Graduan MOHE : Kemaskini & Semakan Rekod Akademik

graduan mohe
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Graduan yang ingin membuat login dan semakan Graduan MOHE 2026 boleh mengakses dipautan ini: https://graduan.mohe.gov.my/update/ untuk mengemas kini status pekerjaan dan melengkapkan Kajian Pengesanan Graduan (SKPG 2.0).

Prosesnya ringkas hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan, sahkan CAPTCHA dan lengkapkan maklumat yang diminta. Pengisian ini penting terutamanya bagi graduan yang bakal menghadiri konvokesyen atau yang mengalami perubahan status pekerjaan.

Ikuti panduan lengkap di bawah untuk memastikan maklumat anda dikemas kini dengan betul bagi tahun 2026.

Apa itu Graduan MOHE

Graduan MOHE ialah portal rasmi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT/MOHE) yang digunakan untuk merekod, mengemas kini dan mengesahkan maklumat graduan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.

Portal ini berkait rapat dengan:

  • Kajian Pengesanan Graduan (Graduate Tracer Study – GTS)
  • Rekod kebolehpasaran graduan
  • Statistik rasmi pendidikan tinggi negara
  • Syarat pengambilan jubah konvokesyen (sesetengah IPT)

Laman log masuk rasmi:
👉 https://graduan.mohe.gov.my/update/LogMasuk.aspx

Kenapa Graduan MOHE Penting?

Graduan MOHE bukan sekadar sistem pengisian maklumat biasa. Ia merupakan pangkalan data nasional yang digunakan kerajaan untuk:

  1. Mengukur kadar kebolehpasaran graduan Malaysia
  2. Menilai keberkesanan program pengajian IPT
  3. Mengenal pasti jurang kemahiran industri
  4. Membantu perancangan dasar pendidikan negara

Data daripad sistem ini akan digunakan dalam laporan rasmi KPT setiap tahun.

Fungsi Utama Portal Graduan MOHE

1. Log Masuk Graduan

Graduan perlu memasukkan:

  • No. Kad Pengenalan
  • Kata Laluan
  • Maklumat pengajian

Jika terlupa kata laluan, gunakan fungsi “Lupa Kata Laluan” atau hubungi pihak IPT.


2. Kajian Pengesanan Graduan (Graduate Tracer Study – GTS)

Kajian ini bertujuan mengumpul data seperti:

  • Status pekerjaan selepas tamat pengajian
  • Tempoh mendapat pekerjaan
  • Gaji permulaan
  • Bidang pekerjaan
  • Lokasi bekerja
  • Sambung belajar atau tidak

Kebanyakan IPT mewajibkan pengisian kajian ini sebelum konvokesyen.


3. Kemas Kini Status Pekerjaan

Graduan boleh memilih kategori:

  • Bekerja sepenuh masa
  • Bekerja separuh masa
  • Bekerja sendiri
  • Menganggur
  • Sambung pengajian

Maklumat ini membantu menentukan kadar employability graduan IPT.

Cara Login Graduan MOHE (Panduan Lengkap)

  1. Layari laman rasmi Graduan MOHE melalui pautan ini : https://graduan.mohe.gov.my/update/LogMasuk.aspx
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan tanpa simbol (-).
  3. Masukkan Captcha.
  4. Klik Hantar.
  5. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan klik hantar.

Pastikan semua maklumat diisi dengan tepat kerana ia digunakan untuk rekod rasmi kementerian.

graduan mohe
Kredit: FB Miz Nyna Bukater

Kemaskini Status Pekerjaan (SKPG 2.0)

Jika status pekerjaan anda berubah selepas tamat pengajian, anda perlu mengemas kini maklumat melalui Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) 2.0.

Ikuti langkah berikut:

1 – Layari Laman Rasmi

Pergi ke laman sesawang rasmi:

👉 https://great.mohe.gov.my

Pastikan anda mengakses laman rasmi bagi mengelakkan sebarang kesilapan atau isu keselamatan data.


2 – Log Masuk Sistem

Pada paparan log masuk SKPG 2.0, lengkapkan maklumat berikut:

  1. Masukkan No. Kad Pengenalan / Passport / Polis / Tentera
  2. Masukkan Kod CAPTCHA
  3. Klik butang Hantar

Selepas berjaya log masuk, pastikan semua maklumat yang dipaparkan adalah tepat.


3 – Kemaskini Status Pekerjaan

Klik pautan yang disediakan untuk:

✔ Mengemas kini status pekerjaan terkini
✔ Mengubah maklumat majikan
✔ Mengemaskini gaji permulaan
✔ Menukar status kepada sambung belajar (jika berkaitan)

Pastikan semua maklumat diisi dengan betul dan terkini.


4 – Cetak Slip SKPG 2.0

Setelah selesai mengemas kini maklumat:

✔ Klik butang “CETAK”
✔ Cetak slip SKPG 2.0 sebagai bukti pengesahan

Slip ini mungkin diperlukan untuk tujuan konvokesyen atau rekod universiti.

Kepentingan Data Graduan Kepada Negara

1. Mengukur Kebolehpasaran Graduan

Malaysia sering mengumumkan kadar kebolehpasaran graduan melebihi 80–90%. Data ini datang daripada sistem Graduan MOHE.

2. Penambahbaikan Silibus

Jika banyak graduan bidang tertentu lambat mendapat kerja, IPT boleh menambah baik kurikulum.

3. Perancangan Dasar Ekonomi

Data membantu kerajaan merancang:

  • Latihan kemahiran tambahan
  • Peluang pekerjaan
  • Keperluan industri

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh rujuk pada maklumat berikut:

Alamat:

Seksyen Data Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi,No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,62200 Putrajaya, Malaysia

Waktu Operasi:

Isnin – Jumaat (Kecuali Cuti Umum)

Hari

Masa (Isnin – Khamis)
8:00 pagi – 1:00 petang
2:00 petang – 4:30 petang

Masa (Jumaat)

8:00 pagi – 12:15 tengah hari
2:45 petang – 4:30 petang

Soalan Lazim Graduan MOHE

Apa itu Graduan MOHE?

Graduan MOHE ialah portal rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang digunakan untuk merekod, mengemas kini dan mengesahkan maklumat graduan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia bagi tujuan kebolehpasaran dan statistik pendidikan.

Adakah wajib isi Graduan MOHE?

Kebanyakan IPT mewajibkan graduan mengisi sistem Graduan MOHE, terutamanya sebelum konvokesyen. Namun, keperluan ini bergantung kepada polisi universiti masing-masing.

Bila perlu isi Graduan MOHE?

Graduan biasanya perlu mengisi selepas tamat pengajian dan sebelum menghadiri konvokesyen. IPT akan memaklumkan tarikh rasmi pengisian.

Bagaimana cara login Graduan MOHE?

1. Layari laman rasmi graduan.mohe.gov.my
2. Masukkan nombor kad pengenalan
3. Masukkan kata laluan
4. Klik Log Masuk dan lengkapkan maklumat

Saya terlupa kata laluan. Apa perlu buat?

Gunakan fungsi “Lupa Kata Laluan” pada halaman login. Jika masih gagal, hubungi pihak pentadbir atau unit hal ehwal pelajar IPT anda.

Apakah itu Kajian Pengesanan Graduan (Graduate Tracer Study)?

Kajian Pengesanan Graduan ialah soal selidik yang mengumpul maklumat mengenai status pekerjaan, tempoh mendapat kerja, gaji permulaan dan bidang kerjaya graduan.

Apakah maklumat yang perlu diisi dalam Graduan MOHE?

Antara maklumat yang diperlukan:

– Status pekerjaan
– Nama majikan
– Gaji permulaan
– Bidang pekerjaan
– Lokasi bekerja
– Sambung belajar atau tidak

Apa berlaku jika tidak isi Graduan MOHE?

Bergantung kepada IPT, graduan mungkin:

– Tidak dibenarkan ambil jubah konvokesyen
– Tidak menerima pengesahan tamat pengajian
– Rekod belum lengkap dalam sistem

9. Adakah maklumat dalam Graduan MOHE sulit?

Ya. Maklumat graduan digunakan untuk tujuan rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi dan statistik kebolehpasaran negara.

10. Adakah Graduan MOHE sama dengan sistem universiti?

Tidak. Graduan MOHE ialah sistem di bawah KPT untuk data nasional, manakala sistem universiti adalah untuk rekod dalaman akademik.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut