Bagi pekerja kerajaan yang ingin mengetahui jumlah pencen mereka setelah bersara nanti, terdapat kalkulator pencen yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang dapat membantu penjawat awam kira jumlah pencen bulanan mereka melalui pautan rasmi https://pencen.jpa.gov.my/kalkulator-persaraan-wajib.html
Berikut dikongsikan kalkulator pencen untuk makluman bersama.
Kalkulator Pencen
Pengenalan Skim Pencen & Kalkulator Pencen JPA
Skim Pencen Perkhidmatan Awam merupakan salah satu skim yang ditawarkan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam.
Antara faedah persaraan yang ditawarkan adalah pencen perkhidmatan, ganjaran perkhidmatan dan Gantian Cuti Rehat (GCR).
Skim Pencen ini diwujudkan sebagai satu pengiktirafan dan penghargaan terhadap perkhidmatan pegawai perkhidmatan awam dengan penuh dedikasi, taat setia dan amanah.
Selain itu, skim pencen adalah satu jaminan saraan hidup kepada anggota-anggota yang telah bersara dari perkhidmatan Kerajaan selain pampasan kepada pegawai yang dikehendaki bersara atas sebab-sebab tertentu atau yang telah meninggal dunia.
Kalkulator pencen ialah alat pengiraan yang digunakan untuk menganggarkan jumlah pencen yang akan diterima selepas bersara, berdasarkan gaji pokok, tempoh perkhidmatan, dan skim pencen yang digunakan.

Dengan Kalkulator Persaraan Wajib, bakal pesara boleh merancang kewangan lebih awal, tahu anggaran pendapatan selepas bersara, dan bersedia untuk sebarang keperluan tambahan.
Anda juga boleh mengetahui berapa pencen yang akan diterima sekiranya memilih untuk bersara lebih awal dengan menggunakan Kalkulator Persaraan Pilihan.

Terdapat juga pilihan untuk menggunakan Kalkulator Persaraan Atas Sebab Kesihatan bagi penjawat awam yang terpaksa bersara awal atas faktor kesihatan.

Kalkulator ini boleh diakses melalui laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui pautan https://pencen.jpa.gov.my/kalkulator-persaraan-wajib.html
Cara Guna Kalkulator Pencen JPA
Untuk memudahkan penjawat awam kira berapa pencen bulanan dan berapa ganjaran perkhidmatan yang bakal mereka dapat ketika bersara nanti. Penjawat awam juga boleh buat pengiraan jika memilih untuk bersara pilihan apabila berumur 40 tahun.
Caranya mudah. Anda hanya perlu ikut langkah berikut:
- Buka kalkulator: https://pencen.jpa.gov.my/kalkulator-persaraan-wajib.html
- Masukkan gaji pokok dan elaun tetap
- Masukkan tarikh bersara tetap, biasanya ikut tarikh lahir.
*Bagi yang bersara awal, bayaran pencen akan dibayar pada umur 55 tahun.
Tetapi ganjaran perkhidmatan akan dapat terus seminggu dua selepas bersara awal.

Atau boleh gunakan kalkulator pencen yang kami sediakan di bawah:
Kalkulator Pencen
Penyelarasan Pencen Pesara Fasa 1 & 2
Dalam ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam MAPPA 2024 yang lalu, beliau berkata pelarasan kadar pencen dibuat berdasarkan gaji akhir pesara.
“Tidak dilupakan akan pengorbanan dan khidmat bakti anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Bagi Veteran ATM Tidak Berpencen, Bantuan Sara Hidup (BSH) akan ditambah daripada RM300 kepada RM500 sebulan bagi yang layak.
“Pertimbangan ini dibuat bagi membantu meringankan beban kos sara hidup veteran ATM yang terlibat,” katanya.
Selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 Tahun 2024, pesara dan penerima pencen terbitan akan menerima penyelarasan pencen sama kenaikan peratusannya seperti penjawat awam yang sedang berkhidmat melalui 2 (dua) Fasa.
Justeru, bagi mendapatkan ‘gaji akhir bersamaan terbaharu’, penyelarasan dibuat dengan menambah peratus kenaikan berkenaan ke atas gaji akhir atau *gaji akhir bersamaan pesara. (*gaji akhir bersamaan adalah gaji akhir terkini yang telah dibuat penyelarasan pada tahun 2012 khususnya bagi pesara yang telah bersara sebelum tahun 2012)
𝗦𝗲𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗶𝘁𝘂, 𝗮𝗺𝗮𝘂𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗲𝗻 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗮𝗿𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗷𝗶 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗴𝗮𝗷𝗶 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗳𝗼𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝘂𝘁:
- i) Bagi tempoh perkhidmatan kurang 360 bulan : –
- 1/600 x jumlah genap bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira x Gaji Akhir Bersamaan (terbaharu)
- ii) Bagi tempoh perkhidmatan genap 360 bulan atau lebih : –
- 3/5 x Gaji Akhir Bersamaan (terbaharu)
YAB Perdana Menteri turut memaklumkan melalui Pembentangan Belanjawan 2025, amaun PKKP yang telah diterima pesara dan penerima pencen terbitan akan diteruskan untuk tahun 2025.



Tarikh Bayaran Pencen 2025
Tarikh bayaran pencen bagi tahun 2025 adalah seperti berikut:
- Januari: 17.01.2025 (Jumaat)
- Februari: 19.02.2025 (Rabu)
- Mac: 21.03.2025 (Jumaat)
- April: 18.04.2025 (Jumaat)
- Mei: 21.05.2025 (Rabu)
- Jun: 20.06.2025 (Jumaat)
- Julai: 18.07.2025 (Jumaat)
- Ogos: 20.08.2025 (Rabu)
- September: 19.09.2025 (Jumaat)
- Oktober: 15.10.2025 (Rabu)
- November: 19.11.2025 (Rabu)
- Disember: 17.12.2025 (Rabu)

Semakan Penyata Bayaran Pencen
Kerajaan Malaysia sebenarnya sudah menyediakan satu kemudahan untuk semakan penyata pencen ini melalui sebuah aplikasi dalam talian.

Untuk menggunakannya, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari portal Penyatan Bayaran Pencen di pautan https://portalmypesara.kwap.my
- Masukkan No. Kad Pengenalan
- Masukkan No. Akaun Pencen
- Pilih pilihan Tahun
- Tandakan pada kotak pengesahan Captcha
- Klik pada butang Hantar
- Penyata wang persaraan anda akan dipaparkan sekiranya kesemua maklumat yang dimasukkan adalah betul
Bagi memastikan penyatan ini telah dikemaskini, seeloknya anda membuat semakan penyata ini beberapa hari selepas tarikh wang persaraan dimasukkan bagi memastikan transaksi tersebut telah dikemaskini.

Maklumat Lanjut Kalkulator Pencen JPA
Kalkulator pencen ialah alat pengiraan yang digunakan untuk menganggarkan jumlah pencen yang akan diterima selepas bersara, berdasarkan gaji pokok, tempoh perkhidmatan, dan skim pencen yang digunakan.
Kalkulator ini boleh diakses melalui laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui pautan https://pencen.jpa.gov.my/kalkulator-persaraan-wajib.html
Kalkulator pencen boleh digunakan oleh penjawat awam, pesara kerajaan, atau bakal pesara yang ingin mengetahui anggaran jumlah pencen mereka.
Pengguna hanya perlu masukkan maklumat asas seperti:
Gaji pokok akhir sebelum bersara
Jumlah tahun perkhidmatan
Umur persaraan
Elaun tetap (jika berkaitan)
Kemudian kalkulator akan mengira jumlah pencen bulanan yang layak diterima.
Kalkulator pencen hanya memberi anggaran. Jumlah sebenar akan ditentukan oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Ya, kalkulator pencen online JPA ini boleh digunakan secara percuma tanpa pendaftaran.
Dengan kalkulator pencen, bakal pesara boleh merancang kewangan lebih awal, tahu anggaran pendapatan selepas bersara, dan bersedia untuk sebarang keperluan tambahan.
Untuk mendapat info mengenai pembayaran pencen pesara dan bakal pesara, sila ikuti saluran berikut:
- Portal Rasmi Bahagian Pencen JPA: https://www.jpapencen.gov.my/
- Facebook Rasmi Bahagian Pencen JPA : Bahagian Pencen JPA
- Laman web rasmi SSPA : https://sspa.jpa.gov.my/
Baca juga: Barangan MyKasih: Senarai Barang Diluluskan Bantuan SARA




