhad
  • CIMB Bank Berhad
  • Bank Islam Malaysia Berhad
  • Public Bank Berhad
  • Alliance Bank Berhad
  • RHB Bank Berhad
  • HSBC Bank Malaysia Berhad
  • Bank Kerjasama Rakyat (Malaysia) Berhad
  • Hong Leong Bank Berhad
  • Agro Bank Berhad
  • AmBank (M) Berhad (Skim A sahaja)
  • United Overseas Bank (M) Berhad (Skim A sahaja)
  • Standard Chartered Bank (M) Berhad (Skim A sahaja)

Catatan :
Penggunaan akaun CIMB Islamic untuk pembayaran di bawah Skim B adalah tidak dibenarkan.

KWAP – Kumpulan Wang Persaraan

KWAP iaitu Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) merupakan sebuah badan pengurusan wang persaraan di Malaysia yang bertanggungjawab menguruskan caruman majikan dan pelaburan dana persaraan penjawat awam tetap dan pesara kerajaan.

Sejak akhir tahun 2015, KWAP juga berperanan sebagai ejen kerajaan persekutuan untuk tujuan pembayaran pencen, ganjaran dan faedah persaraan yang diuruskan mengikut perjanjian dengan kerajaan, manakala dasar pencen dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

KWAP mengendalikan sistem pembayaran pencen melalui portal dan aplikasi MyPesara, yang menyediakan kemudahan semakan data peribadi, perkhidmatan, dan bayaran pencen bulanan secara atas talian kepada pesara kerajaan.

Pesara boleh mengakses penyata bayaran pencen dan kemas kini maklumat melalui portal ini dengan mudah

Senarai Perkhidmatan yang ditawarkan KWAP:

  • Menguruskan pengiraan tempoh perkhidmatan dan Faedah Persaraan;
  • Memproses bayaran faedah persaraan yang merang​kumi bayaran Ganjaran Perkhidmatan, Wang Gantian Cuti Rehat, pencen bulanan, Bantuan Mengurus Jenazah, bayaran balik tuntutan ubat dan alatan perubatan serta bayaran lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa;
  • Memproses penyelarasan pencen;
  • Memproses potongan Faedah Persaraan bagi hutang-hutang kerajaan atau atas perintah mahkamah;
  • Memproses bayaran balik kepada Agensi atau individu bagi potongan daripada Faedah Persaraan;
  • Memproses pemberhentian/penggantungan bayaran pencen
  • ​Pengurusan fail dan dokumentasi persaraan​​

Kalkulator Pencen JPA

Kalkulator Pencen JPA adalah alat dalam talian yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk membantu penjawat awam dan pesara menganggar jumlah pencen bulanan, ganjaran perkhidmatan, dan gantian cuti rehat (GCR) yang layak diterima.

Setelah itu, kalkulator akan memberikan anggaran jumlah pencen bulanan secara automatik untuk membantu merancang kewangan persaraan.

Kalkulator ini boleh diakses secara percuma di laman web rasmi JPA melalui pautan:
https://pencen.jpa.gov.my/kalkulator-persaraan-wajib.html

Kalkulator Pencen JPA
Kalkulator Pencen JPA

Cara Pengiraan Kenaikan Pencen SSPA

Penyelarasan pencen di bawah SSPA adalah bertujuan memastikan pencen pesara lebih setara dengan gaji penjawat awam yang masih berkhidmat. Pengiraan kenaikan pencen disusun dalam dua fasa utama:

  • Fasa 1 (Disember 2024)
  • Fasa 2 (Januari 2026) – akan datang

Langkah-langkah Pengiraan

  1. Layari pautan berikut: https://sspa.jpa.gov.my/kiraan/kalkulator.php
  2. Pilih kumpulan perkhidmatan, gred jawatan dan masukkan hakiki pada 30 November 2024.
Kalkulator gaji SSPA
Kalkulator gaji SSPA

NOTA: Kadar kenaikan bagi setiap pesara adalah hanya anggaran sahaja.

BACA JUGA: Kenaikan Pencen 2026 – Kelayakan & Cara Pengiraan

Maklumat Lanjut Bayaran Pencen 2025

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Soalan Lazim Bayaran Pencen 2025

1. Bilakah tarikh bayaran pencen dibuat?

Bayaran pencen bagi setiap bulan dibuat mengikut jadual rasmi yang ditetapkan oleh KWAP/JPA. Contohnya, bayaran bagi bulan September 2025 adalah pada 19 September 2025. Tarikh ini boleh berubah bergantung pada hari bekerja dan musim perayaan utama di Malaysia.

2. Adakah tarikh pembayaran pencen sama setiap bulan?

Tidak. Tarikh pembayaran disesuaikan dengan hari bekerja dan musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali dan lain-lain supaya pesara menerima bayaran tepat pada masanya untuk persediaan perbelanjaan.

3. Bagaimana cara menyemak bayaran pencen saya?

Pesara boleh menyemak penyata bayaran pencen secara online melalui portal MyPesara KWAP dengan memasukkan maklumat peribadi dan akaun pencen mereka atau menggunakan aplikasi mudah alih MyPesara.

4. Apa yang perlu dilakukan jika bayaran pencen tidak diterima?

Pesara dinasihatkan memeriksa akaun bank mereka dan memastikan maklumat akaun dengan JPA/KWAP adalah terkini. Jika masalah berlanjutan, boleh menghubungi bahagian pencen JPA atau KWAP untuk bantuan.

5. Siapa yang layak menerima bayaran pencen terbitan?

Waris seperti balu, duda atau anak tanggungan layak menuntut pencen terbitan apabila pesara meninggal dunia mengikut syarat yang ditetapkan.

6. Bagaimana jika pesara tinggal di luar negara?

Pesara atau waris yang menetap di luar negara masih layak menerima bayaran pencen yang dikreditkan melalui saluran rasmi seperti Wisma Putra atau ejen bank berdekatan.

7. Adakah ada bantuan khas untuk pesara?

Kerajaan memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM250 kepada pesara yang layak pada tahun 2025 sebagai insentif tambahan.

8. Apakah proses permohonan pencen selepas bersara?

Pesara perlu memastikan jabatan menghantar dokumen lengkap ke JPA, dan setelah kelulusan, pencen bulanan akan dikredit terus ke akaun bank pesara, sementara ganjaran perkhidmatan dan gantian cuti rehat dibayar sekali gus.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut