Anugerah MeleTOP ERA 2025 [LIVE] Calon, Kategori & Undian

anugerah meletop era 2025
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Anugerah MeleTOP ERA 2025 kembali lagi sebagai pentas utama bagi mengiktiraf artis pilihan rakyat, dengan tema ikonik “Yang Rare, Yang Real, Yang Legend”. Undian selebriti kegemaran mengikuti kategori  boleh dilakukan melalui laman web rasmi ASTRO Gempak di pautan  www.anugerahmeletopera.com 

Selepas berehat selama tiga tahun, edisi kali ini dijadualkan berlangsung pada 12 Oktober 2025 bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil, bermula pada pukul 9 malam. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Anugerah MeleTOP ERA 2025 termasuklah kategori yang dipertandingkan, calon-calon, cara mengundi dan sebagainya. 

Apa itu Anugerah MeleTOP ERA 2025?

Anugerah MeleTOP ERA 2025 (AME 2025) ialah sebuah acara anugerah hiburan tahunan paling berprestij di Malaysia. 

Acara ini dianjurkan oleh program MeleTOP bersama radio ERA, khusus untuk meraikan pencapaian dan populariti selebriti serta penggiat seni tanah air menerusi undian peminat. 

Dengan edisi ke-9 (kembali selepas tiga tahun berehat),  AME 2025 mengetengahkan tema “Yang Rare, Yang Real, Yang Legend” sebagai simbol pengiktirafan kepada bakat asli, kejujuran ekspresi serta sokongan peminat untuk insan seni tempatan.

 Anugerah MeleTOP ERA 2025
Anugerah MeleTOP ERA 2025

Acara ini bukan sekadar mengiktiraf populariti semata-mata tetapi juga menjadi pentas besar penghargaan kepada individu berbakat dalam muzik, lakonan, program TV, filem, dunia digital dan media sosial. 

Kali ini, AME 2025 turut memperkenalkan penambahan kategori seperti “Vokal MeleTOP” dan “Gandingan MeleTOP” untuk menghargai bakat seni tanah air. 

Semua pemenang dipilih sepenuhnya menerusi undian peminat bagi membuktikan bahawa Anugerah MeleTOP ERA merupakan satu gerakan budaya pop serta indikator arus perdana hiburan Malaysia.

Tema

Tema rasmi untuk Anugerah MeleTOP ERA 2025 adalah “Yang Rare, Yang Real, Yang Legend”.

Tarikh dan Lokasi AME 2025

  • Tarikh & Masa: 12 Oktober 2025, 9 Malam
  • Lokasi: Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. 

Anugerah MeleTOP ERA 2025 dijadualkan berlangsung pada 12 Oktober 2025 bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. 

Acara prestij ini akan bermula pada pukul 9 malam dan disiarkan secara langsung melalui Astro Ria (Saluran 104) serta platform digital seperti Astro GO dan Sooka, membolehkan peminat dari seluruh negara menyaksikan malam kemuncak hiburan ini.

 Anugerah MeleTOP ERA 2025
Anugerah MeleTOP ERA 2025

Karpet Merah AME 2025

Karpet Merah AME 2025 akan berlangsung sebagai pembuka malam berprestij di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 12 Oktober 2025 sebelum acara utama bermula. 

Karpet merah ini menampilkan kemunculan selebriti popular Malaysia dengan fesyen dan gaya terkini, serta menjadi tempat fotografi, temu bual media dan tayangan langsung kepada penonton di rumah, sama ada di Astro Ria atau platform digital.

Lazimnya, acara karpet merah ini bermula sekitar jam 8 malam, sejam sebelum anugerah rasmi bermula. 

Hos Rasmi

Hos rasmi Anugerah MeleTOP ERA 2025 terdiri daripada gabungan empat pengacara popular iaitu Nabil Ahmad, Namie, Hawa Rizwana, dan Sherry Alhadad. 

Ketiga-tiga pengacara ini akan mengemudikan malam Anugerah MeleTOP ERA 2025 yang berlangsung pada 12 Oktober 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

BACA JUGA: Talk To My Manager [ LIVE ] Senarai Peserta, Keputusan & Undian

Kategori Dipertandingkan

Anugerah MeleTOP ERA 2025 memperkenalkan 16 kategori yang dipertandingkan. 

Tiga kategori utama akan diumumkan secara eksklusif pada malam anugerah tersebut, 12 Oktober 2025:

  • MeleTOP Male Artiste of The Year
  • MeleTOP Female Artiste of The Year
  • MeleTOP Group/Duo Artiste of The Year

Manakala, undian secara umum dibuka untuk 13 kategori biasa seperti berikut:

  1. Lagu MeleTOP ERA
  2. Penyanyi MeleTOP ERA
  3. Grup/Duo MeleTOP ERA
  4. Vokal MeleTOP (Kategori Baharu)
  5. Filem MeleTOP
  6. Drama MeleTOP
  7. Program MeleTOP
  8. Pelakon MeleTOP
  9. Gandingan MeleTOP (Kategori Baharu)
  10. Artis Baharu MeleTOP
  11. Si Cilik MeleTOP
  12. Artis Versatil MeleTOP
  13. Influencer MeleTOP
Kategori Dipertandingkan
Kategori Dipertandingkan

Senarai Calon Anugerah MeleTOP ERA 2025

1. Lagu MeleTOP ERA

Lagu MeleTOP ERA
Lagu MeleTOP ERA

2. Penyanyi MeleTOP ERA

Penyanyi MeleTOP ERA
Penyanyi MeleTOP ERA

3. Grup/Duo MeleTOP ERA

Grup/Duo MeleTOP ERA
Grup/Duo MeleTOP ERA

4. Vokal MeleTOP

Vokal MeleTOP
Vokal MeleTOP

5. Filem MeleTOP

Filem MeleTOP
Filem MeleTOP

6. Drama MeleTOP

Drama MeleTOP
Drama MeleTOP

7. Program MeleTOP

Program MeleTOP
Program MeleTOP

8. Pelakon MeleTOP

Pelakon MeleTOP
Pelakon MeleTOP

9. Gandingan MeleTOP (Kategori Baharu)

Gandingan MeleTOP (Kategori Baharu)
Gandingan MeleTOP (Kategori Baharu)

10. Artis Baharu MeleTOP

Artis Baharu MeleTOP
Artis Baharu MeleTOP

11. Si Cilik MeleTOP

Si Cilik MeleTOP
Si Cilik MeleTOP

12. Artis Versatil MeleTOP

Artis Versatil MeleTOP
Artis Versatil MeleTOP

13. Influencer MeleTOP

Influencer MeleTOP
Influencer MeleTOP

Cara Undi Anugerah MeleTOP ERA 2025

Para peminat setia AME kini boleh mula mengundi untuk kategori 1 hingga 13 menerusi laman web rasmi www.anugerahmeletopera.com bermula 10 malam, 29 Julai 2025 hingga 12 tengah hari, 31 Ogos 2025.

Langkah-langkah untuk mengundi melalui laman web rasmi Astro Gempak: 

1. Layari www.anugerahmeletopera.com

2. Log masuk menggunakan akaun Astro, Google, Apple atau Facebook

3. Setiap pengguna akan menerima 30 kredit undian setiap hari dan boleh mengundi untuk satu kategori sahaja pada setiap hari.

Sementara itu, tiga kategori utama; MeleTOP Male Artiste of The Year, MeleTOP Female Artiste of The Year dan MeleTOP Group/Duo Artiste of The Year akan diumumkan secara eksklusif pada malam anugerah.

Cara mengundi
Cara mengundi

Tempoh Undian Anugerah MeleTop ERA 2025

Tempoh undian Anugerah MeleTOP ERA 2025 bermula pada 29 Julai 2025, jam 10 malam dan berakhir pada 31 Ogos 2025, jam 12 tengah hari. 

Undian dilakukan secara dalam talian melalui laman web rasmi anugerah di laman web rasmi ASTRO Gempak: www.anugerahmeletopera.com 

Waktu Siaran Anugerah MeleTop ERA 2025

Anugerah MeleTOP ERA 2025 akan disiarkan secara langsung pada 12 Oktober 2025, bermula jam 9 malam di saluran Astro Ria (saluran 104). 

Selain itu, penonton juga boleh menonton siaran ini secara strim melalui aplikasi Astro GO dan platform Sooka. 

BACA JUGA: Semakan Bil Astro Online & Cara Buat Bayaran Online

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim (FAQ) Anugerah MeleTop ERA

Apa itu Anugerah MeleTOP Era (AME)?

Anugerah MeleTOP Era atau AME ialah sebuah majlis anugerah hiburan tahunan yang dianjurkan oleh Astro bersama Era FM. Ia meraikan selebriti, artis, penyanyi, pelakon, drama, filem, lagu, pengacara serta personaliti media sosial yang paling popular di Malaysia berdasarkan undian peminat.

Sejak bila Anugerah MeleTOP Era diadakan?

Anugerah MeleTOP Era pertama kali diadakan pada tahun 2014. Sejak itu, AME menjadi acara tahunan yang ditunggu-tunggu peminat hiburan tanah air.

Bagaimana cara mengundi Anugerah MeleTOP Era?

Undian dilakukan secara dalam talian melalui laman web rasmi anugerah di laman web rasmi ASTRO Gempak: www.anugerahmeletopera.com 

Apakah kategori utama dalam Anugerah MeleTOP Era?

Antara kategori popular di AME ialah:
-Lagu MeleTOP
-Penyanyi MeleTOP
-Artis Baharu MeleTOP
-Drama MeleTOP
-Filem MeleTOP
-Pasangan Serasi MeleTOP
-Hos MeleTOP
-Influencer MeleTOP
-Bintang Filem MeleTOP
Setiap tahun, pihak penganjur mungkin menambah atau mengubah kategori mengikut trend semasa

Siapa yang menentukan pemenang Anugerah MeleTOP Era?

Pemenang AME ditentukan 100% oleh undian peminat. Ini menjadikan Anugerah MeleTOP Era unik kerana ia benar-benar mencerminkan pilihan penonton Malaysia.

Bila dan di mana anugerah ini berlangsung bagi tahun 2025?

Tarikh & Masa: 12 Oktober 2025, 9 Malam
Lokasi: Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. 

Bagaimana nak tahu senarai pencalonan terkini?

Senarai penuh calon AME boleh diketahui melalui :
-Laman web Astro Gempak
-Media sosial rasmi Astro Ria & Era FM

Dapatkan info terkini mengenai  Anugerah MeleTOP ERA 2025 melalui media sosial rasmi:

Jangan lupa tonton Anugerah MeleTOP ERA 2025 pada 12 Oktober 2025, 9 Malam, di saluran Astro Ria!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut