e-Profiling GReaT KPT (e-Profiling MOHE) ialah sistem rasmi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia yang berfungsi menilai kesepadanan personaliti graduan dengan kerjaya menggunakan Teori Holland (RIASEC).
Sistem ini merupakan komponen teras dalam ekosistem GReaT (Graduates Reference Hub for Employment and Training), iaitu portal digital bersepadu yang menghimpunkan data graduan, profil kompetensi serta akses kepada peluang pekerjaan di Malaysia.
Melalui e-Profiling GReaT KPT, pelajar dan graduan IPTA, IPTS serta institusi TVET di Malaysia boleh:
- Menilai Kecenderungan Kerjaya: Menggunakan ujian RIASEC untuk mengenal pasti personaliti kerja.
- Menyemak Profil Kompetensi: Memastikan maklumat akademik dan kemahiran direkodkan dengan betul dalam ekosistem kerajaan.
- Persediaan Pasaran Kerja: Mengenal pasti kekuatan diri sebelum memasuki industri yang kompetitif.
Sistem ini membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan Malaysia dengan menyediakan analisis profil yang lebih tersusun dan berasaskan data, selaras dengan keperluan majikan.
Rujuk panduan lengkap e-Profiling GReaT KPT, ujian personaliti RIASECT dan padanan kerjaya di bawah.
Ringkasan Maklumat e-Profiling GReaT KPT
Trending sekarang
Ciri Utama Info Ringkas Nama Sistem e-Profiling GReaT KPT (dahulunya e-Profiling MOHE) Fungsi Utama Kesepadanan personaliti dengan kerjaya Teori Digunakan Teori Holland (RIASEC) Sasaran Pengguna Pelajar & graduan IPTA, IPTS, serta TVET Portal Rasmi https://great.mohe.gov.my/
Apa itu e-Profiling GReaT KPT?
e-Profiling GReaT KPT ialah sistem rasmi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia yang berfungsi untuk melaksanakan kesepadanan personaliti individu dengan kerjaya.
Sistem ini membantu pelajar IPTA, IPTS dan TVET di Malaysia membina profil digital rasmi yang merangkumi kelayakan akademik serta kecenderungan kerjaya.
e-Profiling ini boleh diakses melalui pautan: https://great.mohe.gov.my/

Tujuan utama sistem ini diperkenalkan adalah untuk memastikan setiap graduan mempunyai rekod akademik yang sah dan analisis kecenderungan kerjaya yang tersusun, selaras dengan keperluan majikan serta pasaran kerja Malaysia terkini.
Melalui platform ini, pengguna boleh melengkapkan inventori minat kerjaya berasaskan Teori Holland (RIASEC), menyemak profil kompetensi dan memastikan maklumat akademik direkod secara rasmi.
Data yang dikumpulkan membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan serta menyokong perancangan tenaga kerja negara.
Secara ringkasnya, e-Profiling GReaT KPT ialah platform digital rasmi Malaysia yang menggabungkan pengesahan akademik dan analisis kerjaya dalam satu sistem bersepadu.
Ciri & Fungsi e-Profiling GReaT KPT
Sistem e-Profiling dibina dengan ciri-ciri khusus untuk membantu anda mengenal pasti bidang kerja yang paling sesuai dengan personaliti diri.
Berikut adalah ciri-ciri dan fungsi utama sistem ini:
1. Ujian Minat Kerjaya (RIASEC)
Sistem menggunakan Teori Holland untuk mengukur 6 jenis personaliti anda melalui ujian ringkas:
- Realistic (R): Suka kerja praktikal/teknikal.
- Investigative (I): Suka menyiasat dan berfikir.
- Artistic (A): Kreatif dan berseni.
- Social (S): Suka menolong orang.
- Enterprising (E): Ada ciri kepimpinan/bisnes.
- Conventional (C): Suka kerja teratur dan data.
2. Gabungan Maklumat Akademik
Sistem ini menyimpan data keputusan pengajian anda secara automatik daripada universiti atau kolej (IPTA/IPTS/TVET).
Jadi, maklumat akademik dan hasil ujian personaliti anda akan disimpan setempat dalam satu profil.
3. Sistem Padanan Kerja (Career Matching)
Setelah tamat ujian, sistem akan memadankan personaliti anda dengan jenis pekerjaan yang sesuai.
Contohnya, jika skor anda tinggi dalam ‘Artistic’, sistem akan mencadangkan kerjaya dalam bidang kreatif agar anda tidak tersalah pilih haluan kerja.
4. Laporan Profil Digital
Anda akan mendapat laporan rasmi yang menunjukkan kekuatan diri dan kecenderungan kerjaya anda. Laporan ini sangat berguna untuk rujukan sendiri atau semasa sesi bimbingan kerjaya.
Kenapa Perlu Melengkapkan e-Profiling GReaT KPT?
Mengapa setiap pelajar dan graduan perlu melengkapkan profil dalam sistem ini?
Pada tahun 2026, e-Profiling GReaT KPT bukan sekadar pangkalan data statik, malah ia bertindak sebagai “Pasport Kerjaya Digital” yang menghubungkan potensi anda dengan industri.
Terdapat banyak kepentingan e-Profiling kepada graduan. Berikut adalah beberapa sebab utama mengapa anda perlu melengkapkan profil ini sebelum memasuki pasaran kerja:
1. Membina Identiti Digital yang Sah
Dengan melengkapkan e-Profiling, anda mempunyai profil digital rasmi yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Ini memudahkan majikan untuk mengesahkan bahawa anda adalah graduan sah daripada institusi yang diiktiraf, sekaligus membina kepercayaan (trust) sejak awal.
2. Mengelakkan Salah Pilih Kerjaya
Ramai graduan mengalami stres atau berhenti kerja awal kerana bidang yang diceburi tidak kena dengan jiwa.
Melalui keputusan RIASEC yang tepat, anda mendapat panduan jelas tentang bidang tugas yang selari dengan personaliti anda, menjadikan laluan kerjaya lebih stabil dan memuaskan.
3. Meningkatkan Peluang Kebolehpasaran
Dengan melengkapkan profil ini, graduan secara automatik menjadi sebahagian daripada pangkalan data bakat (talent pool) yang dirujuk oleh majikan melalui portal GReaT KPT.
Ini bermakna, maklumat kompetensi anda boleh diakses oleh syarikat swasta dan agensi kerajaan yang sedang mencari bakat baharu.
Sekaligus, meningkatkan peluang dipanggil temuduga bagi jawatan yang tepat dengan profil diri.
4. Akses kepada Inisiatif & Program Kerajaan
Kebanyakan program latihan semula (upskilling) dan penempatan pekerjaan anjuran kerajaan (seperti program di bawah portal GReaT) menggunakan data e-Profiling sebagai kriteria saringan.
Graduan yang mempunyai profil lengkap akan lebih mudah disenarai pendek untuk menyertai program-program ini.
5. Persediaan Menghadapi Temuduga
Laporan hasil ujian e-Profiling membantu anda mengenali kekuatan dan kelemahan diri dengan lebih mendalam. Maklumat ini sangat berguna semasa sesi temuduga apabila majikan bertanya tentang personaliti dan kesesuaian anda dengan jawatan yang dipohon.
Cara Semak Kelayakan Akademik
Graduan IPTA, IPTS dan TVET di Malaysia boleh menyemak kelayakan akademik mereka melalui sistem e-Profiling GReaT KPT dengan langkah mudah:
- Untuk membuat semakan, layari laman eProfiling di alamat https://eprofiling.mohe.gov.my/
- Di halaman tersebut, masukkan nombor kad pengenalan yang ingin disemak.
- Senarai maklumat pengajian seperti Institusi, Tahap Pengajian, dan Bidang akan dipaparkan jika data anda telah disepadukan.

Harap maklum bahawa tidak semua maklumat mengenai individu akan dipaparkan di hasil carian kerana data yang dipaparkan adalah maklumat yang diperolehi melalui sistem Graduan SKPG iaitu, Kajian Pengesanan Graduan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Ujian RIASEC & Padanan Kerjaya
Apa Itu RIASECT?
Teras utama sistem e-Profiling GReaT KPT adalah Ujian RIASEC. Ia bukan sekadar ujian minat biasa, tetapi satu metodologi saintifik yang memadankan ciri personaliti anda dengan persekitaran kerja yang paling produktif.
6 Dimensi Personaliti RIASEC
- Realistic (R) – “The Doers”: Fokus kepada kemahiran teknikal, mesin, dan aktiviti luar.
- Investigative (I) – “The Thinkers”: Gemar menganalisis, menyelesaikan masalah, dan penyelidikan saintifik.
- Artistic (A) – “The Creators”: Mempunyai daya imaginasi tinggi, kreatif, dan tidak suka rutin yang kaku.
- Social (S) – “The Helpers”: Cenderung untuk mengajar, merawat, dan bekerjasama dengan orang ramai.
- Enterprising (E) – “The Persuaders”: Memiliki ciri kepimpinan, mahir memujuk, dan berorientasikan perniagaan.
- Conventional (C) – “The Organizers”: Sangat teliti dengan data, nombor, dan pengurusan sistem yang teratur.







Bagaimana Padanan Kerjaya Berfungsi?
Selepas melengkapkan inventori, sistem e-Profiling akan menjana Kod Tiga Mata (Three-Letter Code).
Contohnya, jika kod anda adalah ISA, sistem akan mencadangkan kerjaya yang menggabungkan elemen Investigative, Social, dan Artistic. Contohnya, Pensyarah atau Perancang Bandar dan sebagainya.
Macam Mana Nak Buat ujian RIASEC KPT?
Setelah anda memastikan profil akademik anda tersedia, langkah seterusnya adalah melengkapkan Ujian Inventori RIASEC.
Ujian ini akan menentukan profil personaliti anda untuk dipadankan dengan kerjaya yang sesuai.

Cara Lengkapkan Inventori Minat Kerjaya (RIASEC)
Berikut adalah langkah-langkah untuk menduduki ujian tersebut:
- Layari portal eProfiling di pautan berikut: https://eprofiling.mohe.gov.my/
- Klik ‘Seterusnya’
- Masukkan no kad pengenalan.
- Klik ‘Teruskan ke Ujian Personaliti’
- Jawab soalan ujian personaliti. Terdapat 3 bahagian yang perlu anda jawab:
- Bahagian A: Kesukaan
- Bahagian B: Kecekapan
- Bahagian C: Pekerjaan
- Hantar Jawapan: Pastikan semua soalan dijawab sebelum menekan butang “Hantar” atau “Simpan”.
- Lihat Hasil Skor: Sistem akan menjana skor mengikut 6 kriteria Holland (Realistic, Investigative, Artistic, Social, Enterprising, Conventional).
- Muat Turun Laporan: Simpan salinan laporan keputusan anda dalam format PDF sebagai rujukan masa hadapan atau untuk kegunaan temuduga kerja.
Rujuk panduan bergambar ringkas di bawah:




Melalui keputusan yang dipaparkan, ia dapat sedikit sebanyak menentukan haluan kerjaya dalam bidang yang diminati.
Anda boleh semak senarai kerjaya yang bersesuaian mengikut 3 keputusan dimensi RIASEC yang tertinggi. Klik:
- Kerjaya mengikut (RIASECT TERTINGGI)
- Lain-lain kerjaya yang berkaitan

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai sistem e-Profiling GReaT KPT dan inventori kerjaya graduan, sila rujuk:
Soalan Lazim e-Profiling KPT/MOHE
Sistem rasmi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia yang menilai profil kompetensi graduan dan padanan kerjaya berdasarkan Teori Holland (RIASEC).
Semua pelajar dan graduan IPTA, IPTS dan institusi TVET di Malaysia yang ingin membina profil digital rasmi.
Tidak. Sistem ini menilai kesepadanan personaliti dan kemahiran dengan kerjaya, tetapi pengesahan rasmi pekerjaan adalah di bawah kuasa majikan atau badan profesional.
Layari portal e-Profiling → Masukkan nombor kad pengenalan → Jawab semua soalan ujian personaliti → Sistem akan menganalisis dan memberikan laporan padanan kerjaya.
Ya, profil digital boleh digunakan untuk rujukan majikan, program latihan kerajaan, dan pasaran kerja Malaysia.
Boleh.
Majikan yang berdaftar dalam ekosistem GReaT boleh melihat profil kompetensi dan kecenderungan kerjaya anda untuk tujuan padanan kerja. Namun data peribadi anda dilindungi mengikut polisi privasi yang ditetapkan.
Data e-Profiling diambil daripada Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG). Jika data anda tiada, pastikan anda telah melengkapkan kaji selidik SKPG terlebih dahulu.
Baca juga:




