Perhatian kepada calon yang telah lulus temu duga lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9, and boleh membuat semakan penempatan yang diumumkan oleh KPM bermula 10 November 2025.
Tarikh untuk melapor diri pula adalah pada 17 November 2025. Anda boleh buat semakan melalui portal eGraduan melalui https://egraduan.moe.gov.my.

Apakah eGraduan KPM?
e-Graduan merupakan modul baharu bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru.
Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.
Modul ini melibatkan proses pengambilan dan penempatan guru baharu yang melibatkan kerjasama beberapa agensi sektor awam iaitu KPM, Suruhanjaya Perkhidmatan Perguruan (SPP), JobsMalaysia, Institut Pendidikan Guru (IPG), dan Universiti Awam (UA).
Semakan penempatan boleh dibuat melalui https://egraduan.moe.gov.my.
Kategori Pengguna
Sasaran pengguna utama modul ini ialah graduan dan pentadbir sistem.
Perincian adalah seperti berikut:
- Graduan
- Hanya graduan yang telah DIPERAKU oleh Suruhanjaya Pelajaran Pendidikan Malaysia (SPP) sahaja dibenarkan untuk mendaftar di modul ini, dan;
- Graduan yang tersenarai di HEBAHAN Portal KPM dan e-Graduan sahaja boleh mendaftar di modul ini pada masa yang ditetapkan untuk menyemak dan mengemaskini maklumat yang diperlukan, serta membuat semakan penempatan.
- Pentadbir Sistem
- Hanya pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.
Carta Alir Penempatan

Laman Utama eGraduan

- Laman utama e-Graduan memaparkan beberapa maklumat penting iaitu Pengumuman, Log Masuk, Bantuan, Paparan Ralat, Hakcipta dan Penafian. Pengguna boleh memperoleh maklumat terkini dari ruangan pengumuman dan Log Masuk ke e-Graduan dengan memasukkan LoginID, Kata laluan, dan No. KP yang telah didaftarkan.
- Paparan mesej ralat bertujuan memaklumkan pengguna sekiranya butiran
yang dimasukkan di Log Masuk tidak tepat. - Bantuan yang disediakan di e-Graduan adalah berkaitan lupa kata laluan, tukar
kata laluan, dan pendaftaran pengguna. - Manual am pengguna disediakan dalam format .pdf
Cara Daftar Pengguna

- Layari laman portal rasmi https://egraduan.moe.gov.my.
- Klik menu Daftar Pengguna Baru untuk memulakan pendaftaran.
- Isikan semua maklumat peribadi dengan teliti supaya tiada masalah semasa log masuk ke sistem.
- Cipta kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan yang mudah diingat kerana ia diperlukan jika hendak menukar kata laluan.
- Semak semua maklumat yang telah diisi dengan betul sebelum meneruskan.
- Klik butang SIMPAN untuk melengkapkan proses pendaftaran.
- Seterusnya, pengguna boleh terus ke ruangan LOG MASUK untuk menggunakan sistem.
- Butiran pendaftaran akan dihantar ke alamat emel yang telah didaftarkan.
Cara Login eGraduan KPM

- Layari laman portal rasmi https://egraduan.moe.gov.my.
- Klik menu Log Masuk di Laman Utama portal.
- Masukkan ID Pengguna, Kata Laluan, dan Nombor Kad Pengenalan (No. KP) seperti yang telah didaftarkan.
- Pastikan semua butiran dimasukkan dengan tepat bagi mengelakkan ralat semasa log masuk.
- Jika maklumat yang dimasukkan tidak tepat, sistem akan memaparkan mesej “MAKLUMAT LALUAN MASUK SALAH”.
- Setelah maklumat disahkan betul, klik butang Log Masuk untuk mengakses sistem eGraduan KPM.
Log Masuk Mengikut Peranan
A. Graduan

- Layari laman portal rasmi https://egraduan.moe.gov.my.
- Klik menu Log Masuk dan pilih peranan sebagai Graduan.
- Masukkan ID Pengguna, Kata Laluan, dan Nombor Kad Pengenalan (No. KP) dengan tepat.
- Setelah berjaya log masuk, paparan akan menunjukkan nama pengguna dan No. KP yang berdaftar.
- Beberapa tab disediakan untuk semakan dan kemaskini maklumat peribadi.
- Klik pautan “Muat Turun Manual Pengguna” untuk mendapatkan panduan penggunaan sistem.
- Tab “Semakan Penempatan” akan muncul apabila hebahannya dibuat di Portal KPM dan e-Graduan bagi membolehkan graduan menyemak keputusan penempatan.
B. Pentadbir Sistem

- Layari laman portal rasmi https://egraduan.moe.gov.my.
- Klik menu Log Masuk dan pilih peranan sebagai Pentadbir Sistem.
- Masukkan ID Pengguna, Kata Laluan, dan Nombor Kad Pengenalan (No. KP) dengan tepat.
- Setelah berjaya log masuk, paparan akan memaparkan nama pengguna dan No. KP yang berdaftar.
- Di bahagian kiri skrin, beberapa menu disediakan untuk dipilih mengikut peranan dan tanggungjawab pengguna.
- Klik pautan “Muat Turun Manual Pengguna” untuk mendapatkan panduan lengkap penggunaan sistem eGraduan.
Manual Pengguna eGraduan

Semakan Penempatan
Keputusan penawaran penempatan guru boleh disemak menerusi portal e-Graduan KPM di pautan https://egraduan.moe.gov.my.
Tab Semakan Penempatan akan dipaparkan setelah hebahan berkaitan semakan dibuat di Portal KPM dan e-Graduan.

Calon diingatkan untuk memuat turun dan melengkapkan borang Pakej Setuju Terima di Portal SPP (https://www.spp.gov.my/ )untuk tujuan pengesahan lantikan anda dalam tempoh 30 hari dari tarikh melapor diri melalui Ketua Jabatan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).
Cara Reset Kata Laluan
A. Cara Dapatkan Semula Kata Laluan (Lupa Kata Laluan)
- Layari laman portal rasmi https://egraduan.moe.gov.my.
- Klik pautan “Lupa Kata Laluan” yang terdapat di Laman Utama e-Graduan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (No. KP) pada ruangan yang disediakan.
- Ikuti arahan lanjut untuk mendapatkan semula kata laluan melalui emel yang telah didaftarkan.
- Log masuk semula ke sistem menggunakan kata laluan baharu yang diterima.

B. Cara Tukar Kata Laluan (Penukaran Kata Laluan Baru)
- Layari laman portal rasmi https://egraduan.moe.gov.my.
- Pilih pautan “Tukar Kata Laluan” di Laman Utama e-Graduan.
- Isikan semua ruangan wajib seperti ID Pengguna, No. KP, Kata Laluan Lama, Kata Laluan Baru, Soalan Keselamatan dan Jawapan.
- Pastikan maklumat soalan keselamatan dan jawapan adalah sama seperti semasa pendaftaran pengguna.
- Klik butang Simpan / Hantar untuk mengesahkan dan menukar kata laluan baharu.

Maklumat Lanjut
Sekiranya tuan/puan tidak berjaya mendaftar di modul ini, sila hubungi:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) di talian
03-8884 7741 / 03-8884 7779 / 03-8872 1446 untuk bantuan selanjutnya.
ATAU
Sila e-mel ke [email protected]
Terima kasih




