Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) akan berlangsung pada 8 November 2025 (Sabtu) di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media.
Artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda senarai lengkap Top 5 untuk semua kategori yang dipertandingkan.
Siaran Media – Festival Filem Malaysia 2025 (FFM34)



Latarbelakang Festival Filem Malaysia
Festival Filem Malaysia yang bermula dari tahun 1980 adalah acara tahunan bertaraf nasional yang dianjurkan kerajaan melalui FINAS.
Tahun 2025 ini merupakan edisi festival ke-34.
Tema : Karya Kreatif, Sinema Dinamik
Filem Malaysia adalah manifestasi jenama produk filem tempatan bermutu tinggi dan berkualiti dengan nilai identiti dan budaya nasional yang melahirkan impak globalisasi merentas sempadan
- Mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan penggiat industri filem tanah air
- Mengukuhkan jaringan dan kerjasama strategik di antara kerajaan dan pihak industri dengan pelaksanaan program-program yang mengangkat profesionalisme para penggiat industri filem tanah air
- Usaha pembudayaan sinema kepada masyarakat melalui karya-karya berkualiti seterusnya mewujudkan sistem sokongan kepada pemerkasaan industri
Objektif FFM34
- FFM34 merupakan inisiatif kerajaan bagi membangunkan platform festival filem nasional yang berprestij untuk mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan penggiat industri filem tanah air.
- FFM34 mengukuhkan jaringan dan kerjasama strategik antara kerajaan dan pihak industri dengan pelaksanaan program-program yang mengangkat profesionalisme para penggiat industri filem tanah air.
- FFM34 adalah manifestasi kepada usaha pembudayaan sinema kepada masyarakat melalui karya-karya berkualiti, seterusnya mewujudkan sistem sokongan kepada pemerksaaan industri.
Kategori Anugerah FFM34
Berikut adalah 25 Kategori & Anugerah yang dipertandingkan dalam FFM34 kali ini:
- Filem Terbaik
- Pengarah Terbaik
- Pengarah Harapan
- Pelakon Lelaki Terbaik
- Pelakon Wanita Terbaik
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
- Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
- Pelakon Lelaki Harapan
- Pelakon Wanita Harapan
- Lakon Layar Terbaik
- Cerita Asal Terbaik
- Sinematografi Terbaik
- Penyunting Terbaik
- Skor Muzik Asal Terbaik
- Penataan Seni Terbaik
- Penataan Bunyi Terbaik
- Lagu Tema Terbaik
- Rekaan Busana / Kostum Terbaik
- Kesan Khas Visual Terbaik
- Tatarias / Solekan Terbaik
- Poster Terbaik
- Dokumentari Terbaik
- Filem Pendek Terbaik
- Anugerah Aksi Dan Lagak Ngeri Terbaik
Hos & Penyampai Anugerah FFM34
Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang berlangsung pada 8 November 2025 (Sabtu) di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media telah dihoskan oleh gandingan Datuk Afdlin Shauki dan Sarimah Ibrahim.
Senarai Pemenang FFM34
Berikut merupakan senarai penuh pemenang Festival Filem Malaysia (FFM34) untuk tahun 2025:
1. Filem Terbaik
Babah (Nads Media Entertainment)
2. Pengarah Terbaik
Syafiq Yusof & Abhilash Chandra (Blood Brothers: Bara Naga)
3. Pengarah Harapan
Shah Faizul (Babah)
4. Cerita Asal Terbaik
Nadia Nadzri (Babah)
5. Lakon Layar Terbaik
Wan Rafiq (Babah)
6. Pelakon Lelaki Terbaik
Qi Razali (Babah)
7. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Syafiq Kyle & Syazwan Zulkifly (Blood Brothers: Bara Naga)
8. Pelakon Lelaki Harapan
Amir Ahnaf (Kahar: Kapla High Council)
9. Pelakon Wanita Terbaik
Sweet Qismina (Babah)
10. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Ellie Suriaty (Telaga Suriram)
11. Pelakon Wanita Harapan
Michelle Lungan (Tegkang)
12. Anugerah Khas Karyawan
Hassan Muthalib
13. Anugerah Khas Sepanjang Zaman
Dato’ Ahmad Tamimi Siregar
14. Anugerah Khas Juri 2
Takluk: Lahad Datu (Multimedia Film Production Sdn Bhd)
15. Anugerah Khas Juri 1
Ejen Ali The Movies 2 (Wau Animation & Primeworks Studios)
16. Aksi & Lagak Ngeri Terbaik
Defenderz Action Team (Blood Brothers: Bara Naga)
17. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Puteri Rafasya (Telaga Suriram)
18. Penyunting Terbaik
Ariff Aiman Azahar, Nazifdin Nasrudin & Syafiq Yusof (Soloz: Game Of Life)
19. Sinematografi Terbaik
Nicholas Chin (Blood Brothers: Bara Naga)
20. Penataan Seni Terbaik
Wan Zulkifli Wan Salleh (Kulit Wayang)
21. Skor Muzik Asal Terbaik
Soloz: Game Of Life – Muhammad Zaiff Sharqil, Donald Bangkong, Teoh Eng Hooi, Azri Yunus, Mohammad Raziz, Mohd Idham, Megat Sazali & Ahmad Huzai
22. Penataan Bunyi Terbaik
Mohsin Othman & Technica Studios (Soloz: Game Of Life)
23. Lagu Tema Terbaik
Bara Jiwa – Azlan & The Typewriter & Muzza (Blood Brothers: Bara Naga)
24. Dokumentari Terbaik
Rindu Tak Berpenghujung (Media Prima Berhad)
25. Filem Pendek Terbaik
Saranghae (Rastech Worldwide Sdn Bhd)
26. Rekaan Kostum/Busana Terbaik
Farah Syaliq (Mencari Ramlee)
27. Tatarias/Solekan Terbaik
Ella Sandera (Takluk: Lahad Datu)
28. Kesan Khas Visual Terbaik
Jehcob & Sam (Soloz: Game Of Life)
29. Poster Terbaik
Tegkang (Arst)
30. Filem Box Office
Blood Brothers: Bara Naga (Skop Productions Sdn Bhd)





























Siaran Langsung (LIVE Streaming)
Saksikan secara langsung Malam Anugerah FFM34 di TV2 pada jam 8.30 malam.
- Tarikh : 8 November 2025 (Sabtu)
- Karpet Merah : 7.30 malam
- Siaran Langsung : 8.30 malam- 11.30 malam
- Tempat : Auditorium Seri Angkasa, Kota Media Angkasapuri, Kuala Lumpur
- Siaran Langsung : TV2, RTM
Pautan LIVE Streaming: https://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv2
Soalan Lazim
FFM merupakan pengiktirafan rasmi kerajaan terhadap kecemerlangan filem dan bakat kreatif tempatan. Ia bertujuan menghargai pencapaian industri, meningkatkan mutu dan profesionalisme penerbitan, membudayakan filem sebagai medium perpaduan dan identiti nasional, serta merangsang pertumbuhan industri kreatif negara.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan disokong Kementerian Komunikasi.
FFM dilihat sebagai platform penting untuk mengiktiraf hasil kerja penggiat industri, menaikkan reputasi dan kredibiliti pengkarya serta membuka peluang kerjasama dan pasaran baharu dalam penghasilan karya yang bermutu.
Tema FFM34 pada tahun ini adalah ‘Karya Kreatif, Sinema Dinamik’ mencerminkan semangat perubahan dan kepelbagaian dalam dunia perfileman yang berkembang pesat. Ia menzahirkan penghargaan terhadap kreativiti tanpa batas dan dinamisme sinema yang menjadi nadi kepada seni penceritaan visual masa kini.
Malam Anugerah FFM34 akan diadakan pada 08 November 2025 bertempat di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media.
Ya, FFM34 akan disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Radio Televisyen Malaysia (RTM) dilantik sebagai rakan strategik dan penyiar rasmi FFM34.
Tarikh buka penyertaan FFM34 adalah pada 8 Julai 2025 dan tarikh tutup penyertaan FFM34 adalah pada 18 Julai 2025.
Filem yang layak dimohon adalah filem cereka, filem pendek dan dokumentari.
Bagi kategori filem cereka, filem pendek dan dokumentari, pengeluar filem mestilah mempunyai Lesen Pengeluaran Filem dari FINAS yang sah tempoh sehingga 31 Disember 2025.
1. Kriteria yang diperlukan bagi kategori filem cereka adalah filem cereka tempatan yang dikeluarkan di Malaysia dan mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF). Filem ini belum pernah menyertai siri Festival Filem Malaysia dan telah ditayangkan di pawagam tempatan seluruh Malaysia bermula dari tarikh 01 Julai 2024 hingga 30 Jun 2025.
2. Kriteria yang diperlukan bagi kategori filem pendek adalah filem yang belum pernah menyertai siri Festival Filem Malaysia dan tarikh tayangan di mana-mana platform bermula dari 101 Julai 2024 hingga 30 Jun 2025.
3. Kriteria yang diperlukan bagi kategori dokumentari adalah filem dokumentari yang belum pernah menyertai siri Festival Filem Malaysia dan mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan telah ditayangkan di mana-mana platform bermula dari 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2025.
4. Semua calon mestilah warganegara Malaysia atau yang bertaraf pemastautin penduduk tetap
Borang penyertaan FFM34 boleh diimbas melalui QR Kod yang disediakan atau diisi melalui pautan di https://ffm.finas.my
Tempoh kelayakan filem adalah filem-filem yang ditayangkan bermula 1 Julai 2024 hingga 30 Jun 2025.
Sebanyak dua puluh lima (25) kategori anugerah yang dipertandingkan untuk siri Festival FIlem Malaysia ke-34.
Kategori-kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
Filem Terbaik
Pengarah Terbaik
Pengarah Harapan
Pelakon Lelaki Terbaik
Pelakon Wanita Terbaik
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Pelakon Lelaki Harapan
Pelakon Wanita Harapan
Lakon Layar Terbaik
Cerita Asal Terbaik
Sinematografi Terbaik
Penyunting Terbaik
Skor Muzik Asal Terbaik
Penataan Seni Terbaik
Penataan Bunyi Terbaik
Lagu Tema Terbaik
Rekaan Busana / Kostum Terbaik
Kesan Khas Visual Terbaik
Tatarias / Solekan Terbaik
Poster Terbaik
Dokumentari Terbaik
Filem Pendek Terbaik
Anugerah Aksi Dan Lagak Ngeri Terbaik
Sebanyak enam (6) kategori anugerah yang tidak dipertandingkan untuk siri Festival FIlem Malaysia ke-34. Kategori-kategori yang tidak dipertandingkan adalah seperti berikut:
Anugerah Khas Sepanjang Zaman
Anugerah Khas Karyawan
Anugerah Khas Juri (1)
Anugerah Khas Juri (2)
Filem Box Office
Kategori baharu yang dipertandingkan pada tahun ini adalah Anugerah Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik.
Sebanyak enam puluh enam (66 filem) cereka yang melalui Skim Wajib Tayang layak bertanding. Walau bagaimanapun filem cereka yang tidak melalui Skim Wajib Tayang tetapi memasuki tayangan pawagam tempatan antara 1 Julai 2024 hingga 30 Jun 2025 juga dialu-alukan untuk menyertai pertandingan.
Berhubung maklumat penyertaan:
1. Puan Noorzillawati Yahya
2. Encik Mohd Fitry Mohd Shahari
melalui emel [email protected] / [email protected] /[email protected] atau ditalian 03-41041354 / 1327
Berhubung maklumat penajaan:
YM Raja Khairul Azman bin Raja Abd. Karim
melalui emel [email protected] atau [email protected] https://www.finas.gov.my dan https://ffm.finas.my
Melalui laman web rasmi FINAS dan Festival Filem Malaysia (FFM) di laman web: https://www.finas.gov.my dan https://ffm.finas.my
Jumlah penyertaan dalam FFM33 sebelum ini adalah seratus empat (104) penyertaan. Iaitu tujuh puluh (70) adalah filem cereka, dua puluh satu (21) adalah filem pendek dan tiga belas (13) adalah dokumentari.
FFM33 terakhir telah diadakan pada 08 Disember 2024 di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, Kota Media.
Jumlah kategori yang di pertandingkan pada FFM33 tahun 2024 adalah berjumlah dua puluh empat (24) kategori.
Maklumat boleh diperolehi dengan melayari laman web rasmi FFM di https://ffm.finas.my
Baca juga:




