UPUOnline – Permohonan FASA 2 Lepasan STPM/Setaraf (2026)

UPUOnline ialah platform rasmi yang boleh diakses melalui https://upu.mohe.gov.my/ untuk pelajar lepasan SPM dan STPM/Setaraf membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.

Tarikh permohonan UPUOnline FASA 2 untuk kemasukan akademik sesi 2026/2027 untuk lepasan STPM & setaraf dibuka mulai 13 April 2026 (pukul 12 tengah hari) sehingga 15 Mei 2026 (pukul 5 petang).

Artikel ini akan menerangkan langkah mudah cara isi permohonan, kemaskini maklumat, serta senarai tarikh penting yang perlu anda ambil tahu untuk sesi akademik 2026/2027.

Ringkasan Permohonan UPUOnline Sesi 2026/2027

UPUOnline adalah platform rasmi untuk lepasan SPM dan STPM/Setaraf memohon kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK), dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

Pembelian No. Pin BSN: Mulai 28 Januari 2026 (RM10.60).

KategoriTarikh MulaTarikh Tutup
Lepasan SPM29 Januari 202612 April 2026
Lepasan STPM/Setaraf (Fasa 1) 29 Januari 202623 Mac 2026
Lepasan STPM/Setaraf (Fasa 2)13 April 202615 Mei 2026

Permohonan UPUOnline FASA 2

Permohonan UPUOnline® Fasa 2 kini dibuka khas untuk lepasan STPM/setaraf bagi sesi akademik 2026/2027. Fasa ini memberi peluang kepada calon untuk mengemaskini pilihan atau membuat permohonan baharu sebelum tarikh tutup.

  • Tarikh permohonan dibuka: 13 April 2026 (Isnin), jam 12.00 tengah hari
  • Tarikh permohonan ditutup: 15 Mei 2026 (Jumaat), jam 5.00 petang

Untuk calon yang TELAH memohon:

  • Anda dibenarkan untuk mengemaskini pilihan program pengajian
  • Namun, tidak termasuk program yang memerlukan temu duga dan/atau ujian

Untuk calon yang BELUM memohon:

  • Anda boleh membuat permohonan baharu melalui UPUOnline®
  • Permohonan adalah tidak termasuk program pengajian yang memerlukan temu duga dan/atau ujian

Pautan permohonan: http://upu.mohe.gov.my

Tarikh Penting UPUOnline 2026/2027

Berikut merupakan maklumat berkenaan tarikh penting UPUOnline 2026/2027 yang perlu anda tahu:

  • Pembelian No. Pin UPUOnline : Mulai 28 Januari 2026
  • Permohonan Fasa Lepasan SPM: 29 Januari – 12 April 2026
  • Permohonan Fasa Pertama STPM/Setaraf: 29 Januari – 23 Mac 2026
  • Permohonan Fasa Kedua STPM/Setaraf: 13 April – 15 Mei 2026
upuonline 2026

Proses Permohonan & Sesi Akademik 2026/2027

A. Lepasan SPM

Berikut ialah proses permohonan dan sesi akademik 2026/2027 bagi Lepasan SPM mengikut fasa:

B. Lepasan STPM/SETARAF

Berikut ialah proses permohonan dan sesi akademik 2026/2027 bagi Lepasan STPM/Setaraf mengikut fasa:

Apa itu UPUOnline

UPUOnline ialah sistem permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, KPT.

Ia menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan pelajar lepasan SPM dan STPM/Setaraf untuk melanjutkan pengajian ke:

  • 20 Universiti Awam
  • 36 Politeknik
  • 99 Kolej Komuniti
  • 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

UPUOnline berfungsi sebagai pusat sehenti (one stop centre) dan boleh diakses melalui laman web upu.mohe.gov.my.

Aplikasi mudah alih UPUPocket juga disediakan untuk kemudahan semakan dan rujukan, selaras dengan Revolusi Industri 4.0.

Objektif UPUOnline

Objektif pembangunan UPUOnline adalah seperti berikut:

  • Menyelaras permohonan kemasukan pelajar ke  IPTA dan ILKA
  • Menjajarkan penggunaan ICT di dalam sistem penyampaian pendidikan tinggi

Senarai IPTA & ILKA

Terdapat 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik dan 106 Kolej Komuniti; dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) di bawah seliaan UPUOnline. Rujuk senarai di bawah.

Universiti Penyelidikan:

  1. Universiti Malaya
  2. Universiti Sains Malaysia
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia
  4. Universiti Putra Malaysia
  5. Universiti Teknologi Malaysia

Universiti Komprehensif:

  1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  2. Universiti Malaysia Sarawak
  3. Universiti Malaysia Sabah
  4. Universiti Sains Islam Malaysia
  5. Universiti Teknologi Mara
  6. Universiti Sultan Zainal Abidin

Universiti Berfokus:

  1. Universiti Utara Malaysia
  2. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  3. Universiti Malaysia Terengganu
  4. Universiti Malaysia Kelantan
  5. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Universiti Teknikal:

  1. Universiti Tun Huseein Onn Malaysia
  2. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  3. Universiti Malaysia Perlis
  4. Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Senarai Politeknik & Kolej Komuniti :

upuonline
upuonline
upuonline

Syarat Kemasukan

Lepasan SPM

1. Kategori Pemohon

2. Syarat AM Lepasan SPM:

  • Warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad.
  • Rujuk syarat am mengikut kategori permohonan di bawah:

3. Dasar & Kriteria Pemilihan

  1. Pencapaian akademik dalam SPM
  2. Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum
  3. Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian.
  4. Gred mata pelajaran untuk pengiraan Markah Akademik.
  5. Memenuhi syarat khas yang ditetapkan Universiti Awam, Kolej Komuniti, Politeknik dan MARA BPT.
  6. Lulus temuduga dan/ atau ujian (jika berkenaan)

Lepasan STPM / Setaraf

1. Kategori Pemohon

2. Syarat AM Lepasan SPTM/Setaraf:

  • Warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad.
  • Rujuk syarat am mengikut kategori permohonan di bawah:

3. Dasar & Kriteria Pemilihan

  1. Pencapaian akademik dalam SPTM/Setaraf & SPM
  2. Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum
  3. Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian.
  4. Gred mata pelajaran untuk pengiraan Markah Akademik.
  5. Memenuhi syarat khas yang ditetapkan Universiti Awam, Kolej Komuniti, Politeknik dan MARA BPT.
  6. Mendapat MUET sekurang-kurangnya band 1.0
  7. Lulus temuduga dan/ atau ujian (jika berkenaan)
  8. Pilihan program pengajian mengikut keutamaan
  9. Bilangan tempat yang disediakan oleh UA

Laluan Sambung Belajar Lepasan SPM, STPM/Setaraf

Berikut adalah maklumat yang boleh dijadikan rujukan dan panduan semasa mengisi permohonan UPUOnline:

Panduan Menggunakan UPUOnline

Berikut adalah langkah-langkah lengkap penggunaan UPUOnline yang boleh anda rujuk:

1. Cara Log Masuk UPUOnline

upuonline
  1. Layari laman web UPUOnline.
  2. Masukkan maklumat berikut di ruangan log masuk:
    • No Kad Pengenalan – Isikan No Kad Pengenalan atau MyKad pemohon.
    • Kata Laluan – Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan.
    • Lepasan – Pilih kategori permohonan (contoh: STPM/Setaraf).
  3. Klik butang “Log Masuk”.

Nota Penting: Hanya pemohon yang telah membuat permohonan lengkap pada Fasa Permohonan dan Kemaskini sahaja boleh membuat pengemaskinian melalui UPUOnline bagi kemasukan ke IPTA (Institusi Pendidikan Tinggi Awam).

2. Cara Kemaskini UPUOnline

upuonline

Langkah 1: Akses Menu Kemaskini

  1. Klik menu Kemaskini di sebelah kiri laman.
  2. Log masuk ke akaun UPUOnline seperti biasa.

Langkah 2: Semak Maklumat Permohonan

  1. Program Pengajian – Pastikan betul.
    • Semak dan sahkan maklumat berikut:
    • No Kad Pengenalan / MyKad – Pastikan sama seperti dalam kad pengenalan.

Langkah 3: Isi Maklumat Peribadi

  1. Lengkapkan semua maklumat peribadi yang ditandakan wajib diisi, termasuk:
    • Alamat surat menyurat
    • Bandar, Poskod, Negeri
    • No. telefon calon dan ibu bapa
    • Alamat e-mel (pastikan sah)

Langkah 4: Semak / Kemas Kini Maklumat Akademik

  1. Semak maklumat keputusan SPM yang dipaparkan.
  2. Untuk lepasan Diploma / Setaraf, kemas kini:
    • PNGK
    • Nama Institusi
    • Tarikh tamat pengajian

Langkah 5: Isi Maklumat Pilihan Program

  1. Wajib isi 6 Pilihan Program mengikut keutamaan.
  2. Hanya pilih program yang melepasi syarat kemasukan.
  3. Untuk program Temu Duga (#):
    • Jika tidak dipanggil temu duga / tidak layak, anda boleh kemas kini pilihan.
    • Jika ingin mengekalkan pilihan, tandakan kotak Kekal Pilihan Temu Duga.

Langkah 6: Muat Naik Dokumen (Jika Perlu)

  1. WAJIB muat naik dokumen untuk lepasan Diploma / Setaraf sahaja:
    • Salinan sijil SPM, MUET, transkrip, diploma dan dokumen sokongan lain yang relevan.

3. Cara Sahkan Maklumat Permohonan & Cetak

upuonline
upuonline
  1. Semak semua maklumat permohonan yang telah diisi.
  2. Pastikan semua maklumat adalah TEPAT dan BETUL sebelum meneruskan.
  3. Klik butang “Cetak”.
  4. Tujuannya adalah untuk menghasilkan Slip Permohonan sebagai bukti permohonan telah dihantar.
  5. Cetak atau muat turun Slip Permohonan.
    • Anda boleh klik:
      • “Cetak Slip Permohonan Kemasukan Pelajar” untuk mencetak slip.
      • “Muat Turun Slip Permohonan Kemasukan Pelajar” untuk simpan slip dalam bentuk digital.

4. Cara Reset / Lupa Kata Laluan UPUOnline

upuonline
  1. Masukkan maklumat berikut di halaman Lupa Kata Laluan:
    • No Kad Pengenalan
    • Nama Ibu (seperti yang didaftarkan)
    • Kata Laluan baharu
    • Sahkan Kata Laluan baharu
  2. Klik butang “Simpan”.
  3. Notifikasi “Kata Laluan berjaya dikemaskini” akan dipaparkan.
  4. Log masuk semula menggunakan kata laluan yang baru.

Cara Guna e-Panduan UPUOnline

Nak isi permohonan UPUOnline dengan lebih yakin?

Gunakan menu e-Panduan dalam aplikasi UPUPOCKET dan laman sesawang rasmi UPUOnline®️ sebagai rujukan utama anda.

Panduan ini sesuai untuk Lepasan SPM dan Lepasan STPM/ Setaraf, lengkap dengan langkah-langkah penting untuk membantu adik-adik mengisi permohonan dengan tepat dan teratur.

Rujuk cara menggunakan e-Panduan UpuOnline di bawah:

1. Laman Utama

Pengguna perlu melayari Portal e-Panduan di pautan https://online.mohe.gov.my/epanduan.

2. Pilih Syarat Kemasukan

Seterusnya, pengguna perlu memilih syarat kemasukan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik masing-masing, seperti lepasan SPM atau lepasan STPM/Setaraf. Langkah ini penting bagi memastikan hanya program yang layak dipaparkan.

3. Pilih Kategori

Pengguna kemudiannya diminta memilih kategori permohonan yang berkaitan. Pemilihan kategori ini membantu sistem menapis program pengajian mengikut kelayakan dan laluan kemasukan yang betul.

4. Cari Program Pengajian

Pada langkah ini, pengguna boleh membuat carian program pengajian yang diminati. Carian boleh dilakukan berdasarkan nama program, bidang pengajian atau institusi pendidikan tinggi yang menawarkan program tersebut.

5. Paparan Maklumat

Selepas memilih program, sistem akan memaparkan maklumat terperinci berkaitan program pengajian tersebut, termasuk kod program, institusi yang menawarkan, serta peringkat pengajian.

6. Paparan Syarat

Akhir sekali, pengguna boleh menyemak syarat kemasukan lengkap bagi program yang dipilih. Paparan ini membolehkan calon memastikan sama ada mereka memenuhi keperluan akademik sebelum membuat permohonan UPUOnline®.

Semakan UPUOnline Melalui Aplikasi UPU Pocket

Selain semakan di laman web, anda juga boleh guna aplikasi UPU Pocket.

UPU Pocket ialah aplikasi mudah alih oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, KPT, untuk memudahkan pemohon dan ibu bapa membuat semakan dan rujukan berkaitan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.

Antara kelebihan yang boleh kita perolehi melalui aplikasi ini adalah:

  • memudahkan pengguna untuk menyemak senarai program yang ditawarkan berdasarkan kelayakan keputusan.
  • memudahkan pengguna untuk menyemak syarat khas berdasarkan program masing-masing.
  • boleh mendapat informasi terkini tentang UPU.
  • terdapat tarikh-tarikh penting yang perlu diambil maklum.

Aplikasi UPU Pocket ini boleh dimuat turun melalui pautan ini:

Kalkulator Merit

Anda boleh buat semakan kalkulator merit untuk SPM dan STPM menerusi pautan ini:

Info Tambahan UpuOnline

15 Panduan Permohonan UPUOnline:

  1. Bayaran proses UPUOnline®
  2. Layari portal rasmi upu.mohe.gov.my
  3. Pastikan kategori anda (Lepasan SPM / Lepasan STPM / Setaraf)
  4. Semak syarat kelayakan di e-Panduan UPUOnline®
  5. Kira merit anda
  6. Semak trend permohonan dan penawaran
  7. Semak laluan kerjaya
  8. Isi permohonan UPUOnline®
  9. Pastikan maklumat bertanda (*) diisi dengan lengkap
  10. Pilih pilihan program mengikut keutamaan
  11. Lengkapkan borang permohonan
  12. Klik butang ‘SIMPAN’
  13. Cetak slip permohonan
  14. Simpan slip permohonan
  15. Semakan dan kemaskini permohonan sepanjang tempoh permohonan

Kenapa Permohonan UPUOnline Boleh Berjaya atau Gagal?


Dasar & Kriteria Pemilihan


Portal utama UPU & Fungsi


Langkah menggunakan Kalkulator Merit UPUPocket 2


Tips Memilih Program UPUOnline

  1. Memenuhi syarat am & khas program
  2. Pilih program yang diminati
  3. Semak purata merit
  4. Susun program mengikut keutamaan
  5. Rujuk kaunselor
  6. Pelbagaikan pilihan & bidang IPTA


10 Program Pengajian Kompetitif

  1. Perubatan
  2. Pergigian
  3. Farmasi
  4. Perakaunan
  5. Undang-undang
  6. Kejuruteraan Mekanikal
  7. Kejuruteraan Elektrikal
  8. Kejuruteraan Elektronik
  9. Kejuruteraan Kimia
  10. Kejuruteraan Awam

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan permohonan UPUOnline 2025/2026, anda boleh rujuk pada pautan berikut:

Atau, anda boleh juga hantarkan sebarang aduan atau maklum balas UPU menerusi pautan ini: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/

Soalan Lazim

1. Bagaimanakah keputusan UPU untuk lepasan SPM ditentukan?

Calon akan disusun mengikut kedudukan berdasarkan markah merit yang paling
tinggi hingga yang paling rendah.

2. Bagaimana pemilihan ke UPU untuk lepasan SPM dilaksanakan?

Proses pemilihan dilaksanakan secara berkomputer dengan pengesahan pemilihan
oleh semua institusi/ agensi. Pemprosesan pemilihan seperti berikut:
a) Calon ditawarkan berdasarkan merit, memenuhi Syarat Am & Khas program
pengajian, kekosongan tempat, diperaku temu duga dan/atau ujian (jika
berkenaan) dan keutamaan pilihan calon.
b) Calon disusun berdasarkan markah merit paling tinggi hingga paling rendah.

3. Bila akan dapat surat tawaran UPU?

Surat tawaran rasmi dikeluarkan oleh UA bermula sehari (1) hebahan keputusan. Calon perlu memuat turun surat tawaran rasmi di Laman Web UA mengikut jadual yang ditetapkan.

4. Bila tarikh akhir buat pilihan terima tawaran UPU?

Calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam
tempoh sembilan (9) hari selepas hebahan keputusan perdana.

Calon yang tidak membuat pengesahan terima atau tolak selepas tempoh yang
ditetapkan akan dianggap sebagai menolak tawaran.

5. Bagaiman cara buat rayuan UPU?

Hanya calon yang gagal mendapat tawaran ke UA, Politeknik, KK dan MARA BPT
atau calon yang mendapat tawaran program pengajian Sijil di Kolej Komuniti yang
boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas keputusan
permohonan kemasukan diumumkan.

Calon yang mendapat tawaran, menolak tawaran atau tidak membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh sembilan (9) hari selepas hebahan keputusan perdana, tidak akan dipertimbangkan untuk proses rayuan.

6. Pilihan program apa yang ditawarkan dalam rayuan UPU?

Calon dibenarkan mengemukakan empat (4) pilihan program pengajian semasa
permohonan rayuan dengan program pengajian bertemuduga dan/ atau ujian hanya
berada di Pilihan 1 dan 2 sahaja.

Pilihan program pengajian yang dipaparkan adalah pilihan program pengajian yang
layak syarat am dan syarat khas program pengajian sahaja serta masih ada
kekosongan selepas setuju terima tawaran.

7. Kenapa permohonan UPU saya gagal?

Berikut adalah antara faktor yang menyebabkan permohonan UPU tidak berjaya mendapat program yang dipilih / gagal :

8. Bila tarikh permohonan UPUOnline Fasa 2 dibuka untuk lepasan STPM 2025?

Permohonan UPUOnline Fasa 2 untuk lepasan STPM 2025 dibuka mulai 13 April 2026 (pukul 12 tengah hari) sehingga 15 Mei 2026 (pukul 5 petang)

9. Bagaimana cara mohon UPUOnline 2026/2027 untuk lepasan SPM 2025?

1. Beli Nombor PIN (Unik ID)
2. Layari portal UPUOnline di https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login > Daftar akaun baru > Isi Maklumat Peribadi
3. Pilih Program Pengajian (Gunakan fungsi e-Panduan dalam portal untuk pastikan anda melepasi syarat merit dan syarat khas program).
4. Simpan & Hantar > Klik Hantar/Sah untuk menghantar permohonan secara rasmi.