Kilauan Emas 2025 kembali sebagai sebuah program realiti nyanyian penuh emosi dan inspirasi khusus untuk golongan ‘otai’ dan akan mula bersiaran pada 16 Ogos 2025, setiap Sabtu jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105). Undian boleh dibuat oleh penonton melalui laman web Astro Gempak selaku penyiar rasmi di pautan https://gempak.com/campaign/kilauanemas2025
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.
Pengenalan Kilauan Emas 2025
Musim kali ini lebih terbuka apabila had umur penyertaan diturunkan kepada 43 tahun. Langkah ini menjadikan Kilauan Emas lebih inklusif dengan memberi peluang kepada bakat berusia 40-an hingga 60-an untuk menyerlah.
Uji bakat telah berlangsung di Miri, Johor Bahru dan Shah Alam, dengan penyertaan lebih 500 individu. Menariknya, ada peserta yang bukan sahaja berbakat dalam nyanyian, tetapi juga dalam tarian dan lakonan.
Juri & Hos
- Hos utama: Elly Mazlein
- Pengacara belakang pentas & Diari: Joey Daud
- Juri tetap: Erra Fazira, Roy Azman, Ning Baizura
- Segmen khas: Zarul Husin (Spotlight), Keanu Azman & Sarah Karmila (Live+)
Waktu Siaran [ LIVE ] Kilauan Emas 2025
- Mula bersiaran: 16 Ogos 2025
- Hari & masa: Setiap Sabtu, 9.00 malam
- Saluran rasmi: Astro Prima (CH105)
- Lokasi konsert mingguan: Royal Theatre Shah Alam
- LIVE Update @ Tiktok rasmi : https://www.tiktok.com/@astrogempak/
Selain konsert mingguan, penonton juga boleh menonton:
- Kapsul Profil Peserta (bermula 5 Ogos, jam 3.00 petang)
- Diari Kilauan Emas (Isnin – Jumaat, jam 11.30 malam)
Senarai Peserta Kilauan Emas 2025
Seramai 12 peserta solo berusia 43–65 tahun dipilih untuk musim ini, iaitu:
- Zanie
- Shah
- Nurul
- Kinar
- Mazleen
- Majid
- Leeza
- Ben
- Ezan
- Zekrai
- Nawary
- Vijay
Antara yang mencuri perhatian ialah Leeza, ibu kepada Ray-D (kumpulan Alpha) serta Nurul, kakak kepada Allahyarham Achik Spin. Kehadiran peserta ini dijangka memberi kelainan dengan cerita perjuangan masing-masing.

Sistem Pemarkahan
Penilaian peserta akan dibuat berdasarkan:
- 70% juri profesional
- 20% juri awam (wartawan & penonton jemputan)
- 10% undian penonton di rumah
Hadiah Juara
Pemenang Juara Kilauan Emas 2025 akan membawa pulang:
- Trofi eksklusif Astro
- RM30,000 tunai
Cara Mengundi
Undian yang dibuat oleh penonton di rumah menyumbang 10% daripada keseluruhan markah dalam penilaian peserta. Jadi sokongan anda penting untuk membantu peserta bergerak ke peringkat seterusnya!
Penonton boleh mengundi secara dalam talian (online) melalui laman web Astro Gempak. Ini adalah saluran rasmi untuk peminat menyokong peserta kegemaran mereka. Sila layari https://voting.astro.com.my/emas-berkilau-of-the-week
Undian dibuka sepanjang minggu konsert, dari Ahad hingga Jumaat, dan akan ditutup selepas diumumkan oleh hos di akhir rancangan.
Kredit undian setiap hari:
- Ahad hingga Jumaat: 30 kredit undian dibenarkan setiap hari.
- Sabtu (hari siaran): 50 kredit undian disediakan

Baca juga: Mandul Bukan Pilihan – Sinopsis, Barisan Pelakon & Episod
Keputusan Minggu Final
Kilauan Emas 2025 Final musim ini telah pun melabuhkan tirainya semalam. Mazleen dinobatkan sebagai juara, dan membawa hadiah wang tunai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro, pakej umrah kasih premium sumbangan Khadim Ummah Holidays dan pakej percutian empat hari tiga malam ke Dubai, UAE sumbangan Amartrips.com.
Naib Juara pula dimenangi oleh Zekrai yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi tajaan Astro serta pakej percutian tiga hari dua malam ke Bali, Indonesia, sumbangan Amartrips.com.
Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Nawary yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 beserta trofi tajaan Astro serta pakej percutian tiga hari dua malam ke Danang, Vietnam sumbangan Amartrips.com.
Sementara itu, Zanie dinobatkan sebagai pemenang tempat keempat, Ezan meraih tempat kelima, manakala Majid berada di tempat keenam.
Setiap seorang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3,000 berserta trofi tajaan Astro.
Selain itu, Majid turut diumumkan sebagai penerima Anugerah Emas Berkilau of The Week.
Bagi Cabaran 30 Hari Nestle Omega Gold, Ezan muncul sebagai pemenang setelah berjaya menurunkan tahap kolesterol paling banyak dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000.
Senarai Kedudukan Pemenang Kilauan Emas 2025
- Mazleen
- Zekrai
- Nawary
- Zanie
- Ezan
- Majid
TUGASAN LAGU MINGGU 7
Tema: Selekoh Akhir
Tugasan Solo
- Mazleen – Destinasi Cinta (Dato’s Sri Siti Nurhaliza) medley Janji Manis Mu (Dato’ Aishah)
- Zanie – Sekuntum Mawar Merah (Lata Mangeshkar) medley Bunga Angkasa (Terra Rossa)
- Majid – Selingkar Kasih (Rem) medley It’s Gonna Be Me (NSYNC)
- Nawary – Total Eclipse of The Heart (Bonnie Tyler) medley Penasaran (Emilia Contessa)
- Zekrai – Pada Syurga di Wajahmu (Nash) medley Seperti Mati Lampu (King Nassar)
- Kinar – Memori Luka (Headwind) medley Mentera Semerah Padi (Dato’ M.Nasir)
- Ezan – Asmara (Anneka Gronloh) medley Menaruh Harapan (Zaiton Sameon)
- Leeza – Ku Pendam Sebuah Duka (Dato’ Khadijah Ibrahim) medley Jangan Kau Mimpi (Siti Sarah)
Highlight Persembahan Mingguan
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim / FAQ di bawah:
Kilauan Emas 2025 mula bersiaran pada 16 Ogos 2025 setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (CH105)
Terdapat 12 peserta solo berusia 43–65 tahun iaitu: Zanie, Shah, Nurul, Kinar, Mazleen, Majid, Leeza, Ben, Ezan, Zekrai, Nawary dan Vijay.
Hos utama ialah Elly Mazlein dibantu Joey Daud. Juri tetap terdiri daripada Erra Fazira, Roy Azman dan Ning Baizura.
Markah peserta ditentukan melalui:
70% juri profesional
20% juri awam (wartawan & penonton jemputan)
10% undian penonton di rumah
Langkah-langkah Mengundi adalah seperti di bawah:
1. Log masuk ke akaun anda melalui akaun Astro/Google/Apple/Facebook atau layari https://voting.astro.com.my/emas-berkilau-of-the-week
2. Anda mempunyai 30 kredit undian setiap hari dari hari Ahad sehingga hari Jumaat dan 50 kredit undian pada hari Sabtu untuk mengundi peserta kegemaran anda
3. Undian online akan di buka sepanjang minggu dan akan ditutup selepas diumumkan oleh hos di akhir rancangan pada minggu tersebut.
4. Undian akan di buka semula selepas rancangan pada minggu tersebut berakhir.
Selain Astro Prima (CH105), penonton boleh menonton secara digital melalui aplikasi Astro Go atau On Demand. Ikuti Tiktok rasmi Astro Gempak untuk live update : https://www.tiktok.com/@astrogempak/
Anda juga boleh melayari Youtube Astro Gempak (https://www.youtube.com/@AstroGempak) untuk mendapatkan update terkini dan tontonan ekslusif.
Juara bakal membawa pulang RM30,000 tunai serta trofi eksklusif Astro.
Saksikan episod baharu Kilauan Emas 2025 pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105), On Demand, Astro GO dan sooka.




